semalam aku lepak umah kakak aku sebab nak hantar kereta aku hari ni kat bengkel berhampiran umah dia. kereta ni sebenarnya arwah ayah aku yang punya, masa sebelom allahyarham pergi dia ada pesan kat ibu untuk jual kereta tu tapi last2 kami pulak sayang nak bagi kat sapa-sapa beli sebab kereta tu la satu-satu nya benda yang dia sangat sayang. aku dah banyak habis duit baiki kereta ni, nasib baik ade sikit-sikit baki gaji masa aku kerja dulu, kira boleh la baiki benda-benda yang rosak.
sampai di bengkel tadi check punya check ada sedikit masalah yang kena selesai berkaitan dengan kipas, tak cukup satu katanya, nak tukar original, spare part susah nak cari sebab kereta aku ni kereta buatan perancis. aku tak kisah sebenarnya dia nak buat cam mane, janji kereta aku tak meletup kepanasan sudah. hehe~
sebenarnya semalam aku ada niat nak tukar power steering kat kereta aku sebab berat bila dipandu. dalam otak aku aku tak kisah berapa harga power steering tu janji sedap dipandu. tapi bila dah banyak plak yang rosak kena sediakan duit lebih, terbatal la niat aku untuk tukar power steering tu. aku suruh pomen tu buatla ape yang patut, aku kata nak datang besok ambik bila dah siap.
so, berjalan la aku naik LRT Putra menuju ke rumah sewa. dalam LRT macam-macam la jumpa orang. terfikir plak dalam otak aku nak membebel pasal orang pompuan islam yang tak pakai tudung. bukan aku nk mengata kat diorang cuma tetiba je aku ada terfikir plak kenape sebenarnya mereka tak bertudung. padahal dalam islam sah jelas mengenai issue ni. wajib tu tetap wajib. aku sebenarnya terfikir masa lepak ngn pomen tadi. sebab dalam hati aku nak tukar steering tapi bila dah ada benda lain yang diluar jangkaan aku, so terpaksa ubah matlamat untuk sesuaikan dengan keadaaan. aku terfikir tadi ia adalah sebenarnya mengenai pilihan.
macam perempuan-perempuan yang aku jumpa dalam lrt tadi, mereka sebenarnya bukan tak tahu adalah salah disisi agama tak bertudung tapi mereka tetap jugak buat. sama ada didikan agama yang kurang atau pon tidak, tak mungkin menjadi isunya kerana, disekolah pastinya kita telah pon belajar pendidikan agama dan yang sewaktu dengannya. jadi, sebenarnya dimanakah silapnya? bagi aku wanita-wanita ini sebenarnya memilih untuk tidak bertudung. mereka tahu ianya salah tapi disebabkan pilihan untuk tidak bertudung itu sendiri yang menjadi faktor.
kadang-kadang ada jugak mereka yang tidak tahu langsung pasal agama atau pon mereka ini betul-betul jahil, jadi mereka ini tidak termasuk dalam kategori membebel aku ni. yang termasuk ialah wanita-wanita yang tahu tapi buat tak tahu.
firman Allah dalam kitab suci nya ada menjelaskan.
"Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka.."
(ni sebahagian terjemahan ayat 31, surah An-Nur, aku amik sikit-sikit je)
wanita-wanita yang aku sebutkan diatas memilih untuk menolak pesanan maha suci Allah. yang penah aku jumpa, mereka yang tak bertudung ini sebenarnya mereka sedar akan kesalahan tidak bertudung tapi selalunya alasan yang akan diberi ialah:
1. "aku tahu salah, tapi aku tak ready lagi la nk bertudung full-time"
2. "segan ngan kawan-kawan aku, diorang tak bertudung pon"
3. "jangan ko nak berlagak bagus ah nak lecture aku!"
4. "entahla..hehe..(diam terus sambil sipu-sipu manja)"
sebenarnya aku tak penah lagi kena maki cam no. 3 tu bila pesan kat kawan-kawan aku tapi aku penah dengar la orang yang penah kena. yang biasa aku berdepan yang no. 4 tu. kadang-kadang nak je ketuk kepala diorang, macam chips more, sekejap ada sekejap takda.
so, tanpa segan dan tanpa malu aku katakan wanita memilih untuk melakukan dosa. (free je dapat). tapi lelaki pon sama. bukan Allah tak penah pesan dalam Al-Quran. ada. dalam surah yang sama seperti kat atas tu.
ayat 30. surah An-Nur.
"Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluanya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan"
sebenarnya Allah swt berpesan kepada lelaki dahulu dalam ayat 30 sebelum memesan benda yang sama dalam ayat 31. wanita yang beriman mesti menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluanya. maka kedua-dua ayat tersebut jelas ditujukan kepada kaum-kaum adam dan hawa.
seperti diatas, lelaki juga ada pilihan dalam apa jua yang dilakukan. contohnya. lelaki yang ingkar untuk sembahyang. sedangkan mereka tahu ia perkara wajib. tapi tetap juga untuk tidak melalukan ibadah wajib lima waktu. sebenarnya semua bergantung kepada pilihan itu. pilihan untuk takut kepada Allah atau tidak. begitu simple. mahu melihat syurga atau mahu melihat neraka, (ada ke yg nk gi neraka?) atau blur trus, free thinker kononnya. kita diberi akal untuk berfikir, hati untuk melihat kebenaran, dan untuk memilih yang mana baik atau buruk.
ada satu citer yang berlaku baru-baru ni. salah sorang kenalan kitorang accident motor, dia lepak umah sewa kami sebab dah dekat ngan exam. aku plak time tu masih lagi sibuk bekerja, jarang ada kat umah. aku tak kisah la orang sakit menompang takkan nak halau. pendekkan cerita, aku perasan mamat ni tak solat, dia buat bodoh je. kami tau dia sakit kaki kena plaster. setahu aku kalu dah injured kaki dan takleh amik wuduk, seharusnya la bertayamun. pastu kalu takleh solat berdiri kena la duduk, kalu takle jugak, solat melintang, paling busuk pon, kalu takleh jugak kena guna isyarat mata. mamat ni patah ibu jari je. aku dah bingit dah tengok orang camni nompamg umah kitorang. nak je aku sound, tapi aku memang takkan sound orang yang tak rapat ngan aku. dah masuk sebulan tak penah pon aku tgk dia solat.
sekali aku dah tak tahan, aku sindir indirect, aku buat-buat tanya rakan umah sewa aku, "wei, tayamun bahagian muka camne?" ada yang sahut. "nape ko tanya?", aku jawab, "yela, bertayamun kan wajib bagi orang-orang yang takleh nak amik wuduk..", semua terdiam, diorang dah tahu aku memang sindir khas kat mamat tu. si mamat ni plak buat-buat tak dengar. dah la menompang, pastu kuang ajar plak tak solat depan kami. selepas kena sindir pon masih berdegil. aku tak kisah pon kalu dia tak takut sindiran aku. kalu ikutkan nafsu memang la malas nak solat tapi kena la takut azab Allah diakhirat kelak. api neraka! api neraka! tak takut ke?
itulah dia, contoh manusia yang memilih keburukan dari melakukan kebaikan. tapi apa-apa pon, itu si mamat tu punya dugaan. orang lain mungkin lain pulak Allah akan uji. setiap orang mesti akan diuji. aku pon takleh nak mengata lebih kat dia sebab itu dugaan dia. sendiri kena handle la. nak tak nak kena la solat, tebalkan keimanan, barula tak rase lost je, blur je kat dunia ni. cari la ketenangan dengan solat. aku harap mamat ni dan sapa-sapa yang camni sedar la silap masing-masing dan kembali kejalan Allah swt. solat la sahabat sebelom terlamabt. semoga korang mendapat hidayah. insyaAllah.
aku membebel:
kadang-kadang aku pon kalah dengan nafsu. contohnya, bila seorang wanita yang seksi pakaiannya, menampakkan buah dadanya, berjalan didepan kami-kami yang bergelar lelaki. pastinya kawan-kawan lelaki aku akan terbeliak mata mereka sambil membisik "mak ai..gempa bumi..sekala rektor 7!!" kebaboom, gunung berapi meletup! sah-sah aku akan melihat lava-lava panas yang mengalir itu. teringat kata-kata ustazah dulu. "ingat, kalu kamu lihat sekali, itu namanya rezeki, tapi bila yang kedua kali, berdosalah kamu yang melihat itu". maka, budak-budak lelaki akan melihat agak lama sedikit, asalkan ia sekali saja. haha.
