Tepat jam 6pm, tamat la kelas mba pertama aku. Hujan lebat yang amat sangat, aku terus ke surau untuk solat asar sebelom pulang. Rupenya surau dah tutup, sebab level 9 sama level ngan library, satu level di kunci rapi termasuk la laluan ke surau. Turun balik lift ke level 1, mencari tandas untuk ambil wudhuk. Nasib baiklah aku ada bawa kain pelekat, dapat juga aku guna untuk jadikan ia sejadah.
Selesai solat, hujan masih lebat. Memikirkan aku perlu balik cepat, sebab aku berjanji untuk pulang seawal mungkin untuk balik raya di kampung bersama adik-adik aku. Tempoh hari aku ada terfikir nak beli baju hujan. Tapi asik menangguh pembelian. Inilah akibatnya. Bila hujan lebat, tiada baju hujan untuk dipakai. Pasrah.
Basah kuyup. Terfikir hanya nota kelas yang berada dalam beg, takut basah terkena hujan. Tak sangka, rupenya, jauh juga dari subang ke wangsa maju. Mungkin sebab aku tak terdaya menaiki motor sambil basah. Sejuk teramat sangat aku ketika itu, sampai hampir menitiskan air mata. Tak putus aku menyebut nama Allah, menahan kesakitan sejuk yang aku alami. Perasan sedih memikirkan nasib, orang lain memiliki kereta, aku sudah pon cecah umur 31 belom miliki apa-apa, bagaimana untuk memiliki seorang isteri? Berlegar-legar otak sambil beristigfar untuk tidak berlebihan.
Tempoh hari dapat berita, aplikasi pinjaman mara aku ditolak. Sebab kursus aku xda dalam senarai. Kolej kena apply dulu baru boleh dipertimbangkan. Habis niat nak beli kereta sebab dah kena bayar sendiri yuran pengajian. Rakan sekelas aku dapat mara sebab mak dia kije di anak syarikat mara. Inilah dunia. Sedih lagi. Tapi tambah lagi sabar.
Banyak lagi hal lain yang aku tengah lalui. Aku terfikir, kali ni Allah sangat menguji aku. Bertubi-tubi ujian Dia berikan. Aku terus bersabar. Semoga aku dapat lalui ujian kali ni seperti mana aku dapat lalui sebelom ni. Semuanya ada hikmah. Semua untuk kebaikan diri aku. Untuk meningkatkan iman, inshaAllah.