Saturday, April 10, 2010

biasiswa kursus luar negara JPA

semalam aku hantar adik aku pergi interview biasiswa JPA kat putrajaya. rasanya adik aku salah seorang yang apply biasiswa untuk kursus dalam negara. pelajar lain memang stok nak pergi jepun, us, uk, australia dan lain-lain.

masa adik aku interview aku lepak kat luar tunggu dia dari pukul 8am sampai pukul 12pm baru abis, padahal kena interview pukul 11am. penat menunggu. tapi sempat berkenalan dengan seorang aunty (chinese malaysian). dia yang tegur aku dulu sebab time tu aku tengah kusyuk baca buku. aunty ni dah pencen tapi nampak agak muda. banyak la bercerita. ada anak kembar, seorang tengah amik CA kat australia, dan yang satu lagi baru abis degree economics kat kota london. dan yang dia tengah tunggu tu anak dia yang bongsu, lelaki.

aku kagum dengan ketiga-tiga anak aunty ni. yela, masing-masing score straight A's dalam spm. mengikut kata aunty tu, kalu anak dia tak dapat biasiswa pon dia sendiri nak sponsor anak lelaki dia study oversea. dalam hati aku, wow banyaknya duit aunty ni. aunty ni sebenarnya pencen dari government. dia pernah berkhidmat kat putrajaya selama 25 tahun. memang dia seorang yang open minded. siap dia suh aku belajar bahasa mandarin sebab background aku accounting, baik untuk future aku katanya.

tapi adik aku apa kurangnya. score 10A's dalam spm dia. siap dapat interview JPA kursus luar negara. tapi dia relax dan cool je. takda pon tanda berlagak pada muka dia macam sesetengah orang yang dapat banyak A's. alhamdulillah. dalam family aku, adik aku yang 1st dapat 10A's. kecoh satu kampung, semua orang tahu. news spread fast, terus jadi glamer dikalangan keluarga-keluarga aku.

adik aku cerita, interviewer terkejut kenapa dia tak berminat nak pergi oversea. sekali tengok number kad pengenalan dia. "eh, kamu ni ic 87, ni code scotland ni, kamu lahir kat sana?" adik aku reply, "ye, saya lahir kat sana". adik aku cakap interviewer diam sekejap, mungkin sebab mereka dah faham kenapa dia tak nak study oversea. pastu sambung lagi, "kamu tak berminat langsung la ni nak sambung oversea?", adik aku jawab, "saya berminat tapi bukan sekarang, mungkin bila mahu mengambil masters dan phd nanti pada masa akan datang", interviewer mengangguk-angguk sambil mengatakan bagus. (mungkin mendapat markah lebih..hehe~)

aku dapat detect adik aku ni sama pandai dengan arwah ayah. kurnia dari Allah SWT. kalu baca sesuatu dia akan dapat tangkap benda tu sampai bila-bila, seolah-olah dia scan dalam otak dia dan 'save as' dalam file, lebih kurang la, adik bongsu aku dapat kurnia Allah ni. aku tahu ia berkat doa mak ayah untuk adik aku yang dulu otaknya agak lembab la jugak. haha~

aku yakin dia akan lebih maju pada masa akan datang, aku harap dia tak lupa diri, apa-apa pon yang berlaku semoga sifat rendah diri dan taat kepada Allah SWT sentiasa ada dalam hati dia sampai nafasnya yang terakhir. insya Allah.

wallahua'lam

13 comments:

Nooreena said...

Tahniah untuk adik! Belajar rajin-rajin okay.

Teringat salah satu syarat JPA, tak boleh kahwin semasa belajar. Sedih saja! Hehe

hansuke said...

my adik is only 18. nanti insya Allah masuk matrik uiam 2 tahun, degree 4 tahun. maka bila dia abis belajar umur dalam 24. rasenya isu kahwin won't be problem to him, so young ma..:)

kamu asik cakap pasal kahwin je sejak dua menjak ni..suh la mak ayah carikan calon cepat-cepat..hehe~ good luck.

Amar san said...

noreena tak laku la tu. kesian2..

haha

p/s: jgn mare, gurau je. kamu still nak wat master kan b4 kawin cik noreena kan? hehe

Nooreena said...

Oit. Korang ini. Rasa nak sekeh2 saja! Haha.

Mungkin saya terlalu memilih kot. Tambahan ada banyak tanggungjawab lain. Nasib baik kamu tahu misi saya menghabiskan master. Apa kes kahwin2 ni kan. Peace!

hansuke said...

sambil menyelam minum air apa salahnya. tapi kalu memilih sangat mungkin susah sikit la kot nak lekat..:)

lagi pon masters just around the corner kan nak habis..so apa lagi? dah boleh dah slow2..huhu~

Nooreena said...