ini lah namanya ujian bagi ayat 30 tadi. supaya kita memelihara pandangan kita. aku penah memilih untuk melihat lava-lava. (yela, aku laki, ada nafsu, kena cepat kahwin hehe) tapi balik umah menyesal sebab telah melakukan dosa melihat kedua kali. tapi sebenarnya jika kita memilih untuk merendahkan pandangan seperti yang dipesan Allah dan Rasul-Nya, maka terpeliharalah pandangan kita terhadap benda-benda yang dilarang Allah dalam kitabnya. so, semuanya adalah berkaitan dengan pilihan untuk melalukan kebaikan atau dosa. sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Mengetahui segala.
pilihan. nak buat atau tidak. nak baik atau buruk. nak berubah atau tak berubah. semuanya untuk kebaikan kita jugak. dalam mencari keredhaan ilahi, kita haruslah menjauhi yang dilarang dan mendekati kebaikan. kedua-dua kaum adam dan hawa harus memainkan peranan masing-masing untuk memelihara keimanan bagi mengelak hasutan iblis yang sentiasa berada di mana jua kita berada. aku manusia ko pon manusia. kita ada pilihan. korang pilih la yang terbaik, semuanya ada akal untuk berfikir.
chotto matte kudasai, kalu pompuan tak pakai tudung dan dedah sini sana, maka mesti la ada yang mahu melihat kerana sifat manusia sejak azali begitu (campur hasutan iblis), jika ia ditutupi dengan tudung dan menjaga auratnya seperti yang dipesan Allah swt, maka bahagia lah kita yang beriman kepada Tuhannya di dunia dan diakhirat.
sama juga aku ni, tak terkecuali. mestilah jaga setiap tingkah laku untuk mendapat keredhaan-Nya. yang tak solat tu pegi la solat. pompuan pon sama, pegi la solat kalu tak datang haid. jangan tunggu kena laggar lori dulu baru nak insaf. kita hidup sekejap je. esok lusa pon dah takda. dalam kubur, malaikat datang tanya, "siapakah Tuhan kamu?", "aku..aku..aku tidak tahu....!!!" (pweeeeshhhhhh, bunyi angin bertiup) tetibe tringat lagu sakaratulmaut tu. meremang bulu-bulu romer. so, nak syurga ke nak neraka? pilih-pilih.
abis membebel.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
steering kereta ko sekarang ni layak dipanggil 'paut' steering. haha
cerita pasal repair kereta mengingatkan aku pada kereta aku yg accident dulu, habis 900 terbang.phew!
btw, ko kene lebih banyak simpan duit drpd belanja repair kereta. kata nak kahwin kan.
salam, saya baru terfikir. kenapa eh tanak pakai tudung. maybe certain orang tak suka restricted atau rimas. dan tak nak ubah apa-apa pun. atau xnk rs hipokrit...mungkn.
tp klu fikir dr sudut yang lebih bsr. maybe sbb ambil islam separuh. bkn sbg cara hidup. islam hnya agama. bukan cr hidup. cth kecil. pg crmh pki tdg. biasa2 xpakai.
kt sini org skirt pendek tp pegi solat.
p/s: pernah baca kisah seorang islam yg liberal bkahwin dgn wanita mualaf?
