Saturday, July 7, 2012

matang seorang lelaki


ada apa dengan pompuan cantik? aku jawab soalan sendiri. takda pape. takda pape pada wanita cantik. memang Allah suka pada benda yang cantik. ciptaan Allah semuanya cantik. tapi cantik adalah hiasan. ia tak kekal dan ia hanya sementara.

masa muda, aku memang tergilakan pompuan yang cantik. memang tipu la kalu cakap sebaliknya. itu memang nature aku. takleh nak ubah dah, itu yang aku fikirkan la pada mulanya. tapi masa berlalu, setiap orang akan berubah. setiap orang berubah cita rasa mereka. tak mungkin akan sama. termasuk la aku.

pompuan yang cantik memang sedap dipandang, sekali tengok memang tak puas. kalu tenung, mesti nak tengok lama-lama, sampai terkantoi pon takpe. pastu terfikir, "adui, cantiknya minah ni". dan mungkin tersusun laju otak, cara nak tackle macam mana. hm..itu la aku zaman muda, tapi pergi tackle tak pernah pon sekali sebab aku memang pengecut bila bab tackle budak pompuan. haha~

sebenarnya, ia bergantung pada taste masing-masing. dan secara tak langsung, kategori yang aku tertarik ialah pada wanita yang kebanyakkan orang akan rasa cantik,  kebanyakkan orang akan rasa tertarik, dan kebanyakkan lelaki akan nak  'try' tackle, jadikan gf, nak jadikan isteri. nak buat camne dah, taste orang lain-lain. jangan salahkan ibu yang mengandung budak laki :P

bagi aku, lelaki ada zaman dia. sebab lama-lama, bila umur meningkat, kebanyakkan kaum adam ni, akan berubah. pandangan dunia pon berubah. terutamanya pada lelaki yang sudah temui tujuan hidupnya. apa tugas dia di dunia ni. sapa dirinya. dan kesedaranya kepada kehadiran Allah. redha yang dia cari dari Allah. pasangan yang macam mana yang paling sesuai untuk dirinya. bila semua ni berlaku pada seseorang lelaki, dia mula melihat cantik tadi dari perspective yang berbeza. cantik pada wanita yang dia puja tidak lagi yang utama baginya. muka yang cantik tidak lagi yang dia hiraukan. sebab cantik yang lebih yang dia cari, cantik yang lebih dalam dari melihat pada luaran semata.

semalam aku boring giler. tak tahu nak buat ape. sekali terbukak pulak Yahoo Messenger (YM) yang dah lama tak terbukak. macam dulu-dulu kala aku akan bukak YM chat room Malaysia - Selangor bila boring (tibe-tibe je semalam, ngigau agaknya, haha~)

pendekkan cerita, terchat pula aku dengan minah sorang ni. budak Accounting Unisel semester akhir. dan..jeng3x..dia seorang yang sangat cantik. putih orangnya. mek kelate kot, aku dapat detect sikit2 bahasa dia. aku yakin, sapa-sapa yang berkenalan ngn minah ni akan jatuh hati dengan sekali pandang :)

pendekkan ceritanya lagi. sembang punya sembang, aku jadi hilang idea nak borak ape. tapi yang sebenarnya, aku tahu nak borak ape, tapi aku yang tak nak kenal lebih. aku pon terfikir. dulu kala, masa aku muda-muda, minah ni kompem aku akan layan, tak tackle pon takpe, tapi layan. sebab ape? sebab cantik. bunyi macam 'silly' bukan? tapi itu la hakikatnya. tapi bila umur aku dah semakin meningkat, lama-lama semua tu tak penting pon sebab keserasian yang kita cari bukan indah pada rupa.

pagi tadi aku terfikir minah tu tibe-tibe. ada sesuatu dalam otak aku tercetus untuk fikir pasal dia. aku macam cam muka budak tu, tapi aku tak dapat pikir dari mana. lama pikir, rupenya, muka budak tu seakan-akan budak pompuan yang aku pernah suka masa dulu-dulu kala. seorang blogger. aku ada bukak blog dia. dah jadi model dah pon, model majalah, bahagian pakaian. aku pon baca post yang dia tulis. baca satu, baca dua. langsung tak berubah personaliti budak ni, dari dulu sampai sekarang. sama je entri dia, banyak post gambar diri sendiri (bagi aku kalu dah terlampau banyak gambar nk post kat internet boleh jadi riak), banyak post merepek, dah 2 tahun aku tak singgah blog dia. terkejut gak aku tengok, pemikiran dia tak berubah langsung. hm..

