Sunday, January 10, 2010

dunia facebook

ibu, facebook
hubungannya erat sekali
setiap hari, sehabis mandi, selesai makan
sehabis apa pon
dalam hatiku aku berfikir
mahu kemana gerangankah ia?
notebook, tapi apa yang selalu ia lihat di notebook?
facebook, setiap hari tawanya menggema
sampai kapankah hubungan erat antara ibu dan facebook?
mungkin sampai akhir hayatnya
notebooknya akan dibawanya ke syurga.


ni la puisi budak indon yang aku tgk kat youtube, kalu rase nk tgk video ni click disini. aku rasa bapa dia yg tulis puisi ni sebab tak mungkin budak kecik bole pikir sedalam puisi ni, tapi tak kisah la sebab sindirannya memang 'ketepek' pada dahi 'facebook addict'. pertama kali aku tgk video ni memang tergolek aku gelak. mase tu aku dah pon delete account facebook aku walaupon hakikatnya facebook tak bole di delete sama sekali, ia hanya deactivate sahaja, len kali bole login katanya, kami menyimpan info anda untuk masa akan datang, hampeh, aku bingit giler, tak macam friendster dan myspace, senang je delete terus. nampak sangat facebook ni memaksa orang untuk kekal bersama mereka.

facebook dah jadi satu phenomenon, bukan baru sekarang 'social networking' ni wujud sedangkan selama ni ada juga website lain seperti friendster, myspace, beebo dan lain-lain tapi facebook dah jadi suatu yang begitu besar, teknologi yg mereka pakai begitu advance sampai chat pon bole tanpa ia 'hang'kan browser anda. dulu tak ramai pon join facebook ni, tapi sejak dua menjak ni dah ramai pulak pengguna 'switch' dari social network yang lain kepada dunia maya facebook, termasuklah aku sendiri.

hari-hari facebook, bangun tido aku pikir facebook, lepas makan facebook, balik kelas, dalam kelas, pikir facebook, terfikir apa yang kawan-kawan dah comment pada status harian aku, atau pada gambar-gambar yang telah aku postkan di wall sendiri, awek cun yang aku request dah add aku ke blom, dah reply ke message aku budak ni? ini la ecstasi yang paling mujarab mengisi ruangan hidup aku, paling sedih sampai masa sembahyang pon terfikir facebook. sampai la suatu hari aku bosan dan cuba delete account facebook aku, sekali tak bole pulak, aku bengang.

sebenarnya, video budak kecik tu memang tepat pada isinya. kita sebenarnya addicted to facebook. apa jua facebook, tak kisah lah, soalan social interview nya, soalan quiz nya, game mafia wars nya, farm ville nya, fish ville nya, dan banyak lagi lah. rakan-rakan aku bangun subuh, bukannya nk amik air sembahyang tapi bukak computer lihat facebook, nak tengok ape yang latest comment di wall mereka. benda ni dah jadi out of control. sesetengah orang memang tak leh nk control, termasuk la aku, dan disebabkan ini aku dah pon delete. tapi sbrnya sapa yang boleh control benda ni? tak ada sapa pon, kamu menipu diri sendiri jika mengatakan, "ikut diri sendiri la nak control benda ni" tipu!! tolong lah, anda menipu diri sendiri!!

kalu bole control, macam mana bila post je comment tertentu atau gambar atau status, cepat je akan dibalas atau di delete oleh pengguna yang lain. ini bermakna pengguna facebook kebanyakan tunggu didepan pc atau notebook melihat atau menyemak latest comment yang ada. pernah tak anda menunggu durian runtuh di dusun? kalu pernah anda mungkin tahu perasan tu, kalu tak pernah pergi la tunggu durian jatuh di dusun-dusun dan anda akan tahu ia perasaan yang seakan sama ketika menanti di depan pc atau notebook. bagi aku baik tunggu durian runtuh sebab bila dah jatuh boleh gak kenyang perut. hehe.

aku sakit hati dengan diri sendiri sebab selalu nak bukak facebook. menanti comment-comment yang takda maknenya. setiap hari setiap waktu. ia seolah-olah menghantui diri. kawan aku yg dah delete facebook mereka pon cakap benda yang sama, sakit hati dan bosan. maka aku tak keseorangan dalam bab ni.

