Monday, July 30, 2012

lepas susah adanya senang

alhamdulillah, aku dah berjaya menamatkan degree, setelah lama bertungkus lumus untuk mendapatkan segulung ijazah yang di impikan arwah ayah. walaupon ayah sudah tiada untuk melihat aku memilikinya, tapi aku bersyukur kerana berjaya menunaikan hasrat beliau. tapi seperti biasa, aku tiada perasaan gembira mahupon sedih, cuma perasaan aku seperti tiada apa-apa berlaku. mungkin ini redha, kerana aku tahu kalu bukan kerana Allah, tidak pula aku mendapat ijazah yang bagus seperti sekarang. usaha yang aku lakukan dan niat yang aku semaikan, telah pon Allah tunaikan. semuanya datang dariNya. aku cuma berusaha yang terbaik untuk mendapat redha Allah.

masa ayah masih ada, beliau sering memberitahu aku bahawa, untuk senang, mesti ada susah. itu sifat Allah yang misteri lagi terpuji untuk umat manusia. tidak ada yang lain lebih murni dari ujian yang Allah berikan kepada orang beriman kerana tanpa ujian yang ada, manusia mana mungkin akan bersyukur dengan nikmat yang bakal dikecapi.

setiap yang berlaku, pasti ada hikmahNya. kita harus melihat lebih dalam dari hanya melihat luaran. hal ini berkait rapat dengan kes aku yang baru sahaja terkena demam denggi dan setelah menghadapi dugaan itu, Allah telah pon memberi keputusan degree yang bagus kepada aku. alhamdulillah. dan aku percaya, itulah yang sebut, "setelah susah, pasti ada senang".

baru-baru ini aku mendapat satu interview kerja dan masih dalam menunggu, kerana keputusan interview itu akan diumumkan minggu pertama bulan ogos. dan baru sahaja semalam aku terseliuh urat pinggang aku kerana tersalah angkat barang. pinggang aku sangat sakit sampai aku tidak mampu bangun dan berdiri lama. solat terpaksa dalam kedaaan duduk. dan aku tidak mampu bangun untuk solat terawih di masjid. tapi hari ini aku sudah pon sedikit pulih. sudah boleh solat dalam keadaan berdiri, walaupon ada sedikit lagi sakit ketika mahu sujud, alhamdulillah.

dengan dugaan ini, aku percaya, pasti ada baik di hujung ceritanya. mungkin aku mendapat berita baik dari interview yang lepas. itu yang aku harapkan sebenarnya, kerana memikirkan 'setelah susah adanya senang', tetapi jika tiada rezeki aku, apa boleh buat. pasti ada berita gembira di lain hari. inshallah.

kadang-kadang manusia lupa untuk bersyukur bila ditimpa ujian atau musibah. sesungguhnya musibah itu adalah kebaikan bagi orang-orang yang mahukan redha Allah. berhenti sejenak, dan lihat ujian yang ditimpa kita dan kembali kepada Allah untuk pertolongan. jangan sesekali berhenti berdoa kepada Allah untuk memiliki kesabaran menghadapi dugaan yang kita sedang alami. sesungguhnya kesabaran hati itu amat penting untuk meneguhkan semangat untuk kita teruskan hidup, dengan harapan, di hujung hari, 'setelah melalui kesusahan, adanya kesenangan", inshallah.

wallahua'lam.

3 comments:

budakingus said...

Assalammualaikum. I'd like to share something which I got during my recent sharing :)

If we carefully read the verses in Asy-Syarh:5-6 ;

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."

Did you see what I see? Hehe.

In the verses, Allah didnt said, "SELEPAS kesusahan ada kemudahan". Instead He was telling us, "BERSAMA kesulitan ada kemudahan".

Meaningly, ketika kita dalam kesusahan di situlah adanya kemudahan :) Allah bagi kita ujian dengan kesusahan, tapi sayangnya Allah pada kita dia sertakan kemudahan bersama-sama kesusahan tersebut.

Allah takkan uji kita dengan meninggalkan kita bersendirian menanggungNya dan hanya bersama kita sesudahnya.

He is there, along the way.

InshaAllah. Just thought of sharing what I got. All the best Inche Hansuke. Allah will give whats best for you. Cepat-cepat sihat :)

hansuke said...

budakingus:

salam. thanks for ur comment :)

actually, what u said tu betol jugak, i agree :)

tapi message post ni is not that really, what i meant to say, kalu takda susah, maka kita tak akan bersyukur bila dah dapat ganjaran tu.

so untuk senang, Allah mesti bagi susah dulu supaya nanti bila dah senang orang2 beriman tak lupa, akan datangnya rezeki / kesenangan tadi, sebab semuanya milik Allah :)

so, macam peringatan la pada kita supaya, senang itu milik Allah, dan susah yg datang juga milik Allah :)

so bila dah senang, takda la kita lupa diri, terlalu hepi, dan lupa akan Allah, maka disitu lah wujudnya redha. kita tak terlalu hepi tapi kita bersyukur :)

wah, panjang pulak comment..hehe~

thanks for dropping by :P

Anonymous said...

Noorfaezah: Salam...hai en milo!lama x singgah =) maaf dah terlambat...but still...Alhamdulillah n Tahniah for your graduation! ^_____^