kesimpulan:
seorang lelaki sangat lambat sikit untuk matang (pompuan mungkin cepat sikit dari laki :D). tapi bila dia matang percayalah. seorang lelaki tu akan sangat matang. tapi kita kena faham dulu erti matang yang sepatutnya. aku ambil dari Hilal Asyraf:

"Matang pada saya, adalah apabila seseorang itu mampu mengenali Allah SWT, mengetahui matlamat kehidupannya, dan tanggungjawab dia berada di dunia ini, seterusnya bergerak bersungguh-sungguh ke arah memenuhi tuntutan kehidupannya sebagai hamba Allah SWT, dan pentadbir muka bumi ini." - Hilal Asyraf

sebenarnya, lelaki yang sedar dengan realiti dan dah sampai tahap matang seperti diatas, mereka tahu pompuan cantik tak kekal. mereka tahu bila-bila masa Allah boleh tarik. hari ni cantik, esok lusa mungkin dah takda. so, orang lelaki yang sedar pasal ni akan cari cantik bukan dari muka. lelaki macam ini akan lebih tertarik pada perangai seseorang wanita tu, cara dia borak ngn orang lelaki. cara dia borak dengan orang tua, pemikiran dia dan imej Islam yang dia bawa (pakaian tutup aurat secara betol), perspective dia terhadap agama Allah macam mana. dan semuanya berkaitan dengan agama Allah. kalu pompuan ada agama, itu la pilihan dia (tu pon lepas solat istikharah dulu la..:P) tapi kalu laki tu tak pandang seorang pompuan kerana agamanya, sila lah cari laki lain ye :)

sedar atau tidak, matang itu bermula dari diri sendiri. banyakkan la muhasabah diri, tengok balik mana-mana yang silap dan boleh dibaiki. ramai yang lupa, kita hidup kerana Allah. dan bukan kerana nafsu. sepatutnya, redha Allah yang dicari dan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim sentiasa ada, kita sahaja yang tak sedar atau lupa. maka jadi lah matang yang sepatutnya. buka lah mata, supaya mencapai bahagia abadi. inshallah.




12 comments:

budakingus said...

As we grow up, looks is not anymore the 'X' factor in finding the other half.

Masa zaman sekolah, nampak laki hensem je terus admire. senyap senyap je la kan hahaha. taktau pun perangai macam mana dah suka.

but when it reaches to adulthood, its different. example : "dia tu handsome kot, takkan taknak?" then some of us might answered, "aku tak rasa aku boleh hidup dengan dia." or etc.

The perspective has changed. Looks can be useless if there is no chemistry or attachment between the two. As well as from the religious aspect as you mentioned. Maturity is the answer.

For me as a woman, one important thing to ask ourselves when looking for life partner - can he helps me to bring me closer to Allah and into Jannah? What else can you ask for from a husband, right?

Just my 25 cents :)

hansuke said...

salam.

betol tu. bila kita meningkat dewasa, banyak benda kita pikir lain sebab fikiran kita dah berubah. tapi itu la hakikat manusia. above all, agama dan redha Allah yang di cari. begitu juga dengan pasangan, kena cari yang sama hala tuju dari segi agama, dunia dan akhirat :)

awak dah cakap semua kot, tak perlu saya bebel lagi ehe~

neway, thanks for dropping by my blog. i've never seen u here before, n thanks for leaving ur comments, do come again :)

p/s: jgn lupa makan ubat kasi kurang ingus :P

s a r said...

~ehem ehem

salam.

~gelak sekejap. hi hi hi. ~ ok dah. :P

~aku tengah fikir ni macam mana kaw boleh terjebak tetiba dalam YM semalam. hee. sebenarnya aku ada terjebak jugak sekali dalam bulan lepas. :D ~ but, seriously! takdo apo eh melainkan keMEREPEKan yang banyak. :)

erm, rasanya memang habis dah kaw sentuh pasal matang~berubah.

aku suka pulak budakingus punya kata2 tu.

