dari jauh aku melihat seorang sahabat kusyuk membaca dinding iklan masjid,
"ko baca ape tu bro?" sambil mendongak pada tempat yang sama.
"jom belajar bahasa arab, best ni" jawab N dengan penuh minat.
"berapa bayaran?" dengan cepat aku bertanya.
"free ni, takkan kena bayar" jawab N seolah menyindir.
lalu mata aku bergerak keseluruh sudut iklan itu
"RM30 seorang setiap sesi"
aku terus menunjukkan pada harga itu pada si N sambil berkata
"sekarang, semua ilmu nak kena bayar, sapa nak mengajar free"
"laa, aku ingat free, tak nak la kalu camtu" sapa N dengan pantas
lalu kami memasuki masjid untuk mendengar khutbah jumaat.
-----------------------------------------------------------
susah mahu mencari ilmu "free" pada zaman sekarang ini. teringat masa zaman muda-muda, orang kampung mengajar al-quran di pondok kecil kepada kanak-kanak sekolah dengan tidak mengenakan harga sedikit pon. mereka hanya mengharapkan berkat mengajar itu dan dengan harapan mendapat redha dari Allah kerana menyampaikan benda yang baik pada umat islam. tetapi ibu bapa tidaklah begitu kejam dengan mengambil kesempatan terus pada si pengajar, kerana sekali sekala mereka mungkin akan memberikan hadiah kepada mereka, tidak kisahla, sama ada gula, beras, makanan-makanan lain, kain batik atau pelikat dan sebagainya. itu lah rezeki yang Allah berikan kepada mereka ini kerana telah berbakti menyampaikan ilmu Dia. tetapi zaman sekarang, kebanyakkan tenaga pengajar ilmu al-quran akan meminta sedikit bayaran, kalau tidak, tak mungkin akan mengajarnya anak-anak kecik lagi. kita sudah berpaling jauh dari kemahuan berkat Allah itu seperti orang dulu-dulu kala. sekarang, semuanya mengenai "k-ching...k-ching", kalau tidak, "tak mahu jalan".
teringat pada satu kisah, seorang guru yang arwah ayah pernah ceritakan. seorang guru pondok yang mengajar agama dan segala ilmu islam kepada masyarakat. beliau tidak bekerja selain dari menyampaikan ilmu Allah semata dan beliau tidak bergaji se sen pon. tetapi dengan berkat ilmu yang beliau sampaikan, Allah telah pon menghadiahkan nikmat wang dibawah tikar ruang tamu. setiap kali beliau mahukan wang, ada sahaja wang dibawah tikar. oh tidak, bukan sebanyak RM ratusan ribu, tapi sebanyak RM10 - RM50 begitu setiap kali beliau mahukan wang. ya, pada zaman sekarang, mungkin kita akan menyapa, "pakai toyol agaknya orang tu". senang sahaja mulut kita berbicara, tetapi hakikat yang sebenarnya jauh dari akal fikiran yang kita ada.
semalam, waktu saya berjalan dengan seorang rakan, pulang dari gerai makan. disitu terdapat kelab malam yang sentiasa ramai pengunjungnya. tapi semalam ada sedikit berbeza, kerana tidak begitu ramai walaupon jam sudah pon mencecah pukul 10pm lebih. sambil lalu disitu, saya terlihat seorang jejaka berbadan besar dan tegak sedang duduk seolah menjaga sesuatu. saya terlihat pada telinganya, ada tergantung tali "komunikasi". dalam hati, terdetik beliau seorang "bonzer". tetapi orangnya seorang melayu. kami sempat bertentangan mata, tetapi beliau cepat mengalihkan mata dengan pantas menunjukkan muka segan.
dalam perjalanan, sempat saya terfikir mengenai jejaka "bonzer" tadi. sebenarnya, dalam memilih kerja, kita ada terlalu banyak pilihan. terlampau banyak kerja halal yang dapat kita perolehi di kuala lumpur ini, atau dimana sahaja di malaysia, terlalu banyak. tetapi ramai sahaja yang akan memilih jalan yang salah, memilih kerja yang haram, hanya kerana pulangannya yang lumayan. tetapi apakah balasannya diakhir cerita kehidupan? dimanakah wang itu akan kita bawa? tentunya tidak kekubur.
