aku dah mula rasa keperitan susahnya berdakwah. nak bawa orang kepada kebaikan bukannya senang. tak semua orang mahu berubah pon. kadang-kadang lama aku termenung memikirkan ummat islam, kawan-kawan dan lain-lain la. tapi perjuangan masih belom selesai.
ada sorang kawan aku ni kata, bila kita mula rasa susah dalam berdakwah dan jalan kita tu takla semudah yang kita sangkakan, maka kita telah pon menuju jalan yang benar seperti nabi-nabi yang memperjuangkan agama Allah (insya Allah), yang sorang lagi plak kata, kalu orang tak terima takpa, janji kita dah menjalankan tanggungjawab kita sebagai ummat Nabi Muhammad SAW, iaitu menyampaikan berita baik, dan cuba menarik orang untuk berbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran.
susah sebenarnya hendak tegur orang. kena ada banyak approach yang berbeza-beza. tak semua orang akan sama. ada yang kena nasihat lembut-lembut, ada yang kena keras sikit, ada yang kena tegas sikit. tapi kena approach yang betol. tapi ada juga yang approcah apa pon yang dipakai mereka tak akan terima sebab merasakan diri terlalu perfect dan tak patut ditegur sama sekali.
orang yang biasanya macam ni ialah orang yang beriman. mereka solat 5 waktu, tahu pasal agama dan tahu banyak benda lain pasal agama Allah. ada sesetengah mereka rasa tak perlu lagi untuk ditegur kerana merasakan mereka sangat bagus dan tak mungkin ada cacat cela pada diri mereka lagi. orang macam ini kita hanya mampu berdoa supaya mereka berubah.
dalam kepayahan berdakwah, mungkin sekali atau banyak kali kita akan difitnah oleh orang lain. dalam kes aku misalnya, aku banyak diperkatakan di ruangan pendapat di facebook. mentang-mentangla aku takda facebook, maka senang la aku diperkatakan oleh mereka. walaupon tak sebut nama aku tapi aku yakin mereka sedang memperkatakan pasal diri aku. kata-kata tu seperti:
1. "orang tua tak sedar diri"
2. "sbgi sorg muslim yg briman kne la bringt dgn cara yg baik, bkn perli2 dgn mggunakan hadith n alquran.. tuw dh salah care.."
3. "tua nak mampos pon tak bleh fikir. memang la keje Allah, tp bila dah bwat keje Allah, mesti bleh bezekan yg mane baik ataw buruk. kalau tak bleh, ad something wrong ar tu...."
ini je yang aku sempat copy/paste dari kotak comment facebook seorang kawan, yang lain-lain hanya Allah saja yang tahu. aku redha je diorang cakap apa pasal aku. sebab aku tahu bukan aku berniat untuk perli mereka. bukan aku rasa aku sangat bagus dan akulah orang yang terjamin akan syurga Allah diakhirat nanti tapi aku ikhlas dengan kata-kata aku sebab dari segi padangan islam nya mereka telah pon melakukan kesalahan dan harus ditegur. aku hanya menasihati atau menegur jika ada peluang. tapi kita dapat lihat betapa hebatnya tuduhan mereka terhadap niat baik aku. aku redha.
pandangan dan pendapat aku semuanya adalah tujuan untuk menyedarkan mereka dengan kebenaran sesuatu perkara. bukannya sampai mereka merasakan mereka tidak sedikit pon buat orang lain terasa. aku menegur mereka sebab orang lain yang bersuara ketidakpuasan hati dan aku tergerak untuk menasihati dan mengajak mereka kepada kebaikan. tapi yang terjadi ialah sebaliknya. mereka menentang aku habis-habisan. mengatakan aku tak sedar diri. mungkin ini ujian Allah SWT kepada diri kita yang inginkan jalan kebenaran dan redha Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Pemurah dan Penyayang.
sebenarnya adalah baik kita mendengar atau tahu kedua-dua belah pihak sebelom menilai sesuatu perkara atau seseorang. bukanlah disebabkan kita sayang atau baik dengan orang tertentu sampai kita sanggup percaya apa saja yang mereka katakan terhadap sesuatu perkara atau seseorang itu. misalnya jika kita mahukan kebenaran, tak patut kita terus menuduh seseorang setelah mendengar dari satu pihak sahaja. untuk adil haruslah sesuatu perkara itu di dengar dan di nilai dari kedua-dua belah pihak supaya cerita yang dibawa menjadi adil dan saksama. barulah akan sampai kepada sesuatu kebenaran yang haq.
sebenarnya sayang. ramai orang yang mengaku beriman tapi sejauh manakah keimanan mereka kepada yang Maha Pencipta? aku sedih mengenangkan kata-kata Allah SWT yang mengatakan kepada orang beriman dalam Surah as-saff ayat 2-3,
"Wahai orang-orang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan"
jelas kata-kata Allah disini kepada orang beriman untuk melakukan kebaikan dan jika ada yang melakukan sebaliknya, perkara itu sangatlah dibenci Allah SWT. hakikatnya ramai orang beriman hanya pandai berkata-kata tapi tidak sekali pon mengamalkan apa yang mereka perkatakan. ini sifat hipokrit yang sangat nyata. hanya Allah SWT sahaja yang mampu mengampuni dosa mereka jika mereka sempat bertaubat dimasa akan datang. semoga mereka mendapat pertunjuk.
