iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang islam berikan pada seseorang itu, iaitu fasik, munafik atau kafir.
para ulama menetapkan setiap umat islam mestilah percaya kepada 6 perkara asas dalam islam yang dikenali ramai sebagai rukun iman:-
1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
3. Percaya kepada Malaikat-Malaikat
4. Percaya kepada Kitab-Kitab
5. Percaya kepada Hari Akhirat
6. Percaya kepada Qada' dan Qadar
semua orang mengaku beriman kepada Allah dan mengikut rukun iman yang enam. tapi kita kadang-kadang lupa dengan semua yang diatas dan mengabaikan erti yang sebenar pada rukun-rukun yang ada.
sesetengah dari kita orang islam lupa dan leka dengan apa yang telah dipelajari masa zaman kecil dahulu. padahal semua orang islam pernah belajar fardu ain mungkin sedikit walaupon tak banyak ketika kecil tapi bila kita dewasa dan masuk alam pekerjaan kita telah pon lupa akan apa yang dipelajari.
misalnya. percaya pada malaikat dan hari akhirat ialah kepercayaan kepada alam yang ghaib. alam ghaib berarti alam yang tak dapat kita capai seperti tidak dapat kita lihat atau dengar. alam/benda-benda yang ghaib ini termasuklah jin, iblis, syaitan, ruh, dan alam barzakh.
terdapat banyak didalam al-quran mengenai alam ghaib seperti cerita para malaikat yang datang menjumpai nabi-nabi dan juga mengenai iblis, syaitan dan jin. ini jelas perkara ghaib wujud sama sekali walaupon sesetengah pihak tidak mahu mengakui dengan kewujudan alam dan makhluk ghaib ini.
bila kita sentuh mengenai alam ghaib, maka akan kita sentuh mengenai iblis, sayitan dan jin yang cuba menghasut manusia kearah kesesatan. bila kita menyentuh pasal kesesatan akan tersentuh pula banyak perkara, dan salah satu darinya ialah pasal syirik manusia.
syirik ialah menyamakan Allah SWT dengan benda selain Allah, pada perkara yang merupakan hak istimewa-Nya. seperti; ibadah, mencipta, mengatur, memberi manfaat dan mudharat, membuat hukum dan syariat dan lain-lainnya.
syirik manusia yang paling kita ketahui dikalangan masyarakat kita ialah sihir.
sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.
sihir ini sebenarnya dah lama wujud, bukan hanya pada zaman moden ini saja, malah ia telah wujud pada zaman rasulullah lagi dimana baginda pernah jatuh sakit (sakit misteri) kerana terkena sihir orang-orang yahudi yang meletakkan bahan-bahan sihir didalam perigi. Allah telah pon menghantar malaikat jibrail untuk memberitahu berita ini didalam mimpi baginda bahawa rasulullah telah pon terkena perbuatan orang-orang yahudi. setelah bangun dari tidur baginda terus memberitahu sahabatnya untuk mengeluarkan barang sihir didalam perigi itu dan rasulullah terus sembuh dari penyakit misteri beliau.
jadi, dari cerita rasulullah didalam kitab yang ditulis para ulama, sihir ini memang wujud dan masih lagi diguna pakai pada zaman yang penuh moden ini. tapi sesetengah pihak masih lagi meragui kewujudan sihir kerana ia tidak dapat dilihat dengan mata. tapi apa yang sesetengah kita gagal lihat ialah perkara seperti sihir ini ialah perkara ghaib. dan kita lupa akan rukun iman iaitu salah satunya mempercayai perkara yang ghaib.
tidak dinafikan banyak penyakit boleh dirawat dihospital atau dengan memakan ubat tertentu dan terbukti ia akan menyembuh seseorang dari penyakit tertentu yang dialami. tapi kadang-kadang ada penyakit yang doktor dihospital tidak mengetahui apa punca penyakit dan pesakit hanya akan dipergunakan sebagai bahan uji kaji untuk mengenal pasti apa sebenarnya penyakit yang sedang dialami pesakit. kebanyakannya ialah penyakit misteri yang para pakar tidak dapat mengesan apakah penyakit yang ada didepan mereka. kadang-kadang pesakit misteri hanya dibenarkan pulang setelah diperalatkan untuk diuji kaji oleh pakar-pakar. tapi hakikatnya ramai pesakit yang pulang tanpa mempunyai sebarang perubahan. sakit misteri mereka tetap ada dan sebenarnya tidak dapat dirawat pon.
