Thursday, February 14, 2013

30

seperti semalam saja aku kecil berlari, hari ini aku sudah mencapai umur 30. berpusu2 message masuk mengucapkan hari lahir, aku bersyukur kerana masih lagi orang mengingati diri aku. ibu menghantar sms sungguh sayu, "sudah 30 anak mak, semoga panjang umur murah rezeki, jadilah insan yang bertakwa dan yang mencari redha Allah".

harini perasaan aku tiba-tiba rasa sayu dan takut. bergelemang airmata, termenung jauh akan kematian. semakin berumur, semakin dekat dengan mati. 

masih banyak taubat perlu aku lakukan, masih banyak hutang harus aku selesaikan, semoga aku sempat melakukan semuanya, sebelom tamat riwayat aku sebagai insan dimuka bumi ini.

setahun sudah masa berlalu lagi, semoga dapat aku mengharungi tahun hadapan, menambah ibadat, menambah takwa didalam hati. InsyaAllah.

2 comments:

Iwan Shah Zainal said...

hp bday sifu!!!!jasamu dikenang.....

hansuke said...

thanks.

wei, camne final year ko? ok tak? :)