aku rase sesetgh orang dia terlalu seek attention. mengeluarkan statement yang akan orang comment, kadang-kadang sampai puluhan comment, oh seronoknya dapat comment yang banyak, cube bukak tgk sapa yg comment, 2 orang je sebenarnya, tuan punya account dan yang mengomen, sama seperti chat room, kalau macam tu la kan, baik bukak Yahoo Messenger je, bole sembang sampai ke pagi. bila statement yang di post kan kat wall tak laku, owner facebook tersebut mesti terus delete post tu. hallo, ko nak ape sebenarnya?

ada lagi, pasal shoutout orang bercinta, tak payah aku ulas benda ni sebab semua orang dah tahu macam mane attention seeker menulis shoutout di wall-wall masing-masing nak bagi tahu seluruh dunia kisah cinta mereka. aku bukan jeles, tapi meluat je sikit-sikit. hehe. sori. bukan ape, aku ade kenal pasangan ni, kawan aku jugak, kat kolej, hari-hari jumpa, tapi bila di facebook, "sayang, i miss u!!", rindu itu ini, padahal baru tengahari tadi aku jumpe diorang tengah dating. hallo, tak cukup ke kat dalam sms? aduhai.

aku rase isu ni dah ramai orang bincangkan, bukan aku sorang je yang rasa camni, alhamdulillah. dalam surat khabar pon dah byk keluarkan article yang menyentuh phenomenon facebook ni, tapi aku dah tak ingat bila article tu keluar. penulis tu kata facebook ni tak bagus dan 'something has to be done', sebab produksi syarikat banyak yang menurun kerana terlalu ramai pekerja lebih sibuk dengan facebook mereka dari menyiapkan kerja masing-masing, dengan ini kerja-kerja jadi slow dan production menurun. bukan tu je, study rate ade jugak yang jatuh sebab terlalu 'facebook', daripada study lepak di facebook lagi best agaknya. sia-sia je fail paper.

yang latest aku dapat tahu, facebook kate je private, tapi sebenarnya tak, sekarang mereka (facebook admin) dah buat access kepada boss-boss yang nak tahu pekerja mereka sedang buat kerja ke tengah busy berfacebook, sekarang boss pon bole tahu atau trace korang tengah buat ape melalui internet di office. pikir dua kali la kalu rase boss korang tak tahu korang buat ape. private ke camtu? satu lagi, dengar khabar, facebook ni sbrnya ada terlibat dengan CIA, cara facebook la diorang nak kumpul maklumat seluruh dunia. pengguna pulak ada yang letak nama penuh, asal mana, suka apa, status apa dan lain-lain lagi la, apa motif kita pon tak tahu. kalu benar lah benda ni, kan dah senang-senang maklumat diri anda di access oleh pihak tertentu. private la sangat..hm..

aku sebenarnya nak tulis panjang lagi tapi cam dah malas. apa pon terpulang la pada individu untuk menilai phenomenon facebook ni. bagi aku benda ni memang laro, kalu tak setuju pon tak apa sebab ni bebelan aku sahaja, semua orang ada pendapat mereka sendiri, pandai-pandai la menilai.

selamat tahun baru semua.

14 comments:

noor amirah bt ahmad said...

=] stuju sgt dgn hujah awk.. sy sndri pun addict fb ni..

Amar san said...

dah addict, abis tu ape penyelesaian ko? kalo addict dadah hilang nyawa, kalo addict fb hilang jiwa!

abes tu tak reti2 nak berenti lagi?

childish!

I'm Seri said...

Salams.

Hihihi.

Teknologi jangan disalahguna. Itu sahaja. Setiap yang diciptakan oleh tangan2 manusia ada baik dan mudaratnya. Jika berlebihan pasti mengundang masalah. Sebaiknya, gunakan dengan bijak.

~Tapi kan, sajak tu memang mengena betul.

hansuke said...

salam.