bila pihak doktor dihospital tidak dapat membantu pesakit, ikhtiar lain akan diusahakan, dan cara ini dinamakan cara traditional, melalui ustaz-ustaz atau pon bomoh yang sudi membantu.
ramai antara kita tidak percaya akan bomoh atau ustaz yang cuba berubat menggunakan ayat-ayat Al-quran. memang tidak dinafikan ramai saja yang terpesong dengan ilmu sesat mereka kerana menggunakan pertolongan selain dari Allah SWT, dan ini merupakan salah satu syirik yang telah aku sebut diatas. ramai wanita telah pon terpedaya dengan muslihat bomoh-bomoh yang merogol pesakit sebagai syarat perubatan. tapi ini bukan isu yang aku ingin perbincangkan.
dari kecil lagi aku telah pon mempercayai benda yang ghaib. walaupon aku masih kecil ketika itu, banyak benda yang berlaku yang tidak dapat aku kenal pasti jawapannya disebabkan kurang pengetahuan dan pengalaman. tapi bila meningkat dewasa, banyak yang aku pelajari dan sempat bertanya pada ustaz dan para ilmuan tentang alam ghaib dan mendapat jawapan yang nyata.
aku yakin alam ghaib dan makhluk halus wujud walaupon sesetengah pihak menafikan kewujudannya. mungkin juga sebab telah pon mengelami beberapa episode duka kerana terkena perbuatan orang yang dahagakan kasih secara paksa, iaitu ilmu pengasih atau sihir yang merupakan syirik kepada Allah SWT. bila diri sendiri tidak pernah terkena dengan perbuatan orang lain maka sesetengah pihak tidak akan percaya akan kewujudan perkara ini. mereka menafikan dan menolak segala firman Allah dalam al-quran dan sunnah nabi SAW mengenai syirik-syirik yang ada kerana akal mereka tidak dapat menerima kewujudan alam ghaib seperti perbuatan syirik.
aku pernah melihat benda ghaib yang mengelilingi kakak aku ketika dia sedang sakit kerana terkena perbuatan orang, dan melihat ibu aku dirasuk tidak sedarkan diri oleh makhluk halus, dan juga aku pernah memegang kawan rapat yang sedang dirasuk makhluk halus ketika dipejabat, semuanya pengelaman yang menakutkan. tapi semua perkara yang dah berlaku didepan mata aku semuanya nyata, bukannya lakonan seperti didalam puagam. dan disebabkan ini ia telah menambahkan lagi kepercayaan aku kepada benda yang ghaib dan takut akan kekuasaan Allah SWT.
ada dikalangan keluarga aku yang menolak perkara ghaib dan makhluk-Nya. walaupon melihat didepan mata mereka dan mengalami beberapa perkara aneh tapi masih lagi degil untuk mengakui kewujudan makhluk ghaib. padahal mereka mengetahui mengenai rukun iman dan mendalami agama dengan baik. yang sebenarnya aku kecewa melihat orang seperti ini tambah lagi bila mereka ahli keluarga sendiri. padahal perkara ghaib itu banyak disebut dalam al-quran tapi kenapakah kita tidak mahu percaya akan kebenaran alam ghaib yang ada? walaupon banyak dah berlaku dan kita tempuhi perkara tertentu tapi kita tolak segala kebenaran kerana kalah dengan nafsu diri sendiri. adakah perasaan nafsu melebihi perasaan cinta kepada Allah? sampai sanggup untuk melupakan keluarga kerana inginkan kebahagian kerana nafsu? adakah kita sanggup membidas ahli keluarga sendiri kerana terlalu sayangkan kekasih? adakah kita lupa akan berkat kerana Allah? dimanakah pergi iman kita? dimanakah pergi ajaran agama kita sejak kecil?
itulah manusia. bila Allah takdirkan sesuatu untuk kita, selalunya kita mahu sebaliknya dengan berkata "tidak, aku mahu akan ini". kita tidak dapat menerima hakikat takdir Allah atau qadaq dan kadar yang dah pon tertulis. semuanya kerana nafsu dan hasutan syaitan yang kita gagal menolak hasutan mereka. kadang-kadang sampai manusia sanggup melakukan perbuatan syirik kerana terlalu mengikut perasan dalam diri untuk memiliki seseorang secara paksa. perbuatan yang paling Allah bencikan iaitu menyekutukan Allah dengan pertolongan selain dari Allah SWT (syirik). padahal Allah ada berpesan kepada manusia didalam al-quran:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar."