An Ikram:
aku kena RM500 tadi baiki kereta. rase cam nak buat sgt2 steering tu tapi syg duit hehe~
banyak la simpan duit nak kawin..tu amar la..:)
liyana:
salam.
tula, saya pon tak suka mengata kat mereka yang tak bertudung ni, kadang2 mereka ni lagi baik dari orang yang bertudung. macam kita tahu la kan, ramai orang melayu yang bertudung sekarang terlibat dengan rakaman video lucah bersama pasangan. so benda ni takleh nak spesifik sbrnya. keimanan diuji ikut level masing-masing, siapa la saya untuk menilai kadaq Allah keatas individu.
saya cume ingin men-highlightkan (ayat baru hehe) di malaysia mereka (wanita islam) membuat pilihan untuk tidak bertudung sedangkan mereka tahu ianya wajib. lain la sesorg tu mengikuti mazhab2 selain dari mazhab syafie. memang ada mazhab yang auratnya diukur lain dari mazhab yang dipakai di Malaysia. di indonesia saya tak tahu la camne.
entahla, jelas didalam al-quran ada menyentuh pasal menutup aurat seperti didalam surah An-Nur.
secara logiknya manusia akan tertarik akan sebahagian tubuh masing-masing tak kira la wanita atau lelaki sebab itulah sifat yang dianugerahkan kepada kita. kalau kita fikirkan, bahagian tubuh yang akan menjadi tarikan sepatutnya ditutupi untuk mengelakkan perkara yang tak baik berlaku. so, jika pakai skirt contohnya, bukankah itu akan menghairahkan orang lelaki yang memandangnya? tak pasal-pasal kes rogol meningkat je sekarang ni kan?
jadi saya pon sbrnya hairan kenapa ada orang yang suka pakai skirt pendek tapi pegi solat. dan apakah kefahaman islam dari sudut dirinya. saya tak penah menkaji atau belajar lebih dlm hal ni tapi saya cuma bole bagi pendapat saja.
saya setuju dgn pendapat kamu tu. mereka ni menganggap islam itu sebagai agama sahaja, tak lebih, dan tak mendalami. bagi saya, mereka ini, tak sampai the true value of islam kepadanya. mungkin mereka ini hanya solat kerana ingin sesuatu atau permintaan dalam doa. orang islam sekarang sudah pon menjadi seperti penganut agama bukan islam. berdoa bila memerlukan pertolongan sahaja, bukannya setiap hari atau setiap waktu. seperti tak ambik serius dengan agama yang mereka anuti.
p/s: tak penah baca pasal mualaf sangat. kalu nak berkongsi saya ok je. :)
saya dapat point anda di situ. :) dan bila tak amalkan apa yang islam ajar sepenuhnya, sebab itulah jadinya kes2 yang ditulis di atas.
tentang mazhab saya tak berapa pasti. sebab ada sesetengah perkara macam pelik. contohnya islam bela anjing, mmg lah boleh klu tgn kering tp mcm pelik kalau bela.
tapi ada je yang sama macam kita amalkan. mungkin penganut di sini terlalu ramai dan pelbagai.
ttg kisah itu, ada seorang perempuan yg dh mengant islam, dia tulis surat secara terbuka apa yg blaku kpdnya.
dia kahwin dgn seorang lelaki yang kononnya islam but liberal. sebelum mereka bkahwin dah pernah bersedudukan, lelaki itu minum arak dan tak solat.
dia xsuruh pun isteri dia pakai tudung or ajar solat.
tapi perempuan ini ada tatu. tapi dia suruh buang sebab dia kata nnti mati kubur tak boleh terima.
then mereka bercerai sebab dah tak sefahaman. anak mereka dijaga keluarga lelaki sbb katanya perempuan ini tak berapa pegangan agamanya. takut ank terpengaruh dgn kristian. (agama sebelum permpua ini)
dia dah confuse, kenapa org yg menganut islam yg kata terbuka, bila masuk bab agama. sangat2 restricted, tertutup. tatu yg dibuang sgt menyakitkan dan tinggalkan kesan pada kulit. dia tak boleh jumpa anaknya.
bila baca mcm kasihan pd perempuan ini. dan bagi imej buruk kepada islam itu sendiri.
benda2 macam itu titik beratkan. tapi yang lain2 xde pula nak ikut.
saya tak tahu apa kaitan dgn kes diatas. tapi saja je kongsi. :)
liyana:
sebenarnya ada kaitan dgn citer awak tu. itu la dia yg saya maksudkan, lelaki itu memilih untuk tidak mengamalkan agama nya. kita bole mengaku islam tapi hati kita sbenarnya macam mane. sama la dgn lelaki tu, ingin membimbing orang lain kononya tapi sebenarnya diri sendiri pon tak terbimbing. akhirnya bercerai maka buruk la orang islam pada pandangan orang bukan islam.
