di mana hala tuju aku ini yang sering berdosa? dimana malu? disetiap sudut aku diperhatikan Engkau, tapi tetap sama aku kalah lagi, kata syaitan mencengkam hebat. menyesali berkali-kali tiada gunanya, pasti bukan syurga milik aku. bila? bilakah harus berhenti? bilakah harus aku hentikan dari keji yang Engkau mungkari? benci dengan diri sendiri.
jauh disudut hati aku mahu. walaupon tahu aku tidak layak. malu kerana terlintas walaupon sesaat. baunya mungkin jauh bagi diri ini, apetah lagi untuk menjejak kaki.
rezeki sering Kau beri, tapi aku tetap alpa. mana satu nikmat-nikmat Engkau yang aku hendak dustakan? kata-kata ini terus bermain diminda, bagaikan rakaman suara tanpa henti seolah-olah terus mengatawakan aku.
tolonglah hambaMu ya Allah. bimbinglah hati supaya suci. aku tidak mahu merasa panas dibakar bertubi-tubi, diazab berkali-kali. aku mahu yang hakiki, yang kekal, yang maha indah. aku mahu kasih sayang-MU. jangan lah Engkau biar aku terus berdosa. ampunkan dosa hamba-Mu ini, semoga aku ditempatkan di istana-Mu ya Allah, dengan dia, selama-lamanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
sering terlupa dan terlaka
~untuk diri sendiri. astaghfirullah..
Salam,
Amin. Mudah-mudahan kita manusia yang sering alpa dan perlu di kejutkan.
signifikan kehidupan seorang manusia adalah seperti pensil dan pemadam.. pensil yang bertanggungjawab mencorak hasilan yang baik, cantik lagi bermanfaat ,, namun lumrah sikap manusia yang leka, alpa, lupa,,, namun Allah sangat pemurah lagi maha pengasih,, dia ciptakan pemadam sbg signifikan taubat,,
sungguh.. hidup umpama pilihan raya,, syukur atau kufur.. nikmat atau ujian.. syurga atau neraka.. namun kita juga yang menjadi pemilihnya.. memilih dgn tepat atau tidak...
namun syukur dengan nikmat kesedaran.. kerana dgn sedar juga membuatkan kita perlu bersyukur bhw kita masih manusia yang perlu diikat, bersandar di taliNya...
wallahualam..
saya suka entry kali ni! membuatkan sy juga terfikir... =]
:)
boleh pinjam masuk blog?
tak reti nak tulis macam ni.
'jauh disudut hati aku mahu. walaupon tahu aku tidak layak. malu kerana terlintas walaupon sesaat. baunya mungkin jauh bagi diri ini, apetah lagi untuk menjejak kaki. '
sar:
:)
dayah:
inshallah..amin..:)
noor:
wah, panjang comment kamu kali ni. pape pon thanks..:)
rozanna:
boleh je..tapi better amik sekarang la, sebab nanti kalu aku dah jadi Chartered mungkin aku charge ko..haha~ ok, takda kaitan..sila2..:)
hansuke,
sengal kan kau. mmg takde kaitan.haha
rozanna:
haha..:)
Manusia diciptakan dgn sifat pelupa. Perlu diingatkan selalu. Jadi t/jawab kita utk saling ingat-mengingatkan. Thx bro utk peringatan ni.
Ray
Post a Comment