Saturday, September 25, 2010

terima hakikat

dalam hidup banyak perkara sedih akan kita lalui. kebiasaannya kita akan laluinya dengan tabah atau pon sebaliknya. ia terpulang pada keimanan seseorang untuk menghadapai apa yang mereka lalui dengan baik sama ada berat atau ringan. seperti tercatat didalam al-quran ujian itu Allah ujikan setiap individu atas kadar tahap kemampuan untuk mereka menempuh ujian tersebut. maka tidak wajar bagi kita untuk membandingkan ujian orang lain dengan apa yang telah Allah SWT ujikan terhadap diri kita sendiri.

dalam setiap yang berlaku pasti ada hikmah-Nya. kita yang mengaku beriman akan sentiasa diuji untuk meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada Allah. tidak seorang pon akan terlepas dari ujian dan seharusnya kita bersyukur kerana masih lagi diuji Allah SWT menandakan Dia masih lagi sayang dan ambil tahu terhadap diri kita ini.

dalam bebelan kali ini aku mahu menyentuh mengenai penerimaan hakikat. seperti yang aku telah pon tulis diatas, kita kena redha dengan setiap yang berlaku, jika kita merintih atau pon bersedih atau pon tidak mahu melepaskan apa sahaja yang menjadi sejarah dalam hidup kita maka kita bukan sahaja tidak melangkah kehadapan malah seolah-olah kita tidak bersyukur dengan apa yang terjadi yang sepatutnya kita anggap sebagai ujian Allah SWT itu.

banyak perkara boleh disentuh sebenarnya tapi aku ambil perkara paling simple, bab bercinta. kadang-kadang cinta kita berakhir dipertengahan jalan, maka sesetengah antara kita akan rasa kehilangan yang teramat dan kadang-kadang tidak boleh teruskan hidup seperti biasa. sebelom mendapat pengganti mereka ini akan merintih resah, mengatakan tiada lagi orang seperti cinta pertama mereka itu dan tiada lagi akan menyamai kekasih yang diidamkan selama ini.

tetapi apa yang mereka gagal lihat ialah dari sudut dugaan tadi. bukankah semua itu ujian dari Allah belaka? mengapakah kita tidak mahu melepaskan kenangan yang lalu kerana ia sah pon telah berlaku dan tidak boleh diubah lagi. disinilah harusnya kita menanamkan sifat redha yang tinggi kepada Allah kerana betol-betol yakin dengan ujian yang diberikan dan menganggap ia satu peningkatan iman dalam diri.

bila kita tidak "move on" atau "seolah-olah tidak redha" dengan apa yang berlaku maka kita akan meletakkan satu "benchmark" kepada apa yang kita cari dalam pasangan yang akan datang. hal ini sama seperti kita tidak memberi ruang atau peluang untuk diri kita sendiri mencintai orang lain dengan alasan kekasih baru tidak sama dengan kekasih yang dulu, "aku mahu cari yang macam ini sama seperti orang itu". percaya atau tidak secara tidak sedar kita telah pon bersikap tidak redha. nauzubillah.

sebenarnya apa yang perlu kita lakukan ialah "move on" atau dengan erti lain terima hakikat. mungkin pasangan yang akan datang itu ada sedikit penyamaan dengan yang dulu atau mungkin tak ada langsung. tapi tidak patut sama sekali kita menyamakan terus dengan siapa-siapa sahaja kerana manusia tidak mungkin mempunyai sama perwatakan secara keseluruhannya, mesti ada juga yang tidak sama. kadang-kadang kita perlu "open up", atau pon buka hati kita untuk orang lain supaya kita tidak menjadi orang yang tidak redha dengan dugaan Allah SWT. hidup ini sangat indah jika kita yakin dengan janji-janji Allah SWT kerana sesungguhnya yang datang dari Allah SWT itu adalah yang terbaik.

wallahualam.