IRIS:

teknologi memang la bagus dalam dunia sekarang ni kan tapi itu bukan isu yang saya cube bincangkan disini.

ape yang saya cuba bangkitkan ialah sebenarnya website 'social networking' akan berakhir dengan kelalaian kepada pengguna. memang mula-mula kita akan rase seronok kerana dapat mengenali kawan baru atau berhubung dengan kawan lama atau sebagai landasan untuk memaklumkan kepada rakan-rakan tentang status hidup kita misalnya.

tapi sejauh manakah ia berkesan sebenarnya kepada kita? macam saya contohnya, tak suka bermain game yang ada dalam facebook, atau menjawab soalan quiz, atau men-upload gambar. maka saya hanya melakukan perkara yang sia-sia sahaja kerana melepak tanda tujuan bila 'bersurfing' melihat status2 kawan kerana perkara seperti itu sama sekali tidak mendapat benefit apa-apa kepada saya.

lain la kalu membaca blog, saya akan mendapat banyak faedah kerana mendapat banyak input dan idea dan juga ilmu berbentuk agama misalnya.

terima kasih atas pendapat anda..:)

Amar san said...

facebook mmg sangat bermanfaat. sangat2. serius, tak tipu punyer laa!

meh aku senaraikan perkara2 yg bermanfaat yg aku wat dengan facebook.

1. update status, "epi new year to all!" dengan mengupdate status ni, aku dapat mendoakan keberkatan kepada rakan2 ku semua agar tahun 2010 ni lebih diberkati. shit.

2. bace status kawan2, contoh status, "kucing aku beranak lima, cool" dan pastu komen untuk merapatkan silaturrahmi antara kami, "tahniah2.. smoga kucing2 tu comel macam aku jugak, kui kui kui"
wadefak

3. main game online, farmville dan seangkatan dengannya, "wah bangganya aku sampai tahap gaban pasal aku dah reach level 238, akulah petani yg paling hebat di seantero alam ni." oi bangang, yg ko penat2 blaja degree tu apsal tibe2 alih jadi petani plak? kalo bercucuk tanam padi ke durian ke ade gak paedah pasal boleh memberi sumber makanan kepada rakyat msia yg terpaksa merayu import beras dari thai n vietnam. lagi satu, ko mmg bodoh pasal kat ladang mana ada org bela gajah, nanti abes tanaman kene pijak dgn gajah. bodoh.

4. boleh chatting dgn sahabat handai yg dah lama tak jumpa. chait, kalo ko betul2 ikhlas nak bersahabat, ko jumpe laa face to face. ni kedekut, jumpe kat alam maya jer. abis ekonomik la tu konon.

5. boleh main kuiz2 yg mempredict masa depan. "siapakah bakal suami/isteri anda?" woi cibai, ni dah masuk kes tahyul ni. khurafat. rosak iman.

6. tu tak campur lagi dengan kehilangan produktiviti kepada workforce negara lantas mengurangkan gdp negara hingga jauh lebih rendah dari gdp indon dan vietnam pasal ramai pekerja buat keja ala kadar pasal wat keja sambil masak lasagna kat cafe world. weh, udah2 la tu, nak masak megi pun tak lepas, ada hati nak masak lasagna.

ada byk lagi tp nanti2 aku tambah lagi.

Liyana said...

salam. sila baca dgn hati terbuka ok. bismillah.
utk dr sendiri:
takyah main farm ville ke buka cafe ke, tanam sayur ke. rock legend ke apa semua tu takyah
takyah buat notification mail, so bile org komen ape2 sedar 8jam lepas itu. nk reply komen pun dah mls sbb dh lama. takperlu komen, takyah komen.
takyah jawab kuiz pelik2 dan publish. n trigger org komen. jgn pertaruhkan aqidah dgn kuiz ramalan.
status kalau rasa mcm utk diri sendiri je n xbg manfaat kt org lain, xyah publish kat home org. pg kt seting tu choose 'only me'
hide feed dekat home supaya xnmpk org annoying punya update yg geli. tekan butang hide kat tepi org tu puny update.
unable chat. nk chat, kt ym boleh.
takyah approve org yg mmg confirm x kenal.

fb pun jd boring..sebab bukan satu mainan...

makanya, yg jd addicted sbb kita yg jadikan fb mcm toy. macam mainan. semua pun nk main. semua pun nk like, semua pun nk komen.
sama juga macam pen. boleh je guna untuk tulis nota, tapi klu kita guna pen boleh juga buat conteng dinding atau jd alat cucuk org.

