ada dua je jalan kat dunia ni dan Allah bagi dua pilihan je kat manusia untuk pilih. apa jalan tu? jalan itu, tak lain dan tak bukan ialah jalan ke syurga dan jalan ke neraka.
memang ramai manusia yang lalai dan ada juga manusia yang sedar dan taat pada perintah Allah, itu semua orang tahu. perkara ni tetap kena ada sebab kalu tak ada, maka tak ada pula syurga dan neraka. sebab kalu semua orang baik, tak perlulah ada neraka. Allah maha mengetahui segala sesuatu.
hari-hari kita dapat lihat orang sesat dan ada juga orang mendapat hidayah dari Allah, alhamdulillah. sama juga seperti yang kita lihat di kaca tv, dah ramai artis tibe-tibe je insaf dan meninggalkan zaman artis atau yang dulunya hangat bergiat dalam bidang seni mereka tapi bila sudah pon mendapat hidayah, mereka agak slow sedikit begiat atau meninggalkan terus dunia hiburan itu.
tetapi, bila sudah insaf, pastinya ada orang tak puas hati melihat mereka yang berubah. ramai yang mengkritik hebat seolah-olah artis yang berubah itu kononnya berlagak, atau berlakon semata-mata. mereka mengatakan, jika mahu berubah, tak perlulah melibatkan orang lain. yang menjadi bahan lucu ialah apabila, seorang pelakon "makcik" tua, yang selalu kita lihat memakai skirt ke majlis-majlis grand tv, mengkritik hebat mereka-mereka yang berubah ini.
sebenarnya "atleast" mereka yang berubah itu telah pon memilih jalan yang betol, iaitu jalan menuju syurga. mendapat tempat di syurga itu belom lagi milik si yang berubah, tetapi persoalan mengenai dapat syurga atau pon tidak tiada siapa yang tahu kecuali Allah sahaja. maka kita atau sesiapa tidak boleh mempertikaikan atau mengkritik sesiapa yang memilih jalan ini. yang menjadi point utama ialah, mereka yang mengikuti jalan ini, pastinya telah pon memilih jalan yang betol, sebab itu aku menggunakan perkataan "atleast" diatas.
maksud aku ialah, jika si pengkritik itu misalnya seorang perempuan yang tidak memakai tudung, maka tidak layak baginya mengkritik orang yang memelih jalan syurga kerana dia adalah merupakan seorang yang berada dalam jalan menuju ke neraka, kerana mendedahkan aurat itu berdosa, dan tidak lain dan tak bukan tempatnya adalah neraka, itu janji Allah.
maka, pilih la jalan yang terbaik sebab kita ada pilihan untuk melakukannya. sedar atau tidak, hidup ini hanya kerana Allah dan Allah mahukan kita memilih jalan yang terbaik. tiada sesiapa pon antara kita yang Allah pernah menyiksa melakukan apa-apa, kerana semua ujian itu adalah untuk kita tempuhi demi mendapat manfaat dan nikmat kasih sayang Allah. cuma kita yang harus sedar bahawa kasih sayang Allah itu untuk makhluk-Nya yang mencari dan mengejar cinta yang haq.
mari lah mengejar cinta Allah. pada bulan puasa yang mulia ini, tidak salah kita mencari kasih Allah demi merapatkan lagi kasih sayang yang sedia ada. Allah sentiasa bersama kita dimana jua kita berada. hanya yang tinggal ialah, kita untuk mencari redha-Nya sahaja, insyaAllah.
wallahua'lam.
p/s: selamat menjalani ibadah puasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam.
hm, siap ada makcik kat situ. :D
oh, tak bijak nak komen apa. hm, cuma jelas bezanya orang yang menjadi pilihan Dia agar kembali ke jalan yang benar dengan yang tak. (hope diberi juga peluang. InsyaAllah).
yang masih belum tu, masih tetap juga pendiriannya dengan apa keadaan dia sekarang ni.
p/s- suka ayat;
"mendapat tempat di syurga itu belom lagi milik si yang berubah, tetapi persoalan mengenai dapat syurga atau pon tidak tiada siapa yang tahu kecuai Allah sahaja. maka kita atau sesiapa tidak boleh mempertikaikan atau mengkritik sesiapa yang memilih jalan ini."
berusaha! ganbatte! ~untuk diri sendiri :P
selamat meneruskan puasa kembali wahai encek hansuke :D
Post a Comment