Monday, September 13, 2010

aku straight

aritu aku dah tulis pasal isu ni tapi dulu dalam bahasa inggeris. kali nk rasa nak tulis dalam bahasa melayu la plak. peristiwa ni berlaku masa aku kerja sebagai promoter aritu, kiranya benda ni baru je berlaku.

suatu hari tu aku pergi kije macam biasa. lepak tempat counter baju yang aku jaga. hari-hari biasa sangatlah takda orang, maklum la hari berkerja, mereka hanya touch n go sahaja kat tempat aku tu, orang akan ramai bila hari sabtu dan ahad sahaja. maka hari aku sangat membosankan menunggu pelanggan.

kebetulan hari tu, ada satu pelanggan ni tengah men-usha baju Valentino Rudy kedai depan counter aku. aku sambil bertongkatkan dagu dengan tapak tangan diatas lipatan baju-baju termenung nun jauh disana kerana sangat bosan. (hehe). tiba-tiba aku terpandang pelanggan ni, seorang 'abg ala-ala pakcik' pandang kearah aku, lalu aku pon bagi satu senyuman, maklumla promoter kena la senyum-senyum selalu sebab ia polisi company. abg tu senyum balik kat aku so aku kira ia perkara biasa.

tak lama lepas tu abg ni masih lagi pandang ke arah aku sambil tersenyum kucing. aku sekali lagi senyum balik terfikir abg ni seorang yang sangat mesra sebab suka senyum kat orang. tiba-tiba ketika aku melipat baju, abg tu datang kat counter aku, sambil tengok baju-baju dan lalu mulakan perbualan dengan aku yang tengah bosan ni. banyak la soalan yang dia tanya. akhirnya sampai la dia bagitau aku dia seorang lecturer di sebuah Universiti di Kuala Lumpur ni. aku pon terus respect la sebab dia seorang lecturer.

pendekkan cerita tiba-tiba abg ni minta number telipon aku. (dia cakap: "mintak number telipon boleh? buat sembang-sembang") dalam otak aku nak pikir yang bukan-bukan tapi sebabkan time tu bulan puasa aku tepiskan fikiran aku tu. so aku pon tak mahu mengaibkan dia lalu cakap boleh. abg tu mengambil telipon dia dan terus menaip number telipon aku dan terus me-miss call telipon aku. nak jadikan cerita ketika tu telipon aku tak ada dalam poket seluar sebab aku letak dalam lipatan baju-baju di counter. abg tu cakap: "dah dapat dah?", aku cakap: "alamak, telipon saya dalam baju-baju kat sana, dah dapat la tu kot". dalam otak aku, kalu abg ni call nanti aku tak nak angkat telipon. haha. abg tu membeli salah satu seluar yang aku promote tu dan terus beredar untuk membayar ditempat cashier.

sebenarnya peristiwa ni amat baru bagi aku, tak pernah lagi berlaku kat diri aku sebelum ni. so, aku pon tanya la pendapat kawan-kawan sebab dalam otak aku cuma terfikir dengan satu perkara sahaja. rupenya-rupenya memang benar lah apa yang terlintas dalam otak aku mengenai abg ni. dia rupenya seorang yang suka kan kaum sejenis. beberapa hari aku sedih memikirkan peristiwa tu. bukan ape, teringat je kat cerita Nabi Lut. pastu bagi aku macam dunia dah nak kiamat. maklumlah, seorang lelaki sepatutnya mempunyai tarikan kepada wanita, itu lah lumrah yang sepatutnya ada dalam hati setiap manusia yang bergelar lelaki tapi orang-orang yang macam abg ni tertarik kepada kaum yang sejenis pula. (ingat aku ni anak ikan ke ape?). yang paling sedih bagi aku ialah masa tu bulan puasa.

jika kita fikirkan balik. orang-orang macam ini seolah-olah tak ada self belonging. tak tau nak masuk dalam kaum mana. Rasulullah sendiri mengatakan:
"Kahwinlah kamu dengan wanita yang penyayang dan ramai anak. Sesungguhnya aku berbangga dengan ramai bilangan umatku pada hari kiamat."

jika berkahwin baru Nabi mengaku umatnya, tapi berkahwin ini bermaksud dengan berlainan jenis iaitu lelaki dengan wanita bukan dengan kaum sejenis lelaki dengan lelaki atau wanita dengan wanita. tujuan Allah SWT dan rasul memberi pesanan ini ialah untuk pasangan suami isteri melahirkan umat islam yang ramai dan soleh yang patuh dengan perintah-perintah Allah dan rasul. barulah selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
"Aku hendak jadikan khalifah-khalifah di muka bumi ini."

kita semua tahu kisah nabi lut. Allah SWT telah pon memberi amaran yang keras terhadap kaum sejenis. sampaikan Allah SWT menurunkan azab keatas kaum Nabi Lut yang tidak mahu mendengar amaran-Nya seperti dalam surah Al-Qamar.

