Thursday, November 8, 2012

persepsi

ape yang kita pikir bukan selalunya perkara yang sebenar. mungkin kita hanya berandaian sahaja tanpa sebarang analisa, atau pon sekadar berpendapat semata tanpa sebarang pembacaan. kadang-kadang kita hanya mahu lihat apa yang kita mahu lihat, dan juga kita mahu dengar apa yang kita mahu dengar sahaja. inilah dikatakan dilusi minda. kerana kita tanpa sedar hanya mampu memproses fakta yang hanya diproses mengikut apa yang kita tahu atau mendengarnya dari orang lain. itulah hakikatnya, persepsi dari pihak yang akur akan kesucian fakta atau pon ego akan kebenaran yang sebenarnya.

---------------------------------------------

pergh...ape yang aku membebel ni? haha~ lama seh tak tulis kat sini, rindu pula rasa nak menulis :)

sebenarnya, apa yang aku bebel kat atas tu adalah mengenai "perception" atau dalam bahasa melayunya, persepsi. kadang-kadang manusia suka membuat andaian tanpa soal selidik. mungkin kerana tidak mahu tahu akan kebernaran. atau pon hanya kerana ego dan tidak mahu endah dengan apa sekali pon pendapat orang lain.

walaubagaimanapon, persepsi orang tetap ada dan setiap orang akan melihat suatu perkara itu berbeza-beza. apa yang aku pegang ialah, kita harus menghormati orang lain, menghormati pendapat orang lain kerana setiap individu berhak untuk memberi pendapat, kerana setiap orang ada persepsi masing-masing.

aku? pekakkan telinga. dengar dan teliti. teruskan hidup tanpa menghiraukan kata-kata orang lain :)

---------------------------------------------

tadi ada pergi visit firma audit yang aku bakal bekerja pada 3 December 2012 ni. waduh, sungguh besar ofisnya, mula-mula sangat cuak, nasib baik la ada lagi rakan-rakan yang menemani aku 10 orang, termasuk aku 11 orang semuanya..hehe~ managing partner sangat friendly dan berkalibel. tapi aku cam blur je :P

sebenarnya aku macam tak rasa apa-apa, cuma rasa sungguh bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah SWT untuk turut sama menjalani ibadah kerja aku (fardhu kifayah) di firma audit itu nanti (nama firma dirahsiakan..ehe~).

apa-apa pon, aku terima sahaja lalui hidup aku ini yang sekian lama aku sering elak, sering melarikan diri. selalunya kita dengar, apa yang kita tak suka itu, sebenarnya 'jodoh' kita. mungkin ada juga kebenaran dalam statement tu, sebab sekian lama aku lari dari audit, akhirnya aku kembali juga menjadi seorang auditor. aku terima sahaja takdir aku ini, dan semoga Allah SWT sentiasa menunjukkan jalan yang terbaik untuk aku sekarang, esok dan hari-hari yang seterusnya, inshallah :D

wallahua'lam.

1 comment:

Nooreena said...

Congrats and happy working at the new place bro!