Monday, July 25, 2011

si gadis misteri

pertemuan yang tidak pernah ku duga
gadis misteri yang ku temui dilaman sawan
tidakku mengerti makna pada mulanya
sungguh puitis cerita itu
aku bagaikan tidak percaya

masa berlalu aku mencari-cari
basahlah pipi ku dengan air suci
membentang sejadah memohon keampunan
meminta melihat jodohku
tertannya-tanya apakah jawapan

engkau muncul dalam solatku
walaupon bukan terlihat mata kasarku
tapi hatiku tergerak untuk mengenalimu
sungguh tidak aku percaya engkaulah orangnya
yang ku termimpi-mimpi dalam tidurku

jawapan suci mu penuh dengan hikmahNya
menangis aku mendapat jawapan itu
cuma liku ini belom berakhir masih
hendak terus kita bersabar menghadapi
segala duka, segala tersiksa, segala ujianNya

engkau gadis umpama Saidatina Khadijah
wanita mulia, sering merawat hati suaminya
ketika berduka, diselimut kain untuk baginda,
mengubati risau dengan kata semangat

engkau bagaikan Saidatina Aishah
seorang gadis yang lincah,
sentiasa ceria dalam segala perkara,
menceriakan hidup suami tercinta
dalam perjalanan dakwahnya
dalam segala waktu harianya juga.

sifatnya engkau kedua-dua isteri nabi
beruntungnya aku dapat bersamamu nanti
jika jodoh ini kuat, Allah memberkati
maka, hanya kesabaran yang harus kita tempuhi

bersyukur aku kepada Allah,
hadirmu menyinar lorong gelap ku
yang entah kemana hala tujunya
engkau mengheret aku naik
dari lemas diri ku sendiri
tidak lagi aku hanyut tercari-cari

bersabar lah wahai gadis misteri,
engkau penyeri dan sinar matahari
hati memujuk sayu dengan takdir ilahi.
demi saat itu, teruskan berdoa untuk bersatu
demi redhaNya yang Maha mengetahui
segala sesuatu.

- hansuke roma

10 comments:

s a r said...

salam.

bertuahnya cik gadis tu ye :)

andai sudah tertulis dia milikmu,
penat berjalan, penat berlari, penat mengejar,
berpenat lelah hingga ke hari ini,
inshaAllah bersatu jua akhirnya nanti,
hanya kesabaran menuntut kini.

inshaAllah sahabat! :D

p/s- kepada cek gadis yang membaca juga. :P

hansuke said...

salam.

bertuah ke? aku rasa cam malang je sape dapat aku ni..haha~

neway, thanks..:)

p/s: sar, sapa kata ni pasal aku? mana tau kot2 pasal orang len..haha~

Liyana said...

alhamdulillah. berakhir sebuah pencarian. tapi teruskan berdoa dan semoga dipermudahkan segalanya :)

s a r said...

salam.

eh, mana kaw tau malang? ada orang kata malang ke??? ~ahah. malang sungguhla ye. buat ayat drama eh? :P

p/s- suka hati aku la nak kata kaw ke tak. kalau ye pun, mana la tau esok2 aku tak sempat nak wish kat kaw ke kan. ni kira bagitau awal la. ~ayat cover :P

tapi macam ye je. ~ahah. aku kan reporter khas. :P

hansuke said...

Dr. Liyana:

pertemuan, sesuatu yang sukar untuk diramalkan, kejadian misteri Allah yang hanya mampu kita memerhatikan dan redha dengan jawapan dengan penuh keterbukaan.

jodoh, sesuatu yang unik untuk diterangkan, yang dikejar itu mungkin bukan untuk kita, akhirnya jawapan hanya didepan mata, dengan doa dan pertanyaan, jawapan Allah pasti ada.

alhamdulillah, istikharah demi istikharah, berdekat lamanya, mungkin juga tamatnya pencarian, dikala hati pasrah muncul pula yang tak disangka, dalam keadaan tidak mencari Allah hadirkan si dia didalam hati.

cuma belum mengetahui lagi ape kesudahan kerana semua rahsia milik Allah, kita hanya mampu merancang..:)

p/s: thanks for dropping by and leaving comments. i know u'r busy wit ur patients. :)

hansuke said...

sar:

aku usik ko je..:) gelabah labah-labah plak ko neh..hehe~

s a r said...

erk?

yela encek hansuke.
ayat je gelabah tarantula. :P
orangnya tak. ~ahah

p/s- tapi aku suka bebel kaw kat atas ni. :D

Anonymous said...

akhirnya.....congratzs fif...

ayu said...

tahniah kawan...

dolat said...

hoho! dah jumpa si gadis misteri. haha. komen pilih2 entry. :P