Tuesday, May 3, 2011
berkat ibubapa sangat penting
Surah Al-Taghabun, ayat 11:
“Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. “
Potongan ayat 286, Surah Al-Baqarah:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…”
Potongan ayat 87, Surah Yusuf:
“..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."
Semua ujian datangnya dari Allah. Kita harus tabah menghadapi segala yang bakal atau pon yang sedang kita lalui. setiap ujian ada rahmatnya, kita sahaja yang belom menyedarinya. harus lah kita muhasabah diri, dan cuba mencari jawapan kepada apa yang telah diuji, mungkin ada sesuatu yang kita terlepas pandang, atau pon mungkin juga ia sekadar ujian untuk menaikkan lagi keimanan kita kepada Allah, sesungguhnya Allah tidak pernah membebani manusia kerana ujian yang Dia berikan adalah kesusuaian bagi kita yang sedang diuji. Allah sangat Maha pemurah lagi maha penyayang.
jangan lupa juga berkat ibu bapa. jangan sesekali kita menolak pandangan kedua ibu bapa kita, kerana sesungguhnya, kata-kata mereka kadang kalanya datang direct dari Allah juga. kadang-kadang kita ada target dalam hidup dan enggan mengikuti kata-kata ibu bapa dan akhirnya kita menghadapi jalan buntu untuk teruskan impian, maka sedarlah bahawa kita kena berpatah balik dan mengikuti kata-kata ibu bapa supaya ada kembali berkat kepada kita untuk terus menuju impian yang di inginkan.
ramai yang memandang remeh akan berkat ini dan akhirnya menghadapi kesusahan dalam hidup. itu yang pernah berlaku pada diri aku. dulu aku mengingkari kata ayah. ayah mahukan aku sambung degree dan masters dan phd. tapi aku ada plan sendiri, maka aku tidak mahu ikut ayah kerana aku ingin mengambil kursus profesional. akhirnya ayah bersetuju juga, mungkin kerana itu yang aku mahukan, kerana dia sayang aku dan tidak mahu aku kecewa, tapi setelah ayah pergi meninggalkan kami aku yakin beliau sebenarnya ada sedikit kecil hati. dan kecil hati itu lah yang telah menyebabkan aku gagal dalam peperiksaan profesional dan aku yakin semuanya kerana tidak berkat itu. aku yakin sebab itu.
3 tahun aku gagal dalam peperiksaan, dan pelbagai dugaan lain telah aku tempuhi, sampai la aku membuat keputusan untuk bertanya pada Allah, dimanakah hala tuju aku, dimanakah silap aku jika ada. alhamdulillah, Allah memberi ilham bahawa aku sudah tersalah langkah, aku sudah hilang berkat. lepas pada itu, Allah telah pon membuka hati aku untuk sambung degree. dan sampai hari ini, hidup aku semakin tenang, pembelajaran degree juga senang, hati aku sentiasa gembira kerana aku telah pon memceburi bidang yang arwah ayah mahukan. walaupon berat sebenarnya untuk melangkah masuk degree pada mulanya kerana merasakan usia aku tidak sesuai, tapi aku nekad untuk mencari berkat yang selama ini aku tinggalkan.
sekarang rezeki aku semakin bertambah. aku mendapat pekerjaan yang amat baik, tidak seperti tempat kerja aku yang sebelom ini. insya Allah lepas degree aku akan sambung pula master dan jika ada rezeki lagi sampai tahap phd. satu persatu rezeki Allah telah berikan kepada aku setakat ini, dan aku yakin ini kerana berkat yang telah aku genggam. alhamdulillah.
rezeki Allah itu datang dari mana sahaja kita berada. capailah supaya kita bahagia. muhasahabah lah diri, cari dimana silap diri dulu, mungkin ada, cuma kita saja yang terlepas pandang, mungkin. semoga Allah sentiasa memberi pertunjuk kepada orang-orang beriman insya Allah (dan aku juga, jika aku tergolong dikalangan orang-orang beriman).
wallahua'lam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
tiba2 aku nak terasa pulak ni. haish!
Salam,
All the best!
Don't look @ workload but look on the experience you'll gain (sensei jgn lupa kelas hahaha :P)
Alhamdulillah.
sar:
ko memang selalunya emo..haha~
dayah:
haik, thanks, sensei busy skit skang..:P
cakar ayam:
alhamdulillah..:)
salam bro. kadang2 tanpa sedar kte menidakkan perintah ibu ayah. contoh simple; ayah kata makan la dulu sebelum pegi kelas. kte lak kata, ala xyah nanti2 je makan. pastu dgn takdir Allah kte terlupa bawak duit. padan muka. haha
well said bro. suka baca tulisan kamu kat sini. teruskan bernasihat!
ray
ray:
hm..tula, kadang2 kita lupa. darah muda orang kata..:)
tapi jangan sampai terlupa terus, takut ape, pagi kita tersilap ngn ibubapa, sekali petang mereka dah tak ada. dah tak sempat minta maaf. benda cam kecik je, tapi sangat besar impact dia. hm..
salam..
betapa pentingnya ibu bapa sampai nak berjihad pun harus ada izin mereka (dengan syarat2 tertentu) kan.
all the best untuk semua yang ingin dicapai!
aku rase ko bole wat novel la bro :)
aku xder idea nk tulis panjang2 :D
liyana:
terima kasih..kamu juga..:)
Nash:
wah..ko ada blog gak ke? aku tak tahu pon..:)
aku ada gak hati nak tulis novel sebenarnya, tapi aku tak banyak baca novel melayu, so kurag tahu lenggok bahasa yang best..tengok la, kot2 suatu hari aku jadi famous novelist..haha~
pape pon kije rajin2 kat tempat baru bro..:)
all the best en.milo!
Post a Comment