Tuesday, August 2, 2011

binasa berkata

kadang-kadang, kita rasa kita bagus, tapi kita tak sedar itu bukan sifat kita. kadang-kadang kita rasa kita banyak ilmu tapi sebenarnya kita tak banyak ilmu pon sebab semua ilmu itu dipinjamkan buat sementara waktu dari Allah. maka siapakah kita yang sebenarnya?

kita hanya manusia biasa yang tidak mempunyai apa-apa. tidak punyai kuasa apetah menilai kejadian Allah yang kita tidak sedikit pon tahu rahsia-Nya.

kadang-kadang kita rasa kita banyak tahu tapi yang sebenarnya kita tak tahu pon. yang membuat kita rasa macam itu adalah nafsu kita semata. betapa liciknya nafsu memesong kita supaya kita lalai, walaupon dalam bulan yang mulia ini.

maka, mari lah kita berfikir sebelum berkata-kata. kerana bila berkata mengikut nafsu, ia menampakkan kebodohan kata-kata kita itu. tetapi nafsu membuatkan kita rasa bagus dan membuatkan kita berasa sangat hebat. itulah liciknya 'syaitan' dalam diri kita yang sentiasa ingin membuat kita berdosa. banyakkan muhasabah diri dan istiqamah. semoga Allah melindungi kita dari berkata-kata yang bukan-bukan tanpa arah tujuan.

selamat berpuasa kepada umat islam.

wallahua'lam.

5 comments:

s a r said...

salam.

terlebih kata nampak kurang bijak, kurang berkata pun kadang orang kata kurang bijak. hmm.

p/s- oh, ni kira aku macam sambung sikit dari bebelan kaw la erk? ke pengolahan ayat je yang beza?
~maybe ayat aku tu ayat emosi. ahah

hansuke said...

salam.

sebenarnya, bila kita bodoh sombong dan rasa best, memang terselah la kebodohan penulisan kita tu.

cuma kita saja yang rasa macam apa yang kita tulis tu yang terbaik-tertarik-ko-memang-debom..haha~

itu la syaitan bernama nafsu sar.

tapi penulisan ko takda la macam yang aku cakapkan tu, jangan risau..:)

s a r said...

salam,

hm, betul la yang kaw kata tu. bila dah out of control, penulisan pun jadi macam entah apa-apa.

thanks encek atas peringatan :)

hansuke said...

bukan sar, dalam ilmu, ada satu gangguan syaitan yang bernama "ghurur". benda ni berlaku kat orang berilmu agama je. bila satu tahap, kita dibisik kita la paling bagus, takda orang lain dah sebagus diri kita, padahal kita kena tipu.

bila berlaku ghurur kat diri kita, kita tulis apa-apa, kita comment semuanya kita rasa bagus, orang lain cuba beri pendapat pon kita rasa tak best macam ilmu yang kita ada tu, sebab dah kena rasuk..itu jela point aku sbrnya..bukan ape pon.

cuma, ramai la yg kita tgk dan jumpe orang yg kena ghurur. takut2 kita pon kena uji macam tu, semoga dijauhi la kan..:)

s a r said...

:)

hm, thanks beb. satu lagi ilmu aku dapat. insyaallah. alhamdulillah. ingatan terbaik untuk aku. insyaAllah. thanks again :)