"one important thing to ask ourselves when looking for life partner - can he helps me to bring me closer to Allah and into Jannah?"

~fikir ribu-riban kali la ni. :)

hansuke said...

haha~ banyak la ko sar, aku kenal ko kan kat YM gak, tapi masa 1st kenal ko benci aku kan? :P

memang chat room merepek je banyak, aku pon tak bukak lama, chat sekejap je dah boring.

dalam mencari pasangan ni kena tgk banyak benda, tapi kalu pasal agama, itu la yg terbaik, termasuk la comment budak ingus yg ko quote tu :)

s a r said...

~ahah. memang la. kaw belagak gila. salam takda, tetiba nak sound2 orang. :P

memang sangat banyak. aku pun pernah je fikir satu sudut je b4 ni. tapi lelama fikir rasa macam ~alahai..tawarnya hati...
macam tu la aku rasa.

harap muka je ado, yang agama tak bape nak ado? ~aku fikir balik, kalau dah aku tergelincir, takkan sama2 nak tergelincir kan. hm..

hansuke said...

haha~ memang la ngok, sebab aku time tu hari2 masuk chat, memang poyo skit..:P

lagi pon, mana la aku sound ko pon, ko je sensitive lebih, emo nak mampus, time tu la kan..ehe~

takpe la, kalu ada doa mesti ada jugak usaha, mintak je yang terbaik, inshallah Dia akan jodohkan dengan ko yg sesuai :)

sabar je sar :P

s a r said...

memang sangat poyo. sebab aku memang selalu perasan je milo kaw tu port dalam tu. tapi tak pernah tegur pun. sekali baru terkeluar perkataan MILO kaw dah perasan sangat!
~padahal tak panggil pun kaw. :P

~ceess! emo sikit je la. orang tak bersalah kena marah. memang touching lebih la. :P


inshaAllah. pupuk sabar bebanyak laa ni.. :)

Liyana said...

salam.. rasa macam dah lama betul tak komen di sini

mengingatkan tulisan anda yang dulu-dulu.

saya sangat setuju dengan komen budakingus.

dan luaran itu sebagai satu tarikan pertama. sebab memang fitrah manusia untuk tertarik dengan sesuatu yang cantik. selanjutnya, hati yang akan nilai aspek2 lain. yang penting kita tahu matlamat kita untuk mencari pasangan. untuk menatapnya sepanjang hidup, atau untuk membawa kita ke mana. jika kita tahu matlamat, aspek yang picisan seperti fizikal dan lain-lain kita akan tolak tepi.

salam ziarah!

hansuke said...

liyana:

tq sebab singgah sini :)

ye, awak dah lama tak singgah, saya tahu awak busy dengan thesis, so takpe. haha~ macam bagus je blog ni nak datang selalu :P

hm..saya pon dah jarang ada idea nak tulis, kalu buat2 nak tulis, tak mungkin akan keluar idea, sebab selalu ilham yg datang, bukan dari diri saya pon.

yela, bila dah matang, maka dah faham matlamat yg sebenar, dan inshallah akan mampu memilih kerana Allah, kerana inginkan redhaNya jugak kan? :)

thanks for dropping by,

good luck on ur final project.

Iwan Shah Zainal said...

sbb tu la org kacak macam aku x ada gf.

Unknown said...

Aku tersinggah blog ni tiba2 tergerak hati.. Berasa sedih pun ada , sedih pasal mencari keredhaan Allah tu. Aku terfikir dosa2 aku banyak woo. Terima kasih la sebab sedarkan aku. :)

hansuke said...

Afiq Azinuddin:

Terima kasih singgah dan bagi komen. Aku dh lama xbukak blog dan menulis kat sini. Maaf lambat reply.

InshaAllah. Pintu taubat sentiasa dibuka kepada sesiapa yg mahu. Jgn takut, sb Allah dah janji syurga bagi orang - orang yg beriman. Jaga diri. Ingat Allah selalu :)