38. Dan demi sesungguhnya! Mereka telah ditimpa azab yang kekal pada pagi-pagi hari (esoknya).
39. Lalu (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
40. Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?


sedih jika fikirkan orang-orang yang tertarik dengan kaum sejenis. setiap manusia ada pilihan dan pilihan yang dibuat haruslah yang terbaik mengikut syariat islam. tidak boleh kita menyalahkan Allah SWT yang telah memberi perasaan yang berat kepada kaum sejenis kerana sesungguhnya, walau apa sekali pon keadaan ia cuma sekadar ujian dari Allah SWT. tidak kira sekecil zarah atau sebesar ombak sunami ia tetap ujian yang harus kita lalui sebagai manusia dimuka bumi, terutamanya kepada umat islam. kita harus sedar bahawa setiap ujian dari Allah banyak hikmah-Nya, jika kita mampu menepis segala ujian yang dihadapi sesungguhnya beruntunglah kita sama ada didunia atau diakhirat nanti. sebolehnya kita elak diuji seperti umat Nabi Lut, tidakkah kita takut dengan amaran-amaran Allah SWT? adakah kita mahu ditimpa bahala besar keatas kita baru kita mahu sedar dosa-dosa kita? sesungguhnya Allah tidak mungkir dengan janji-Nya, orang-orang beriman akan mendapat nikmat di dunia dan juga diakhirat kelak.

wallahualam.

Thursday, September 9, 2010

selamat hari raya

dah lama tak update blog aku ni. nampak gaya macam ada follower baru. haha. terima kasih kerana sudi men-follower aku yang selalu membebel dan terima kasih juga kepada yang masih sudi menziarahi blog bebel aku sekali sekala. alhamdulillah boleh la kita berkongsi ilmu lagi dimasa yang akan datang. isya Allah.

aku busy je sebulan dua ni, bukan busy ape, busy mencari duit dan elakkan daripada tido sepanjang hari kat umah. aku kerja sebagai promoter di sebuah shopping kompleks di area kl ni. jadi promoter, senang nk dapat kerja dan tak sakit otak. tapi aku dah benti dah pon, aku kerja tu pon bukan nak lama, hanya untuk cari duit sikit-sikit untuk raya. rupenya jadi promoter sangat la penat sebenarnya. dua minggu pertama kaki aku macam nak patah sebab kena berdiri selama 10 jam, penat giler.

banyak aku blajar kerja jadi promoter ni dan macam-macam jenis orang aku jumpa. kita kena banyak sabar menghadapi kerenah-kerenah customer dan juga pekerja lain. tapi satu kesimpulan yang aku dapat buat ialah, mana-mana jua kita pergi manusia sama sahaja, ada yang baik dan ada yang hati kurang baik.

bulan puasa baru je bermula, pakaian perempuan mengalahkan orang-orang bukan islam, seolah-olah tidak kisah dan tidak hormat pada bulan puasa yang penuh mulia. yang paling best, perempuan-perempuan ini tidak pula ditegur oleh suami mereka, itu pon suami bertindik sebelah telinga, kita pon boleh agak kemana nilai-nilai islam dalam hati mereka ini. bf dan gf berpelukan, berpegang tangan macam orang dah nikah dan macam-macam lagi lah tak larat aku nak tulis semuanya.

kisah pekerja pula. bukannya semuanya baik-baik. ada juga yang tak mahu berpuasa, menghisap rokok didalam store ketika ramai umat islam asyik menunaikan kewajipan, tambahan kepada kecelakaan ini ialah perempuan yang menghisap rokok sama, tidak lagi tahu malu, buku ditangan dipegangnya, "cara-cara menjadi isteri yang solehah", aku pon terfikir, "hm, buku itu untuk siapa sebenarnya, untuk diri atau pon untuk masyarakat melihat dirinya baik?". sampaikan orang bukan islam pula menegur tingkah laku mereka, tak tahu malu.