saya bagi contoh lain, dulu saya penah kenal mat rempit (orang islam). mereka selalu buat kecoh dengan aktiviti laro mereka, dan selalunya mereka2 ni tak sembahyang, malah berzina, kadang2 secara bergilir-gilir. cuba anda tanya soalan "kamu islamkah?" mesti jawapanya ya. atau tanya mereka "kamu kafir ke tak sembahyang?", diorang mesti tak puas hati punya dan mahu start bergaduh.
maka terfikir kita sejenak, islamkah cara mereka2 ini? amalan islamkah mereka2 ni sampaikan? secara tak langsungnya org bukan islam akan mengutuk kita dengan menilai perangai orang-orang islam sperti mereka dan samakan dengan penganut islam yang setia. hanya nila setitik, rosak susu sebelanga. kan sedih..:(
macam yang awak katakan tu, benda kecik2 titik beratkan, tapi yang wajib tak dihiraukan pulak. ramai orang kita terlalu extremist pasal islam sedangkan mereka cetek sahaja pasal agama, dan cerita diatas menjadi contoh. kalu tak buang tatu maka kubur tak terima. yang saya penah tanya ustaz, memang tatu tak elok tapi kalu ia menyakitkan dan memudaratkan bagi pemilik untuk buang bila dah convert islam maka seharusnya membiarkan saja pada tubuh si pemilik itu, asalkan dia tak menunjuk-nunjuk pada orang lain, menutup tatu dan hati nya memang benar inginkan islam, itu sudah cukup. islam sangat mudah tapi orang kita yang susah-susahkan sebab tak tahu.
sebab itula bagi saya kita harus belajar lebih untuk kita lebih terbuka fikiran, bukan hanya tahu sikit dah kecoh orang lain salah tapi sbrnya kita yang tak tahu banyak. pastu ramai yang saya jumpe, bila dah tahu berlagak pulak, pandang rendah orang lain, seolah-olah dia sorang je masuk syurga. ni la dinamakan sifat Ghurur. semoga Allah menjauhi sifat ni dari orang2 beriman. insyaAllah.
Salams.
Apa yang penting ..NIAT.
TULISAN YANG BAGUS.
IRIS:
salam.
terima kasih.
anda menggunakan semua huruf besar pada ayat terakhir, setahu saya dalam alam cyber sperti internet, kalu tulisan besar adalah menunjukkan tanda marah, jadi saya kurang pasti jika anda telah memuji atau pon marah..hm..
just curious..:)
Ohooo
Saya tidak marah walau sikit pun.
Saya setuju apa awak tulis. Yang penting 'niat'.
Best baca tulisan awak. Teruskan.
IRIS:
haha. saya saje je usik.
tu la, niat mesti di utamakan dalam apa-apa jua kita lakukan.
byk kisah bole membebel kalu sebut pasal niat ni hehe~
thanks, sy hanya membebel pada sendiri, kalu ada yg baca dan dpt something from it, alhamdulillah..:)
salam..
wah semakin rancak dan meriah nampaknya blog hansukeroma ni.. alhamdulillah.. semoga semua2 pun beroleh manfaat insyaAllah..
aku nak komen ke atas satu komen oleh seorang pengomen yg mengomen tentang niat.. hehe..
dalam hadis arbain (40) yg disusun oleh imam nawawi, seorang ulamak hadis, beliau telah meletakkan hadis ttg niat pada tempat pertama. niat itu terletaknya sepertiga dari islam. lagi dua pertiga ialah lafaz dan amal. niat juga pengukur pahala. contoh kalo org niat nak pi haji, dia dah simpan duit dan tunggu waiting list je nak pi haji tiba2 dia mati eksiden, Allah terima amalan dia pi haji pasal dia dah niat.
tapi
ha, ada tapi. kalo nak buat dosa, niat tak relevan. contoh, ali berniat nak mencuri, so selagi dia tak mencuri, dosa tu tak jatuh kat dia. bila dia dah buat baru dikira.