Hihi. Betul la tu. Sedang mencari jugak la ni. Tapi taklah selaju RapidKL. Tak faham nasib. :P

Hansuke dan Amar San bila lagi?

Amar san said...

noreena.. saya ada kenal sorang kakak tu.. dia macam awak jugak.. wat masters, kejar kerjaya, cari lelaki pilihan.. akhirnya, skarang ni dia dah pun bertemu dgn jodoh pilihan dia, kerja sbg manager.. umur pun dah lanjut... anaknya pulak nama toyota vios.. anak org lain minum susu, anak ni minum petrol..

alamak, ape saya merepek ni. hehe

Nooreena said...

Hadoi la kamu ini. Seolah-olah mendoakan saya begitu pula. Berilah analogi @ cerita yang dapat buat saya lebih bersemangat. Ish! *geram*

Saya tidak kejar kerjaya. Saya tidak kejar kereta. Saya hanya mahukan bahagia. Bahagia itu sesuatu yang subjektif kan?


PS: Maaf Hansuke, rasa seperti ini blog saya pula. Hihi

hansuke said...

aritu saya ada borak dengan mak saya. dia kata untuk memilih seseorang tu sbrnya terpulang pada kita untuk memberi peluang untuk menjalani kehidupan bersama.

walaupon dah solat istikharah sekali pon, tak semestinya orang tu yang kita pilih, tapi jika kita pilih orang tu sekali pon, mesti ada juga benda yang tak kena, maka itulah dinamakan dugaan yang Allah dugakan kepada kita.

oleh itu, pilihlah someone dan cuba dulu hubungan tu, jika kita terus memilih/choosy sampai bila ia akan berakhir?

saya tahu kamu nakkan bahagia, sapa tak nak happy bukan?

bukan apa, saya ada ramai kawan yang memilih, nak yang macam ni la, macam tu la, tapi bila dah tiba masa nya, ada budak laki lagi muda dari dia 2 tahun suka kat dia, sekali menjadi pula, mei ni dah nak kawin. kenapa camtu? sebab dia dah tak memilih macam dulu. dia terima saja apa yang ada depan mata sebab dia dah buat pilihan dan dia redha.

siapa sangka bukan? kawan saya ramai yang kawin lelaki lagi muda dari mereka beberapa tahun. tapi kalu ikutkan apa la sangat ada pada umur.

saya dan amar lain la kan, sebab kami ni budak lelaki. cecah 30 tahun pon tak kawin tak apa, masih laku insya Allah..:)

p/s: maaf jika terasa tapi ini lah realiti, someone has to say it, it's ashame u have to hear it form me. sorry.

Nooreena said...

Tak perlu mengungkap maaf la Hansuke. :)

Err.. kamu rasa saya terlampau memilih ke? Hihi. Mestilah kena pilih betul-betul, sebab nak dijadikan teman sepanjang hayat. Memilih maksud saya tak perlu ada rupa yang kacak, berharta, berkerjaya yang bagus-bagus etc. Asal ada agama, berilmu dan berbudi bahasa, itu sudah cukup. Yang lain-lain boleh topup kemudian.

Kamu pun mesti pilih yang begitu. Ye tak?

Kamu dan Amar masih budak ke? Saya iya kan saja lah. :P



PS: Kamu suruh saya carik cepat-cepat ke? Baik. Nak pergi carik la ni. :D

hansuke said...

"Kamu dan Amar masih budak ke?"

saya dan amar ada bunyi cam budak-budak ke? jangan cepat assume..yang saya maksudkan 'dak laki' cam kami, bukan kami budak-budak..hehe~

kami berdua cukup tua untuk kamu panggil kami abang la..:)

saya pulak tua 2 tahun dari amar.

Amar san said...

@noreena

sy penah jumpa brader ni kat london dolu2.. video dia best, klakar and at the same time ada isi..

http://www.youtube.com/watch?v=xmerfW3Xv08

Nooreena said...

@Hansuke,
Abang? Biar betul. Tapi perkataan abang itu membuatkan saya rasa macam geli-geli. LOL

Tiba-tiba rasa best pula bila tahu saya lagi muda. :D

@Amar San,
Saya dah tengok video tu. Serius awak pernah jumpa dia? Dia comel. Hihi.

Saya bersetuju dengan dia; tiada istilah Prince Charming dalam kehidupan realiti. Dan semestinya agama yang paling penting dalam menentukan kebahagiaan.

Cayalah. Saya dah ada tempat baru untuk melepak. Lepak dengan Baba Ali. :D