suatu pagi, aku lupa ia hari jumaat. aku pergi kerja seperti biasa. setelah lama melayan customer yang sibuk membeli belah, aku baru teringat hari itu hari jumaat, melihat jam ditangan, sudah pon masuk pukul 1.30pm. aku bergegas ke masjid takut tak sempat untuk berjemaah. sebelom aku melangkah ke masjid, sempat aku melihat kaum-kaum lelaki yang masih asyik memilih baju dan seluar, menemani pasangan mereka. tidak pula aku lihat kerisauan dimuka mereka tentang solat jumaat. bagaimana pula pasangan mereka yang memakai tudung cantik-cantik, adakah mereka tidak menyuruh pasangan mereka ini untuk menunaikan solat jumaat? adakah suami yang macam ini yang mereka sanggup hidup dunia akhirat? adakah wanita yang seperti ini yang kaum lelaki mahu jadikan isteri mereka untuk menuju ke jalan Allah? jika sekadar memakai tudung menutupi yang sepatutnya tapi nilai islam mereka tak sampai sepenuhnya, tak guna juga. sedih aku ketika menunggu untuk solat jumaat. manusia begitu asyik dengan dunia, asyik dengan hari raya, padahal nilai murni puasa itu mereka lupa, nilai murni seorang islam akan solatnya mereka lupakan, lagi-lagi pada bulan puasa yang hanya datang sekali dalam setahun.

satu perkara yang aku rasa amat menarik ditempat kerja itu ialah, ramai perkerja yang umur mereka dalam linkungan 20an sudah pon selesai bernikah. pernikahan yang kebanyakkannya mengamalkan konsep "Doa Selamat". dalam ramai orang yang giler kan majlis perkahwinan yang grand, yang gempak, yang memakan belanja beribu-ribu ringgit, akhirnya aku berjumpa dengan orang-orang yang mahukan konsep ini, dan setelah lama aku menyorkan kepada kawan-kawan semakin ramai aku berjumpa dengan mereka yang mahukan konsep yang sama. alhamdulillah, tidak lagi aku rasa risau kerana mahukan koncep pernikahan islam yang tak memeningkan kepala kita. sebenarnya, ramai saja ibu bapa yang setuju dengan konsep kenduri kecil-kecilan seperti doa selamat, menjemput ahli keluarga terdekat untuk melangsungkan pernikahan anak-anak mereka kerana suatu ketika dahulu mereka juga telah pon melakukan doa selamat untuk majlis pernikahan mereka.

banyak hikmah yang aku dapat sepanjang bekerja di shopping kompleks ini. banyak perkara yang Allah SWT mahu aku explore ditempat itu, suatu perkara yang aku anggapkan satu petunjuk dari Allah yang mahukan aku tidak bersusah hati dengan pandangan islam yang ada dalam diri. sekarang ini aku dikampung. pagi tadi ibu tiba-tiba bersuara. "ibu tak kisah kalau anak-anak mahukan pernikahan kecil-kecilan, kita ajak sahaja keluarga terdekat, tak ada masalah". aku bersyukur mendengar kata-kata ibu itu, kerana beberapa bulan yang lalu ibu sangat mementingkan adat pernikahan, hantaran sebagai wajib, tapi Allah SWT telah pon membuka kunci hati ibu untuk menerima konsep islam yang sebenarnya kerana suatu ketika dahulu ibu dan ayah bernikah hanya dengan air teh bersama-sama keluarga terdekat, tidak pula ia suatu sekatan untuk anak-anak beliau berjaya dimasa sekarang. bila tiba giliran aku bertemu jodoh nanti semoga Allah SWT memperkenankan niat dihati untuk melakukan doa selamat selepas akad nikah, insya Allah.

akhir kata. manusia tak akan berubah kecuali mereka sendiri mahukan perbubahan untuk kebaikan diri mereka sendiri dari sudut islam. kita hidup kerana Allah bukan kerana nafsu. tugas kita sebagai umat islam amatlah besar dan ganjaran dihujung hari hanya orang-orang beriman akan mendapat kenikmatannya yang dijanjikan Allah SWT. lalai sekarang bukannya tiada jalan untuk berubah dan insaf. pintu taubat sentiasa dibuka untuk umat manusia. jangan tersalah langkah. mungkin Allah SWT telah pon menguji kita sekali, dan kemungkinan besar Dia akan menguji kita lagi dengan perkara yang sama. terpulang pada hati untuk menyedari atau tidak, semoga mendapat petunjuk. harus kita ingat akan janji-janji Allah dan jadilah yang terbaik supaya hidup kita diberkati Allah SWT.

wallahualam.