(QS. An Nisa’: 48)
sedarlah semua. hanya Allah sahaja yang mampu mengubah sesuatu perkara. jika sesuatu perkara itu tidak menyebelahi diri kita mungkin banyak hikmah yang tersirat yang perlu kita ambil iktibar. kita tak boleh menyalahkan orang lain jika ia sudah pon ditakdir Allah SWT. bukan bermakna perkara yang kita mahukan itu adalah yang terbaik untuk diri kita. setiap yang berlaku adalah untuk kebaikan diri kita juga. Allah SWT tidak kejam terhadap orang yang beriman tapi ia hanya sekadar ujian yang perlu kita tempuhi sebagai ummat muhammmad SAW. bila kita telah pon membuat sesuatu keputusan kerana Allah SWT tidak patut sama sekali kita menyalahkan orang lain kerana keputusan itu adalah hak Allah. kita hanya menurut perintah-Nya sahaja. kita tak mampu menentang dengan keputusan-Nya apatah lagi menyalahkan orang lain. sembah dan taat kepada yang satu, Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang dan lagi Maha Memberi. tidak perlu kita meminta selain daripada Allah SWT(iblis atau syaitan) kerana perbuatan syirik adalah dilarang dan dibenci Allah SWT.
wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Salam.
Pernah dengar istilah 'terbatal iman'. Sama ke dengan 'tidak beriman'?
Pernah ada saudara ibu yang dirasuk benda halus. Yang peliknya hanya terjadi pada masa bulan mengambang. Puas bawa berubat, tapi tak pulih sampai dia meninggal dunia.
Pengalaman masa sekolah tujuh tahun lepas, asrama perempuan bergegar sebab junior main-main dengan makhluk halus tu. Asrama lelaki kat sebelah tak rasa gegar pun. Malam tu adik-adik semua kena brainwash. Tu lah, berani sangat panggil-panggil 'benda' tu.
Latest, saya baru tau yang ibu terkena buatan orang. Ustaz kata dah lama dah tapi kesan pada ibu sekejap-sekejap dan tak teruk sampai meraung menjerit. Cuma sakit kepala yang berkala. Tapi kalau tak tahan sakit sangat, memang ibu terlantar tak boleh buat apa. Ingatkan migrain. Pergi hospital, doktor kata sihat. Sekarang masih berubat.
Hm.. Saya tak suka orang yang dengki ni. Kenapa perlu ada orang jahat dalam dunia? Kan best kalau semua orang baik. :(
salam.
orang tak beriman ni orang yang memang tak mengikut ajaran Allah, orang terbatal iman ni orang beriman tapi melakukan perkara yang boleh menbatalkan iman seperti perkara syirik, murtad dan sebagainya.
sesetengah orang tak percaya dengan makhluk halus, padahal dalam al-quran banyak sebut mengenai iblis dan syaitan(makhluk halus). orang2 macam ni banyak terpengaruh dengan idologi barat yang mengatakan semua perkara dapat diterangkan dengan sains (scientific expalination) dan menolak segala paranormal activities yang berlaku dalam hidup, walaupon dah melihat perkara pelik depan mata.
dengki mendengki memang sejak azali ada pada manusia, itu memang lumrah. kadang-kadang perbuatan orang ni bukan sekadar sebab dengki sahaja, ada juga kerana cinta(sebab orang tak balas cinta tapi nak buat cara paksa), nak rebut harta orang lain pon ada juga. tapi hakikatnya, perbuatan syirik memang berluasa di malaysia terutamanya dikalangan orang melayu islam.
kadang-kadang manusia tahu sesuatu perkara tu adalah syirik tapi sebab terlalu mengikut nafsu sampai sanggup buat apa saja untuk mendapat apa yang mereka mahukan. contoh dalam cinta yang saya sebutkan tadi, kalu orang tak balas cinta maka pergi jumpe bomoh dan ikhtiar cara salah supaya orang yang dicintainya membalas cinta mereka. sah lah perkara seperti ini adalah perbuatan syirik sebab meminta pertolongan selain dari Allah SWT.