dan juga semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita dari sifat yang dibenci-Nya. semoga kita sentiasa mendapat hidayah dari-Nya setiap masa. insya Allah.
wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
salam afif
aku rekemenkan ko cari lagu nasyid sunnah org berjuang daripada nadamurni.. kat situ banyak point2 yg bagus yg ko boleh amik pengajaran bila berdakwah.
salam
bila baca kisah rasulullah dulu macam beri banyak pengajaran. especially part yang baginda kena macam2 tentangan yang sangat dahsyat tapi baginda sabar siap boleh doa “wahai Tuhanku! berilah hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya
mereka tidak mengerti”.
sabar kan?
"jadilah kamu menyeru manusia spt pokok buah-buahan, mereka mbalingnya dengan batu dan dia gugurkan buah kpd mereka." -imam HAB-
wallahua'lam
Salam Hansuke.
Hm, masalah besar ni. Tapi manusia mana yang tidak diuji, kan?
Kira kamu beruntung sebab diuji dengan mereka-mereka yang sebegini. Selalu envy orang2 seperti kamu. Sebab ini bermakna Allah sayang kamu.
Anggap saja mereka ini seperti kuaci. Nak membuka kulitnya punya lah remeh dan susah, dapat makan pun isinya sedikit. Tapi lama-lama mesti rasa kenyang jugak kan.
Sama la cam mereka ni. Teruskan memberi nasihat tak kisahlah mereka nak cakap apa pun. Mulut orang kan mana lah kita berdaya nak tahan-tahan. Allah je yang pegang hati-hati kita ni. Dah berusaha, then berdoalah minta Allah lembutkan hati mereka.
Err.. saya ni cakap macam pro saje. Maaf ya kalau ada salah silap.
amar sana:
salam.
aku dah download lagu tu.
lirik dia sangat bagus.
rentak lagu kurang skit.
tapi that's not the point..:)
neway thanks.
liyana:
salam.
tula. bila kenangkan nasib para nabi dalam menyampaikan seruan Allah boleh buat kita lebih tabah.
macam yang saya kata kat kamu aritu kan, doa saja yang saya mampu untuk mereka sebab bila tegur tak menjadi, sebab mereka tak nak dengar.
neway thanks for the comments..:)
nooreena:
salam.
sebenarnya ia lagi rumit dari yang kamu sangkakan. mereka2 ni sebenarnya angkuh dan tak sedar mereka salah. tak boleh terima teguran sebab rasa diri sangat bagus, bongkak, berlagak, show off dan banyak lagi.
sebenarnya saya tak pernah pon tegur secara direct. semuanya isi teguran didalam blog saya. tapi saya dituduh menggunakan ilmu al-quran dan hadith untuk 'membantai' mereka. padahal semua yang saya tegur itu hanya untuk menyedar para pembaca bukan untuk mereka sahaja secara kursus. bila dah kena kat atas kepala mula la rasa tak puas hati dan menyumpah2 didalam facebook dimana saya tak dapat melihat comment mereka sebab saya takda facebook.
mereka gagal menyedari yang segala teguran saya adalah berbentuk dakwah, maka kena la berfikir sejenak untuk muhasabah diri. tak pernah pon saya berniat selain mengajak mereka kepada kebaikan.
ini bukan kali pertama saya terkena fitnah. tapi macam mana pon rasa sedih tu tetap ada bila pikir betapa mereka tak sedar apa yang mereka sedang buat. iblis pon dah menang. hm..
lagi pon kita hanya menyampaikan ilmu Allah, bukan niat untuk berlagak seperti yang mereka tuduh tu.
takpela semoga mereka mendapat hidayah dari Allah SWT pada masa akan datang. insya Allah.
thanks for dropping by..:)
Siapa makan cili, dia terasa pedas. Siapa pakai RON97, dia terasa perbezaannya. Sempat lagi promote. Huhu
Ada bagusnya respon mereka yang sebegitu. Dari situ kita tahu yang mereka 'ada rasa' yang mereka itu salah. Ada silap di mana-mana. Sebab itu mereka terasa. Dan ini menunjukkan yang teguran kamu berkesan. :)
Jangan pernah berhenti berdakwah. Jika tidak mampu secara lisan, maka tulislah. Jalan dakwah sememangnya tak pernah lekang daripada duri-duri seperti ini.
Chaiyok!
hm..mungkin juga mereka terasa sebab rasa terkena mungkin juga sebab tak boleh terima kerana ego terlalu tinggi, reject segala pendapat orang lain.
kalu mereka ada rasa bersalah alhamdulillah, cuma takut mereka rasa sebaliknya kerana dihasut iblis untuk membenci sesiapa yang menegur mereka.
tapi apa-apa pon apa yang mereka rasa semoga ia adalah baik-baik belaka. kita pon tak boleh assume yang bukan2 cuma boleh berharap yang terbaik..:)
hansuke bernama afif. ok. dah. tu je point saya. keep up the good work! malas nak komen panjang2.
Post a Comment