saya tidak sekali-kali menyokong keburukan yg fb hasilkan. ada je org bercerai sebab fb. ade je org bunuh sbb fb. ari itu isu org ceraikan isteri gne sms. nnti org bercerai guna fb.mcm keburukan yg disenaraikan di atas (ini org lain punya hal.)

yg saya bangkitkan di sini adalah tentang diri kita sendiri.

tgk balik tujuan kita buat acc, adakah sebab keluarga, kwan. sebab ketua kelas selalu letak tugasan dekat notes n xnk sshkn org lain ke,sebab nk buat shoutout sound org ke. sebarkan fahaman ke. atau kite buat sbb kite pun tak tahu apsal. ikut trend masa sekarang?

org cipta benda2 camni utk buat org leka. apa itu, serangan minda. bila dh boring, dia cipta lgi alat lain yg lg best utk buat kita nk main smpai leka. cbe lht skang, semakin comot dengan budaya kebudak2kan aplication dah berapa byk.annoying invitation, penuh wall org ngan pillow ape tah. dulu takde pun.

tp itula, bila semua org ada benda ini. assignment nak letak kt fb, lebih parah mrkh ujian pun lecturer nk ltk kt fb.event uni pun nk invite kt fb.tgkla kita menang atau kalah dalam megawal n disiplinkan diri. klu tak, baik delete je. buat apa kita nak lontarkan diri dlm kerosakan.

ttpkan pendirian anda. setiap org ada alasan sendiri. apa yg terbaik utk dr sndiri. yg penting, mne2 pun, biar kita pengaruhi org lain, bkn sesuatu/org pengaruhi kita.

2 persoalan mudah, bagaimana dan mengapa.
semua di ats sesapa pun boleh bngkang sbb semua ada stand msg2.

sekadar berkongsi pendapat dr org selekeh yg bnyak celanya. reminder utk dr sendiri jg.kan dah..asyik bg komen pnjang. maaf -last-

:)

cyruscope said...

first & foremost, aku mmg addict giler ngan facebook.
masuk FB sejak 2 tahun lepas. tp yg beshnyer kn, dalam masa 2 tahun tu, aku tak penah men ape ape application/game. caye tak? xcaye sudeh~

suatu mlm aku duk pikir, kenapa aku giler sgt ngan FB ni..? hmm yup semua sebab yg tertera kat atas tuh hah, tp yg paling penting bg aku, penggunaannya..

kite xleh tipu, everyone needs ATTENTION. post kat status:-

"ari ni nk mkn ape ek? nyum nyum~"

dengan harapan org akn bg suggestion n comment..
TUP TAP 2x, dah 3000 comment, BAAHHHH!!! seronok!!! (cam sial, bukan?)

ORANG COUPLE?
hahaha, xperlu ckp byk.. tgk kat entry aku. dengan enforcement, aku dh PRANK satu couple ni~ hee... (menjengkelkan sungguh~)

tp ko lupa satu beb, FB juga memajukan company aku... hee..
Dengan FB aku dpt byk client, pendek kate melebarkan lagi ruang bisnes aku. so, sekarang aku admit aku byk buang masa kat FB, tp bukan bermain game atau post comment sux ass, tp mencari client utk mengembangkan compani.

akhir kata, manfaatkan penggunaan. kurangkan pembaziran.

hansuke said...

amar san:

firstly, tahniah sebab ko dah dapat kije, giler kaya ko pasni dapat gaji camtu, masa aku kije dulu pon tak dapat gaji cam ko, aku 2 TAHUN EXPERIENCE tu bro. adui. takpe2. rezeki masing-masing, ada la tu giliran aku nanti insyaAllah.