ramai orang tak tahu perbuatan syirik ni banyak menggunakan benda-benda kotor, seperti tulang khinzir, rambut, jarum, darah haid, darah jari kelinking, minyak dagu dan sebagainya. ketika sahabat rasulullah menjumpai barang sihir didalam perigi tu, benda-benda kotor seperti ini lah yang dijumpai, bukan benda yang baik-baik.
jika difikirkan, perbuatan sihir itu orang yahudi yang lakukan terhadap rasulullah, adakah kita mahu menjadi seperti orang yahudi jika mengamalkan perkara syirik seperti mereka? itulah orang islam gagal melihat sudut kebenaran yang Allah cuba terangkan kepada semua.
wallahua'lam.
salam..
noreena, pasal terbatal iman dan tidak beriman tu, dari apa yg saya penah jumpalah dari apa yg saya belajar yg tidak habis sekolah ni, terbatal iman dan tidak beriman yg selalu diungkapkan dalam terjemahan2 hadis maksudnya sama dalam bahasa arab. eh ape yg saya cakap ni macam keling.
contoh, la yukminu ahadukum yuhibba ya akhi ma yuhibbu li nafsih. ada org translet "tidak beriman seseorang selagi ia tidak mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri"
kadang2 ada org translet "terbatal iman seseorang selagi ia tidak mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri".. so di sini, cuma masalah daripada segi translation ke bahasa melayu, tapi dalam bahasa arab still lagi bunyi nya sama iaitu "la yukminu"..
dan ada hadis pasal "ada org beriman pada waktu pagi, tp petangnya kafir, dan ada org kafir waktu pagi tp petangnya beriman"
ni saya kopi dari internet Daripada Abu Hurairah, bahawa sesungguhnya Rasulullah salallahualaihiwasallam
telah bersabda (mafhumnya): “Bersegeralah dengan melakukan amal-amal! Sebelum berlaku fitnah seperti kegelapan akhir malam yang gelita, (di mana) seorang lelaki itu beriman pada waktu pagi dan menjadi kafir pada waktu petang atau ia beriman pada waktu petang dan menjadi kafir pada waktu pagi. Dia menjual agamanya dengan kesenangan dunia.”
wallahua'lam
@Hansuke,
Manusia ni, selagi tak dipuaskan hati, selagi tu dok berusaha. Kalau berusaha cara baik takpe. Ni tak. Pergi cari 'musuh' yang terang lagi nyata tu.
Semoga kita terhindar daripada benda2 syirik ni. Mereka yang syirik kita tahu, tapi yang munafik senyap2 je. (serius takut!)
@Amar san,
Oh maksud yang sama rupanya. Tentang hadis kedua tu, Rasulullah ingin sampaikan yang kita hendaklah sentiasa beramal sebab kita sendiri tak tetap imannya. Hm, camtu ke?
salam
menurut hasil berbincangan dan pandangan di atas,huhu saya dapat beri pendpat yang Allah tak kan jadikan dunia ni semua ad yang baik!jd takde lah yang jahat kn? tak bleh !kenpa? kerana menurut hasil kajian ayah saya dari buku2 tasawwuf,ulama berkata;bumi ni ibarat sebhagian dari neraka.bile sebut je neraka maka penghuninye mesti orang2 yang jaht sperti org yang berdengki tu lah,org yang syirik,ahli sihir dan sebagainye!
jadi mustahil lah jika semua ad yang baik sebab ulama ckap cm tu. oleh itu,ulama2 sanagt benci pada dunia yang penuh dgn dose,harta benda kekayaan yang akhirnye memakn diri sendiri,maksiat,hasd dgki tamak haloba dll. sebab tu lah ad salah seorg dri 4 khulafa; arrasyidin berkata kite tak bleh hapuskn kemungkaran didunia hnya lah bleh menguranginya shaja!sebab Allah tetapkn memg ad kejahtan tnpa sudah di dunia ni.kalau bleh atasi pun mgkin skejap je!huhu
tapi saya nk tnye bleh semua; jadi "la yukminu ahadukum" tu bermaksud tidak beriman=terbatal iman . maka wajib mengasihi saudara seislam kn.ini termasuk dalm rukun iman ke berape????
