Wednesday, June 20, 2012

demam denggi

hampir 2 minggu aku demam. 5 hari di rumah, 5 hari di hospital. aku kena demam denggi buat kali kedua. doctor kata, denggi aku kali ni lagi teruk sebab aku dah pernah kena sebelom ni. history aku kena denggi ialah pada tahun 1998. rupenya virus denggi tak pernah hilang pon dalam badan, dan bila aku terkena buat kali kedua, denggi aku lagi teruk. Platelet turun dengan sangat mendadak sampai hanya tinggal 16. normal Platelet level bagi manusia ialah 150.

masa doctor bagitahu level platelet aku hanya 16. aku dah mula risau. aku cuba lihat reaksi doctor, mana la tahu ada sign2 yang boleh aku pickup untuk detect sesuatu. tapi aku tahu, doctor dilatih untuk selindungkan perasaan sebenar mereka supaya pesakit tidak risau dengan apa yang sedang berlaku.

aku risau sebab baru beberapa jam yang lepas, platelet level aku ialah 69 sebelom aku dimasukkan ke dalam hospital. dan setelah periksa lagi, platelet aku hanya 16. pelbagai perasaan wujud ketika tu. hati aku bercampur. dan aku hanya pikir mati. tapi pada masa yang sama aku rasa takut. sebab aku tahu, banyak lagi dosa perlu aku bertaubat dan banyak lagi ibadah yang perlu aku tunaikan. terlalu banyak.

sebelom ni, aku sering dengar berita denggi berdarah dan mereka mati akibat virus ni. rupenya, tiada ubat bagi virus denggi. cuma perlukan minum air banyak2, dan cuba naikkan level platelet kepada normal.

doctor2 yang ada tidak begitu informatif, banyak benda aku rasakan mereka rahsiakan dari pengetahuan aku. tapi takpe, itu kerja mereka. aku sempat bertanya pada seorang doctor lelaki. beliau memesan supaya aku tak melukakan anggota badan, sebab ketika platlelet sangat rendah, nanti darah tak akan berhenti sebab tak cukup platelet untuk membantu hentikan pendarahan.

aku hanya mampu minum air. dengan badan menggigil, sendi2 yang sakit, sakit belakang dan perasaan bercampur aduk. aku hanya mampu berdoa di dalam hati supaya Allah menyembuhkan aku dengan cepat.

botol yang di isikan air di tukarkan nurse melalui wayar yang disalurkan ke lengan aku. pada masa yang sama aku kena menelan sebanyak mungkin air supaya demam aku cepat sembuh. walaupon air biasa berasa sangat pahit. beberapa hari aku tak makan.

pendekkan cerita, dalam 5 hari, platelet aku melebihi level normal. doctor mengistiharkan 'the magic words', "ok..harini awak boleh balik"..aku mengangguk, tapi yang sebenarnya, aku mengucapkan "Alhamdulillah" di dalam hati.

----------------------------------------------------------------------------

maut. bila-bila masa sahaja ia akan datang. kali ni kali kedua aku diambang maut. perasaan itu masih sama. takut. yang pertama kali aku berhadapan dengan maut ialah di sebuah air terjun dan yang kedua ialah berkaitan denggi.

hidup atau mati. semua orang akan laluinya, sama ada kita sedar atau tidak sahaja akan kehadirannya. aku sering ingat mati, tapi bila berhadapan ia pada tempoh hari, aku masih belom sedia, betapa takut wujud dalam hati, dan meminta Allah memberi aku peluang teruskan lagi hidup untuk melakukan banyak lagi ibadah kepadaNya. tidak sedikit pon aku mahu membayangkan neraka. gambaran itu amat menakutkan.

musibah kali ini, banyak mengajar aku erti taqwa. aku lebih insaf. aku lebih pasrah. mati itu pasti, ia milik Allah. bila-bila masa sahaja Allah akan memanggil kita. tapi adakah kita sudah sedia? tepuk dada tanya hati.

wallhua'lam.

p/s: terima kasih kepada orang2 tersayang dan rakan2 yang sering mendoakan aku sembuh, tq :)

6 comments:

s a r said...

salam beb.

<< tarik nafas, hembus nafas.

masa kaw blas email aku kau belum sakit kan? ke.. kaw memang dah sakit?
erm.. alhamdulillah sihat dah. Dia nak bagi peluang kan. alhamdulillah :)

erm, aku pernah terasa macam jantung nak keluar dari badan, otak tak fikir apa dah selain MATI. 2 kali nak kena langgar rasanya mcm dah cukup terasa bila maut tu hampir dan dalam sekelip mata, aku boleh lagi tarik nafas lega. alhamdulillah.

~dah faham dah kenapa orang kalau nak kena langgar selalu pejam mata. memang tindakan luar kawalan selain jantung terhenti bedegup.

p/s- nampaknya lepas ni kena minum air bergelen2 la. selain cepat2 kahwin biar ada personal doktor jaga. :D ~ gurau je. take care weh. :)

hansuke said...

entah, aku pon tak ingat bila aku reply email ko :)

personal doctor ek? ehe~ amin :P

Erina said...

Salam Hansuke. Lama tak menjenguk blogspot. Alih2 terbaca berita sakit. Syafakallah.. Moga sentiasa sihat. Jangan lupa jemput saya bila kamu bina masjid nanti :)

hansuke said...

salam.

dah makin pulih, tapi denggi ni lambat skit nak baik. doctor tak bagi pon bersukan lagi sebab tak fully recovered. bosan takleh jogging..haha~

thanks for dropping by. saya pon dah lama tak tulis post pon, takda idea :)

bina masjid? entah bila la tu agaknya, belom sampai lagi rezeki.

Deeeee said...

Salam Pakcik,

Moga dah sembuh sepenuh. Hopefully dah la kan, dah more than a month.

Mati itu pasti. Sama-samalah kita beringat selalu

Hows life?
Dah dapat keje?

hansuke said...

salam.

alhamdulillah denggi dah baik :)

cuma ada sikit tinggal effect pada liver saya yang belom baik, masih lagi kena makan ubat sebab ada benda yg tak elok lagi, doc tak puas hati selagi tak berada pada certain level yang selamat.

10hb august ni amik darah, pastu check ngn doc, harap2 ni last la kena pergi amik darah, dah tak larat dah nak ulang alik hospital, ofcourse u know that more than me :)

neway, thanks for dropping by. it's good to hear from u.