2ndly, ko tipu sebab ko dah takde facebook. hahahah~ sebab ko pon sama cm aku dah delete. ko jgn nk attention seek kat sini bro. hehe~

3rdly, aku malas comment kat ko byk2 sebab ko sama pendapat ngn aku je la, tak perlu la aku membebel lebih kat ko..:)

hansuke said...

liyana:

salam. wah panjangnya comment kamu kali ni. tapi takpe sy takda hal baca comment panjang-panjang, jgn risau..:)

tula, saya dulu bukak account sebab nk contact ngn kawan-kawan lama, tapi sebenarnya kalu melalui telipon pon dah jarang, apa special nya kat facebook?

ada orang kata ia penting bila nak bagitau kawan-kawan pasal hari bahagia misalnya, tapi dulu-dulu bole je bagitau tak menggunakan cara 'facebook'.

dulu-dulu, kalu besday kawan, kita akan telipon atau akan message melalui sms tapi sekarang rakan-rakan akan wish kat facebook, dan kadang2 kepada siapa2 yang jarang bukak mesti tak tau ada yang wish.

tapi kalau orang macam saya ni, birthday sendiri pon tak ingat dan tak kisah pon orang wish ke tak, maka tak perlu la benda macam ni.

lagi, kalu orang macam saya ni, memang tak suka main game, tak suka jawab quiz yang ada dalam facebook, tak suka benda2 lain yag ada dlm facebook, maka tak perlu la saya mempunyai account pon. sebenarnya saya macam tak ada tujuan berada disitu maka saya pon delete.

entahla, kadang2 ada bagusnya social networking cm facabook ni, cuma ia mungkin berkesan kepada businessman yang menggunakan facebook sebagai 'advertisement', maka selain dari sebab tu ia adalah sesuatu yg laro. wallahualam.

hansuke said...

cyrusdavirus:

salam.

haha. tahniah beb. ko berjaya 'men-spot' satu isi penting. aku bukan lupa tapi aku sengaja tak letak sebab nak bagi hot skit post aku ni. hehe~ takda ah, aku tak letak sebab alasan tu terlalu kecil berbanding apa yang orang tergila-gilakan facebook sampai melakukan perkara yang sia-sia.

ya. memang benar facebook ada baik nya jika di lihat dari segi nk bagi advertisement. contohnya, kakak aku pon menggunakan facebook untuk mempromosikan firma guamannya dan jualan tudungnya. ramai dia mendapat CLIENT baru di facebook sebab rakan-rakan dia kat situ memperkenalkan dia kepada client yg memerlukan khidmat seorang lawyer. macam ko jugak kan, dapat banyak client di facebook, maka itu memang menguntungkan dari membuat advertisement di media massa.

neway bro, well said. semoga ko lagi maju dalam business ko insyaAllah.:)

dolat said...

salam,
saya nak cuba bagi komen serius.





*diam 2 saat*



Saya suka main game. Oklah tak jadi nak komen apa2. (Semua benda ada pros and cons). Kalau tak main faceook pon boleh dapat tittle "attention seeker" dan bazir masa dan lalai. Lagi2 bila komen panjang kat sini.lepas tu tunggu orang komen post kita kan. hahaha~ (semua benda ada pros and cons)

Amar san said...

masa aku blaja medic dulu, ada satu behavior yg slalu ada kat para addict (drug addict, alcoholic) yg dipanggil apetah aku dah lupa, tp diorang akan try kata, "alaa, aku ni drug addict je, aku isap dadah bukan kaco ko pun.. alcoholic lagi jahat, diorang suka pukul bini, bawak kete langgar org.. so kami yg drug addict ni lagi baik." dan begitu lah sebaliknya..

hansuke said...

donutcokelat:

haha. wei donut. i don't care less kalu takda sapa yg comment my blog..;) tapi alhamdulillah je kalu ada sebab sy suka baca comment apa pon, people are entitle to their on opinion, i respect that.

meaningly i don't expect people to read what i've written, so therefore i don't exactly wait to see what people have to say in my blog, kalu awak perasan pon sy tak selalu online kat sini tuk balas comment2 yg ada, sebab sy dah jarang online. hehe~

tapi sy enjoy writting what's in my mind and enjoy reading what people have to say in their blog too.

memang ada pros and cons dalam facebook, tapi bila ia lebih cons dari pros, bagi sy ia adalah sesuatu merugikan, itu saja.

terima kasih atas pendapat anda..:)

sapek said...

salam...
bukan nak mengate la kan...
ad sorang comentor tu,dulu ad fb...
ad awek...
delete akaun...
ap ce???
kerana dadah,hilang nyawe...
kerana fb,hilang jiwe plus awek...
so,awek is no 1(KONON LA)...
tp kene ingat,sejauh mane kite dengan awek...
kawan jugak yg kite cari...
renung2kan,selamat beramal...