kita harus ingat, rezeki, Allah yang berikan kepada kita. tidak kisah
dimana sumbernya, asalkan halal, inshallah sumber itu adalah sumber
berkat dariNya. mungkin juga orang akan bertanya, "bagaimana pula sumber
dari kerja haram". ya, itu juga dari Allah, semua perkara datang dari
Allah, cuma keberkatannya sahaja yang berbeza. kerana hasil yang kita
hendak bawa keakhirat itu berbeza.
sesungguhnya, sumber yang haram itu sampai 7 keturunan pon tidak akan habis
selagi orang itu tidak bertaubat. dengan bertaubat, semoga Allah
mengampuni dan menghapuskan semua dosa darah daging yang ada. inshallah.
wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
aku ada masukkan skit isi kat blog aku.. dh link
takda hal bro :)
salam beb. ~baru perasan pulak kaw update blog. eheh.
aku dah nak taip topik ni, tetiba ternampak pulak kamu punya topik ni.
erm, bab kerja. aritu sampai aku sedih benor bila nak berhenti keje dua hari aku tu selain sebab aku tak boleh nak buat, lagi satu sebab cara kerja dorang. bukan kata kerja tu tak halal, tapi cara mendapatkannya memerlukan unsur ketipuan yang mungkin begitu kot kerja orang marketing. ~almaklumlah aku bukannya orang marketing tapi aku tahu yang dorang ni guna macam2 cara untuk market dorang punya produk. nak tak nak, every month dorang kena kejar target.
erm.. ada tu pulak keja biasa, but etika pemakaiannya pulak buat hal. Islam tak menghalalkan cara kan. :)
pasal bab2 ilmu agama. ~tetiba ada kena mengena dengan aku pulak. hee :D. disebabkan dah lama kan aku tak membebel, meh sini aku nak bebel sempena aku jadi penunggu dekat rumah ni. ~aku tak kiralah kau nak baca ke tak. sebab aku tau kau akan baca, ahaha :P
cerita yang kaw kongsi tu kan.. aku rasa macam pernah jadi kot pada aku. MACAM AJALAH. akui memang aku tak kerja, so income memanglah takda kan.
so, pada suatu hari.. aku terdengarlah mak aku cerita pasal mengaji2 ni. and tetiba mulut aku ringan je volunteer untuk ajar mengaji pada mereka yang nak belajar mengaji free2 aja.. memandangkan tempat mengaji sebelum ini dari tak kenakan bayaran, tetiba mengenakan bayaran. so, aku memang kesian betul dengan dorang ni. sebab dulu2 masa kecik aku belajar mengaji, tak payah pun kena bayar.
(untuk makluman aku bukanlah pandai nak bertaranum dan sebagainya. setakat hukum panjang pendek lepaslah :D).
makanya, aku tetiba rasa dah tersalah cakap sebab perasan boleh ajar mengaji. actually aku takut tak boleh nak ajar macam pengajar tempat dorang belajar dulu tu. dijadikan cerita, ada yang nak belajar mengaji pulak. Aduh! untuk tidak menghampakan, aku relakanlah jugak. tapi sebelum tu aku kene repeat baliklah hukum2 tajwid yang dah lost kan.
erm dan buat pengetahuan, aku bukan kena ajar budak kecik. but umur2 yang dah sebaya mymum and my nenek.. dan akhirnya aku pun ajarlah dengan kesabaran yang cukup tinggi melayan kerenah mereka ini, (tiga orang je pun. eheh). seriuslah. memang kena cukup sabar. sebab kena ajar mereka yang dari zero. kaw tahu2 ajalah bila dah diiringi dengan maslah penglihatan ni. tapi untuk tidak menghampakan, aku tetap ajar walaupun dorang naik fed-up dengan aku bila aku ulang benda yang sama hari2. eheh. ~gila garang mak aku kata bila aku mengajar. :P ~patutla tak boleh jadi cikgu. tu yang ic tertinggal bila nak jawab exam. ahaha :P
ok, aku rasa dah bebel banyak sangat ni. aahah.
back to your story pasal cikgu arwah ayah kaw tu. macam aku cakap awal tadi, aku yg memang takda income. aku memang tak harap apa2 pun dari yg aku buat sebab atas alasan utama, aku memang kesian dengan dorang je. tu sebab aku ajar mana yang mampu.