sama lah jugak bila amy (nama aminah tp nak glemer jadi amy) niat takmo pakai tudung, bila dia dah start tak pakai, baru dosa tu dikira.
niat juga tidak relevan utk dibuat sebagai satu alasan utk meninggalkan satu hukum syariat. contoh, memandangkan amy rasa kalo dia pakai tudung pun dia rasa tak ikhlas, rasa hipokrit, rasa not being herself bila dia pakai tudung, so dia mengambil inisiatif utk menanggalkan tudung. minta maaf amy kerana alasan anda tidak akan dilayan oleh para malaikat atid yg mencatit amalan tepi anda, sekian terima kasih.
amy juga tidak boleh menyalahkan wanita bertudung lain dengan ayat2 seperti di bawah:
"alaa.. i tengok ramai jer awek bertudung tp romen2.."
aku rasa amy tu buta pasal dalam 5 juta (ni satu figure yg agak2 je lah) awek yg bertudung kat mesia, kenapalah dia nak highlight beberapa org awek yg bertudung tp beromen itu? sungguh pelik selective generalization yg dilakukan oleh amy utk menegakkan benangnya yg basah itu.
apa2 pun tahniah diucapkan kepada tuan penulis blog kerana menulis entry yg menginsafkan dan lengkap ini. semoga semua beroleh manfaat insyaAllah.
ws
aku baru abes baca komen dari dr. liyana, heh.
mmm.. mmg diantar mazhab ada perbezaan ttg batas2 aurat, tp semua mazhab bersepakat bahawa rambut itu aurat untuk pompuan.
so kalo pompuan tu kata dia ikut mazhab yg kata tak wajib pakai tudung, aku tak tau lah dari mana dia belajar.
wallahua'lam
amar san:
terima kasih ke atas komen anda yang sangat panjang. aku stuju dengan komen anda, dan terima kasih kerana telah memberi input kepada saya.
pergghh, skema giler aku reply kat ko, cm tak kenal plak konon..hehe~ tapi aku serius, aku tak terlintas plak pasal niat tu, cume ade tahu la sikit-sikit..:) pape pon thanks amar, ko memang byk ilmu.
pasal mazhab tu setahu aku ada je yg kata tak bertudung pon takpe, kalu camtu kena ubah la fikiran aku pasni, rupenya semua stuju kena pakai tudung. thanks again for ur ilmu.
Hansuke:
Thanks.
Saya suka membaca komen kamu di catatan kehidupan saya. Sungguh, lama sudah mahu berkongsi ilmu.
Cepat2 entry baru pula.
:)
IRIS:
sama-sama.
post kamu sgt menarik isunya, saya cuma mengatakan dari observation sy saje. tapi memang itulah realiti nya yg berlaku pada masyarakat kita.
sy sudah ade beberapa entry dalam otak tapi blom ade mood untuk draftkan ia didalam blog.
thanks sb sudi baca bebelan saya..:)
truskan usaha anda.
wow, puding ngn hansuke suka buat karangan sepuluh perenggan (-_-)". xlarat nak baca sampai habis.
nak komen jugak setakat yang saya da baca. kat sini memang agak pelik sikit. tentang perempuan pakai skirt tapi solat. bila xpuasa boleh makan di kedai (tapi ada kain tutup), boleh bawa anjing jalan2. tapi, kat sini susah nak tau seseorang tu islam atau x. huhu~ ada kaitan ke ni?
donutcokelat:
haha. mula-mula nya puding sikit je komen tapi lama-lama jadi sepuluh perenggan..:)
oo, kira kamu ni belajar kat indon jugak la ni? hm..ada kaitan la jugak ngn apa yg sy dan puding bincangkan, tapi kat malaysia skang pon dah tak tau seseorg tu islam ke tak sbrnya, macam kat depan umah sewa sy ni, umah pompuan, budak laki kuar masuk ari2..kadg2 kunci pintu padahal dah kantoi bwk laki masuk, buat ape pon kami tak berani nk ckp, skng timbul persoalan, islamkah mereka ni? pakai tudung pi kelas, balik cabut, malam bawak laki masuk umah..hm..entah la dunia sudah dekat kiamat mungkin.
Post a Comment