hmmmmmm sape bleh tlg bagitau!confuse ni!huhu
sunah suffi:
salam.
terima kasih mengunjung di blog saya yang tak seberapa ni, saya rasa ini kali pertama kamu men-komen post..:)
terima kasih menjawab pertanyaan si Nooreena tu, semoga kami mendapat sesuatu daripada komen yang telah anda berikan, insya Allah.
saya setuju dengan pendapat kamu yang dunia ini tak boleh ada semua yang baik-baik sebab jika dunia ini penuh dengan orang yang beriman kepada Allah swt, maka tak mungkin ada nya ujian kepada orang beriman, tak perlu lagi kita di uji sebab semuanya terjamin masuk syurga sebab tak perlu ada ujian lagi.
maka perlulah ada perbezaan antara ahli syurga dan ahli neraka sebagai ujian di dunia, sama juga yang anda katakan bahawa dunia ini akan menjadi sebahagian daripada neraka di akhir zaman mestila ada orang yang tak baik, tapi tentang ini tak semua yang tahu sebab hal ini hanya orang tersawuf sahaja yang akan mempelajarinya.
wallahua'lam.
Terima kasih sunah suffi. :)
Hm.. mula2 saya keliru dengan pertanyaan kamu. Tapi lepas saya fikir dengan logik akal; bukankah hadis nabi tu datangnya daripada Rasulullah? Dan dengan mengambil hadis ini (yakni percaya dan mengamalkannya) --> Beriman kepada Rasul.
Ini sama juga dengan "Sabar itu sebahagian daripada iman." Rukun iman yang ke berapa pula yang kata tentang sabar ni?
Maaflah kalau ada salah silap. Anyone help me!
salam.
wah wah noreena, ni kali pertama dalam hidup saya nak puji kamu, wah sungguh kreatif skali cara kamu menjawab soalan sunnahsuffi, saya pun tak terfikir jugak nak jawab macam tu..
ni jawapan dari saya yg dhaif lagi hina ini pulak.. rukun iman ialah perkara2 yg menjadi tiang2 (pillar) paling asas perlu ada dalam hati setiap org mukmin (org2 beriman). ia disebut dalam hadis no2 iaitu hadis jibril dalam matan arbain (hadis 40) yg disusun oleh imam nawawi, seorang tokoh pengkaji hadis yg ulung.
banyak lagi hadis2 dan ayat2 quran pasal iman (ayat yg start ya aiyyuhallazi na a manu) tapi tak semua jadi rukun iman, pasal hadis2 dan ayat2 quran tu adalah extended utk ciri2 menjadi org beriman.. so kesimpulannya di sini, rukun iman tu ialah yg paling core dan basic di tengah2 konsep keimanan, dan ayat2 dan hadis2 lain spt "sabar sebahagian daripada keimanan" tu ialah unjuran2 lain utk menjadi org2 yg beriman.
samalah jugak macam rukun islam, ada lima jer. tp adakah kita ummat islam dalam mengejar menjadi insan yg soleh wa musleh, adakah kita cuma wat 5 bende tu je? kenapa sahabat nabi sanggup wat lebih drp tu, kenapa tak wat lima tu jer? wat penat je pegi perang, sedekah separuh daripada harta, lebam2 dahi dan lutut solat malam, bukan ke semua tu takde dalam rukun islam? haa.. tu semua soalan menguji minda je, jawapannya semua kita dah tahu, rukun islam tu adalah perkara2 basic dalam islam yg kita kena sedaya upada buat manakala amalan2 lain adalah perkara bonus yg boleh dibuat utk membuktikan kepada Allah betapa komitednya kita kepada agama yg tercinta ini.
wallahua'lam XD
noorena:
owwww!baru confuse saye dah hilang!huhu time kasih ye!banyk lagi kn selain dri sabar?cntohnye kebersihan, cinta kan kawan kerana Allah.n sebagainye yg menjadi sebhagian dripada iman!huhu jdi ble sebut iman je wajib terus mempercayainye ark?huhu cm tu eh!huhu
amar san:
owwww!cm tu eh!ok2
mcmane plak dgan hadith2 yang lain seperti hadith2 qudsi?hadith2 nabawi ?
Post a Comment