about duit, tipulah kalau aku kata aku tak nak pakai duit. tapi alhamdulillah, semenjak aku ajar mengaji nenek2 tu, bila aku nak pakai duit, duit tu akan ada. maksud aku, bukanlah macam cikgu agama tu duit pada bawah tikar tu. maksudnya macam time aku nak guna duit, duit tu adalah. ~aku pun tak tau nak cakap macam mana. tapi bila aku dah guna duit tu, pastu mesti berganti balik. alhamdulillah sgt.
tpi aku tak taulah situasi aku ada kene mengena ke tak dengan cerita kaw. cuma aku rasa macam tu la. rasa dipermudahkan bila aku memerlukan. alhamdulillah. :)
ok. dah habis bebel. dah boleh buat entry aku sendiri dekat blog kaw ni. ahaha
ok beb. salam. take care kaw! :D
sar:
haha~ panjang giler. apa kata ko copy paste je kat blog ko balik....hahahaha~ :)
ye la tu sar, ko paham pon aku nak sampaikan apa. rezeki tu datangnya dari Allah, ikut Dia la nak bagi ikut mana pon, kalu dengan cara ghraib pon (macam kisah guru pondok, duit bawah tikar tu), itu hak Dia. :)
dan kalu kita selalu ikhlas, dan buat sesuatu tu kerana Allah, inshallah, mesti ada je rezeki tu datang, macam dalam firman Allah dalam al-quran la, banyak kot, Allah kata, kita tak akan sangka rezeki tu akan muncul macam tu, dan kita tak akan terfikir pon cara tu akan kita dapat, itulah tandanya semuanya dari Allah :D
tapi zaman sekarang, ramai dah tak pikir macam tu sar, semuanya nak duit, sebab penat, kadang2 ada orang dah jadi ustaz, suka benor cas orang lain bila sampaikan ilmu yg dia ada, padahal, kalu dia mengajar secara ikhlas, Allah mesti balas balik punya, kalu bukan kat dunia, inshallah kat akhirat. tapi manusia dah lupa dah pasal ni, tak kisah la balik dari mesir sekali pon, aku tengok zaman sekarang ni, duit dah jadi raja.
teringat pulak kisah guru mengaji al-quran anak buah aku. baru je dia datang mengajar. sekali abg ipar aku bagi duit. pastu sampai sekarang, dia tak datang dah, dia tak mau datang sebab malu abg ipar aku bagi duit.
ko faham tak concept sar? zaman sekarang, kita pikir, kalu dia datang mengajar, mestila kena bayar sikit kan? mesti dia nak, sebab dia dah penat ajar. so abg ipar aku bagi la duit, upah. sekali ustaz tu mengajar ikhlas pulak rupenya. terus tak nak datang. alhamduilllah masih ada lagi ustaz macam dia tu, semoga ada ramai lagi la mcam dia. inshallah.
susah nak cari orang ikhlas sebenarnya. tak semua orang nak berkat dari Allah, walaupon setiap hari tak tinggal solat, tak tinggal puasa. tapi kadang2 kita kalah dengan harta dunia. tengok concept "hantaran kahwin" dah la sebagai contoh. takda dah, orang buat doa selamat je sebab nak berkat, semua nak grand, sebab malu nanti jiran sebelah mengata kalu buat simple, tak tahan telinga.
padahal, kalu apa yang kita buat tu benar dan kerana Allah, dan berkat Dia, apa la sangat mulut orang tu? bagi 3 minggu je, diam la, abis issue makcik2 tua nak mengata.
haha~ panjang gak, tapi tak panjang cam bebelan ko la sar :P
ok, beb, thanks sebab bagi comment :)
~ahaha. ayat aku macam cik kel kot bila baca. giler entah apa2. :P
erm betul la tu beb. semua dah sebab duit sebab takda duit, tak boleh nak buat apa.
konsep dah buat,lepas tu kene bayar sebab dah guna tenaga kan. kekadang2 kita sendiri yang memang dah terbiasa macm tu kan. sebab takda yang free dlam dunia ni.
mula asalnya tmpt tu tak payah bayar pun. sebab ustazah tu kata free je. ikhlas nak tolong. tetbe mintak bayaran. buakn makcik2 ni tak mampu nak bayar, tapi agak terkejut la bila tetiba ada unsur paksaan. siap kelim balik dari hari pertama mengajar. adoi! terkejut aku dengar.
ok, aku takmo bebel bebanyak dah. sebab aku mak abah aku dah tunggu nak keluar dah. ohoho...
thanks beb. :)
Post a Comment