Sunday, February 13, 2011

Akibat berpegang kepada Amal

Dipetik dari buku: Jalan-jalan Pembuka Hidayah yang di tulis oleh Dr. K.H. Muhibbudy Waly. Bahasanya telah diubah suai sedikit supaya mudah difahami pembaca.

Mengikut Imam Ibn At-Thaillah Al-Iskandar di dalam Kalam Hikmah yang dikemukakan beliau, terdapat 3 tingkat umat manusia sebagai makhluk Allah s.w.t:

1. Tingkatan Al-'Ibaad
2. Tingkatan Al-Muriduuna; dan
3. Tingkatan Al- 'aarifuuna

1. Tingkatan Al-'Ibaad

Mereka yang tergolong di dalam tingkatan ini, adalah mereka yang menunaikan solat, puasa dan lain-lainnya dari ajaran-ajaran agama. Mereka ini juga menjauhi dari perbuatan mungkar atau larangan-larangan Allah. Tujuan utama melakukan semua amal ibadat ini adalah dengan niat untuk masuk syurga, berbahagia di dalamnya dan terlepas dari azab neraka. Ini juga boleh dimaksudkan untuk mendapat kebahagiaan duniawi dan ukhrawi, diselamatkan Allah s.w.t dari segala mala petaka mahupun di dunia dan akhirat kerana amal ibadat yang telah dilakukan mereka.

2. Tingkatan Al-Muriduuna

Mereka yang tergolong di dalam tingkatan ini, adalah mereka yang taat pada ajaran-ajaran agama. Maksud utama mereka ialah untuk sampai kepada Allah, dan berhasrat agar terbuka segala sesuatu yang menutup hati mereka. Dengan harapan semoga kiranya hati mereka dilimpahkan rahsia-rahsia halus dan yang baik-baik oleh Allah s.w.t.

3. Tingkatan Al- 'aarifuuna

Mereka yang tergolong di dalam tingkatan ini, adalah mereka yang beramal ibadat begitu banyak, tetapi tidak sedikit pun mereka melihat bahawa mereka mengerjakan ibadat itu bertujuan untuk seperti di dalam tingkatan Al-'Ibaad mahu pon pada tingkatan Al-Muriduuna. Tidak sekali terbayang di dalam hati mereka bahawa mereka beramal, tetapi hati mereka selalu tertuju bahawa Allah s.w.t yang berbuat segala sesuatu pada hakikatnya. Mereka tenggelam dalam lautan, redha qadar Ilahi dan mereka bergantung pada tali qadha' Yang Maha Pengasih dan Penyayang, sebagaimana Firman Allah s.w.t dalam Al-Quran pada surah As-Saffaat juz, 23 ayat 96.

"Dan sesungguhnya Tuhan yang telah menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuat itu"

Dan Firman Allah dalam surah Al-Qasas juz 20 ayat 68.

"Dan Tuhan engkau menciptakan apa yang dikehendaki dan pilihanNya. Mereka tidak dapat memilih. Maha Suci Tuhan dan Maha Tinggi dari apa yang mereka sukutukan (dengan Tuhan itu)"

Jika dibandingkan pada ketiga-tiga peringkat, tingkatan yang terbaik adalah pada tingkat ketiga, iaitu pada Tingkatan Al- 'aarifuuna.

Ini kerana apabila kita masih dalam tingkatan pertama maka akibatnya ialah kita hanya akan berharap kepada Allah bila kita beramal sahaja, tetapi apabila kita tidak beramal maka harapan kepada Allah akan terun dan berkurangan. Ini kebiasaannya berlaku kepada mereka yang tidak menjalankan perintah Allah s.w.t seperti mereka yang melakukan perbuatan maksiat dalam erti yang luas, walaupon pada hakikatnya mereka berharap untuk berbahagia di syurga dan selamat dari seksaan neraka.

Sama juga di dalam peringkat kedua. Mereka bergembira kerana mereka beramal ibadat. Dengan sebab itu, maka dengan beribadat mereka lah menjadi sebab utama mereka menyampaikan harapan-harapan mereka. Tetapi apabila ibadat mereka berkurangan maka berkuranglah harapan mereka kepada Allah s.w.t. Inilah akibatnya apabila kita berpegang pada amal, dan tidak berpegang kepada Allah.

Tingakatan ketiga adalah tingkatan yang mulia di sisi Allah s.w.t. Apabila kita telah pon sampai pada tingkatan ini, maka kita akan fana dan kita akan tenggelam di dalam qadar dan qadha Allah. Sama saja pada kita apabila kita mengerjakan taat, kerana kita tahu dan kita sedar bahawa semua itu bukan kerana daya dan kekuatan kita. Atau, jika kita pernah meninggalkan ajaran-ajaran agama, namun hati kita selalu mengharapkan keredhaan-Nya dan takut kepada-Nya.
---------------------------------------------------

Susungguhnya, ilmu itu sangat luas, dan harus lah kita mencari jawapan yang pasti. Allah sentiasa bersama kita dalam mencari jawapan yang bermain difikiran. Tidak mustahil kita mencapai tingkatan yang ketiga seperti yang disebut diatas. Kerana semuanya terpulang pada hati kita dan pilihan kita untuk sedar akan kewujudan Allah itu sendiri. Beramal bukan kerana inginkan sesuatu tetapi kerana menyedari segala sesuatu itu adalah dari Allah dan bukan dari kehendak kita sendiri.

wallahua'lam.

1 comment:

s a r said...

salam beb :)

nice post, even pada mulanya agak pening2 nyamuk nak faham. huu ;p