Sunday, November 27, 2011

hijrah, bukan sekadar perkataan

hijrah. bukan sekadar perkataan, ia adalah perbuatan bagi kita untuk ikuti. rasulullah telah pon mengajar kita erti hijrah itu sendiri. iaitu perpindahan dari satu tempat ke suatu tempat lain bagi mengubah cara hidup yang lebih baik.

hijrah datangnya dari diri kita. atau dengan erti kata lain, hijrah ialah perubahan. dan untuk berubah mestilah dengan muhasabah diri. kita harus mengenangkan perbuatan buruk yang telah kita lakukan di sisi Allah swt dan berhijrah untuk menjadi lebih baik, malah meninggalkan perbuatan yang tidak baik itu.  itulah hijrah dari pandangan islam.

apabila kita hijrah, kita harus berubah. segala perbuatan lama kita tinggalkan. tidak mahu kembali lagi kepada keadaan yang lama. kita berusaha menjadi lebih baik kerana Allah swt dan bukan kerana keuntungan diri sendiri atau pun dengan sebab-sebab lain.

muhasabah diri selepas hijrah adalah terbaik. ia merupakan cara untuk kita mengingati kesilapan lama dan dengan harapan kita menyesal dan tidak mahu mengulangi lagi perbuatan tidak baik kita yang dulu kerana inginkan keredhaan Allah itu sendiri. redha Allah harus dicari, setiap hari, dan bukan apabila dalam keadaan susah sahaja.

bila sudah berhijrah. carilah teman baru, iaitu teman yang lebih baik dan sebolehnya alim dalam ilmu agama. mulalah bersinggah di tempat ibadah seperti surau, masjid atau majlis ilmu. supaya kita sentiasa berada dalam jagaan yang baik dan tidak mahu kembali kepada diri yang dulu.

tambahkan solat, dan ibadat kepada Allah. bacalah Al-Quran dan maksudnya. dan kita sentiasa perlu bertaubat dan berzikir kepada-Nya.

--------------------------------------------------------------

itu lah isi yang aku dapat dari mendengar khutbah jumaat tempoh hari. aku ingin menyampai kepada yang sudi berubah dan ingin mencari redha Allah swt. semoga Allah sentiasa menbimbing sesiapa yang mencari redha-Nya.

sebenarnya, masa aku dengar khutbah ni aku berada digerai makan sebelah masjid kat subang. dari ofis client, tak sempat langsung nak makan, so aku benti sekejap untuk memakan sesuap nasi. sedap sungguh nasi tu, mungkin sebab sambil mendengar khutbah yang penuh bermakna. ia satu peringatan untuk diri aku juga. dengan tidak sedar, aku makan sambil bergenang air mata. aku cuba sedaya upaya untuk hentikan air mata dari jatuh kedalam nasi. sungguh sensitif hati sekarang. pantang langsung dengar citer berubah, mula hati jadi hancur berkecai dan semangat untuk menjadi lebih baik kembali membara dan penyesalan yang tidak terhingga kepada dosa-dosa lama. semoga aku juga dapat menikmati nikmat syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai dengan orang-orang yang tercinta.

semoga Ma'al Hijrah kali ni dapat di hayati sepenuhnya oleh semua, inshallah.

wallahua'lam.

p/s: disebabkan ada yang bertanya, lepas makan aku terus ke masjid, dengar khutbah sampai waktu solat. sekian.

12 comments:

s a r said...

salam encik. :')

macam mana aku nak cakap eh. erm.. azam tahun ni lain macam dah aku rasa ni. takut tak sempat pun ada ni. hmm.

p/s- eh, kenapa dengar khutbah, kaw kat kedai makan? :D

hansuke said...

ko tak baca abis neh. aku dari client ofis, tak sempat nak makan. gerai tu sebelah masjid je. boleh dengar clear khutbah tu..:)

tapi itu last time kot aku buat camtu, rasa macam tak best pon ada.

tapi bukan aku stay sampai khutbah abis beb, aku start amik makan je, iman start khutbah, apa nak buat..hehe~

salam ma'al hijrah sar.

s a r said...

hee.. apa pulak tak habis baca. aku rasa ayat kaw ni macam tak pergi sembahyang jumaat. hee. khutbah jumaat, maknanya kena sama duduk kat masjid dengar khutbah la kan. bukan kat kedai makan.

masa aku dengar khutbah ni aku berada digerai makan sebelah masjid kat subang. dari ofis client, tak sempat langsung nak makan....

