Sunday, April 15, 2012
Make it easy for your children to marry
By Mufti Menk
"Make it easy for your children to marry. Making it difficult results in much loss in all directions.
Parents should never disagree to the marriage of their child for reasons not sanctioned by the one who gave them that child. The Almighty.
Some parents are so forceful upon their children that it is as though THEY are the ones getting married! Come on you had ur pick, now give the children a chance.
Parents must guide & advise indeed, but also try to understand where the child is coming from. If the Almighty allows it, allow it!
In the same breath, children who don't involve parents in guiding them to making big decisions such as marriage stand to lose much.
It is two way traffic! Understand each other and let the final decision be within whatever the Almighty permits. In this way, we would have fulfilled our duty and will not regret"
Saturday, April 7, 2012
ilmu "free", kerja halal
dari jauh aku melihat seorang sahabat kusyuk membaca dinding iklan masjid,
"ko baca ape tu bro?" sambil mendongak pada tempat yang sama.
"jom belajar bahasa arab, best ni" jawab N dengan penuh minat.
"berapa bayaran?" dengan cepat aku bertanya.
"free ni, takkan kena bayar" jawab N seolah menyindir.
lalu mata aku bergerak keseluruh sudut iklan itu
"RM30 seorang setiap sesi"
aku terus menunjukkan pada harga itu pada si N sambil berkata
"sekarang, semua ilmu nak kena bayar, sapa nak mengajar free"
"laa, aku ingat free, tak nak la kalu camtu" sapa N dengan pantas
lalu kami memasuki masjid untuk mendengar khutbah jumaat.
-----------------------------------------------------------
susah mahu mencari ilmu "free" pada zaman sekarang ini. teringat masa zaman muda-muda, orang kampung mengajar al-quran di pondok kecil kepada kanak-kanak sekolah dengan tidak mengenakan harga sedikit pon. mereka hanya mengharapkan berkat mengajar itu dan dengan harapan mendapat redha dari Allah kerana menyampaikan benda yang baik pada umat islam. tetapi ibu bapa tidaklah begitu kejam dengan mengambil kesempatan terus pada si pengajar, kerana sekali sekala mereka mungkin akan memberikan hadiah kepada mereka, tidak kisahla, sama ada gula, beras, makanan-makanan lain, kain batik atau pelikat dan sebagainya. itu lah rezeki yang Allah berikan kepada mereka ini kerana telah berbakti menyampaikan ilmu Dia. tetapi zaman sekarang, kebanyakkan tenaga pengajar ilmu al-quran akan meminta sedikit bayaran, kalau tidak, tak mungkin akan mengajarnya anak-anak kecik lagi. kita sudah berpaling jauh dari kemahuan berkat Allah itu seperti orang dulu-dulu kala. sekarang, semuanya mengenai "k-ching...k-ching", kalau tidak, "tak mahu jalan".
teringat pada satu kisah, seorang guru yang arwah ayah pernah ceritakan. seorang guru pondok yang mengajar agama dan segala ilmu islam kepada masyarakat. beliau tidak bekerja selain dari menyampaikan ilmu Allah semata dan beliau tidak bergaji se sen pon. tetapi dengan berkat ilmu yang beliau sampaikan, Allah telah pon menghadiahkan nikmat wang dibawah tikar ruang tamu. setiap kali beliau mahukan wang, ada sahaja wang dibawah tikar. oh tidak, bukan sebanyak RM ratusan ribu, tapi sebanyak RM10 - RM50 begitu setiap kali beliau mahukan wang. ya, pada zaman sekarang, mungkin kita akan menyapa, "pakai toyol agaknya orang tu". senang sahaja mulut kita berbicara, tetapi hakikat yang sebenarnya jauh dari akal fikiran yang kita ada.
semalam, waktu saya berjalan dengan seorang rakan, pulang dari gerai makan. disitu terdapat kelab malam yang sentiasa ramai pengunjungnya. tapi semalam ada sedikit berbeza, kerana tidak begitu ramai walaupon jam sudah pon mencecah pukul 10pm lebih. sambil lalu disitu, saya terlihat seorang jejaka berbadan besar dan tegak sedang duduk seolah menjaga sesuatu. saya terlihat pada telinganya, ada tergantung tali "komunikasi". dalam hati, terdetik beliau seorang "bonzer". tetapi orangnya seorang melayu. kami sempat bertentangan mata, tetapi beliau cepat mengalihkan mata dengan pantas menunjukkan muka segan.
dalam perjalanan, sempat saya terfikir mengenai jejaka "bonzer" tadi. sebenarnya, dalam memilih kerja, kita ada terlalu banyak pilihan. terlampau banyak kerja halal yang dapat kita perolehi di kuala lumpur ini, atau dimana sahaja di malaysia, terlalu banyak. tetapi ramai sahaja yang akan memilih jalan yang salah, memilih kerja yang haram, hanya kerana pulangannya yang lumayan. tetapi apakah balasannya diakhir cerita kehidupan? dimanakah wang itu akan kita bawa? tentunya tidak kekubur.
kita harus ingat, rezeki, Allah yang berikan kepada kita. tidak kisah dimana sumbernya, asalkan halal, inshallah sumber itu adalah sumber berkat dariNya. mungkin juga orang akan bertanya, "bagaimana pula sumber dari kerja haram". ya, itu juga dari Allah, semua perkara datang dari Allah, cuma keberkatannya sahaja yang berbeza. kerana hasil yang kita hendak bawa keakhirat itu berbeza.
sesungguhnya, sumber yang haram itu sampai 7 keturunan pon tidak akan habis selagi orang itu tidak bertaubat. dengan bertaubat, semoga Allah mengampuni dan menghapuskan semua dosa darah daging yang ada. inshallah.
wallahua'lam.

Subscribe to:
Posts (Atom)