~abaikan je la. aku yang tak faham ayat kaw kot. :P

salam maal hijrah kembali encik. ;D

hansuke said...

kalu aku cakap aku makan sebelah masjid sebelom jumaat maknenya aku pergi la jumaat, takkan nak cakap direct kot, riak la plak jadinya :)

ok, aku start makan, khutbah start. makan berapa minit je sar? ada setengah jam ke? hehe~ faham2 sendiri la.

so, dengan ayat macam tu, terpulang pada pembaca, nak pikir apa, aku pergi ke tak pergi, atas pembaca dia tu berfikiran macam mana, kalu +ve oklah, kalu -ve yg bermsalah tu..:D

Anonymous said...

salam.

inche hansuke, lama pulak rasanya tak tinggalkan komen kat sini ^^

We are all sinners, and the best sinner are those who repent. insyaAllah, hijrah itu seiringan dengan taubat. kerana menyesali dosa-dosa lah kita berhijrah, berubah menjadi lebih baik kerana Allah.

utk berubah atau berhijrah sgt memerlukan tekad, azam dan jiwa. ujian pula pasti akan muncul bila-bila saja kerana Allah sudah mengingatkan ; adakah kita dikira beriman selagi tidak diuji? maka ujian itu pasti, persiapkan diri dan buktikan pada Allah yang kita benar-benar cinta pada-Nya.

istiqamah juga satu cabaran. InsyaAllah, dgn azam, tekad dan jiwa pasti kita mampu dan Allah akan sntiasa mnjaga kita.

satu pesanan utk diri sndiri yang lemah dan hina :'(

jom hijrah :D

p/s : i dun think u will b consider as riak if u said u go to solat jumaat. sebab semua orang pun pergi solat jumaat :) so no problem i guess. insyaAllah.

thanks a lot for sharing this post. mengingatkan balik pada saya pada satu hijrah saya suatu ketika dulu. moga Allah kuatkan hati utk kuat dalam penghijrahan ini. hijrah itu berterusan. moga terus kekal dlm perjalanan. amin.

:)

hansuke said...

lyana:

salam. thanks :)

hm..memang tak riak kalu bagitau pergi solat, tapi saya memang tak suka bagitau atau sentuh mengenainya dalam post saya, sebab kalu dah tulis, biar pembaca pikir sendiri benda tu, sebab benda tu kan wajib, perlu lagi lagi ke persoalkan pergi ke tak pergi? itu saja.

p/s: ramai je orang tak solat jumaat, u'll be surprise to see how relax je mereka tak pergi jumaaat.

Nooreena said...

Salam. Moga tahun baru Islam ini memberikan impak walaupun sedikit pada diri kita semua. InshaAllah

Jom puasa 10 Muharam!


PS: Lama tak menjengah ke sini. Good post Hansuke

hansuke said...

salam.

o, Nooreena rupenya. memang sudah lama kamu menghilang :)

apa citer sekarang? sudah berstatus "Puan" seperti yang dijangkakan? bulan 6 sudah lama berlalu (due date untuk nikah)..:D

s a r said...

yalah.

siap kaw tambah note.
serius pulak kaw ni tetiba.
sory la kalau pertanyaan aku mengundang permasalahan pulak pada kaw.

ermm, tak timbul pun pasal riak. sebab tu kan hati kaw.

hmm..tak perlu explain pun beb. macam kaw kata, biarlah orang lain nak fikir apa pun kan.

hansuke said...

sar:

terasa pulak ko ek? sorry beb. aku mood kurang skit 2-3 harini, semua orang aku nak ngap, banyak sangat dalam kepala.

ada logik gak la ko ckp aritu, aku pikir balik, sebab tu aku tambah note.

no offends.

Nooreena said...

Masih bekerja di Cheras, tidak ke mana-mana. Kamu kerja mana sekarang?

Wah tak sangka kamu ingat lagi tentang 'bulan 6' tu! Belum bertemu lagi. Doakan untuk saya ya :)

hansuke said...

nooreena:

bukan lama pon bulan 6.

saya kije area jusco maluri.