Wednesday, October 27, 2010

bersabar kerana Allah

awal tahun 2010 aku ada dapat satu interview ni kat kawasan bangsar. malas la nk cakap nama company tu sebab nanti jadi tak baik plak kan. citer ni agak lama tapi aku rasa macam nak citer.

sebenarnya aku tak tahu yang panggil interview tu adalah agency pekerjaan. bukan men semangat lagi aku dapat interview jawatan executive accounts, ingatkan apa sekali agency la plak.

hari aku interview tu ada ramai jugak la yang datang dengan niat yang sama, cuma lain-lain jawatan je, ramai yang datang tu dari bidang IT, so kira aku macam tak ada persaingan la sangat. mula-mula kitorang kena buat test ABCD, soalan boleh tahan la susah, banyak soalan tricky. pastu aku ingat dah abis sekali ada lagi public speaking plak, dibagi tajuk dan kena spontan bercakap dalam bahasa inggeris selama 2 minit. pastu writing test plak kena buat, macam exam dah aku pikir, kali ni soalan tanya bab yang berkaitan dengan background pelajaran aku.

soalan 1 ialah mengenai definition depreciation, aku jawab dengan senang la kira sebab soalan basic sangat, soalan 2 pasal ape entah aku dah lupa tapi macam boleh jawab jugak la. soalan yang ke 3 paling tak best, dalam soalan tanya "what is the difference between OPEX and CAPEX, explain". lama aku tenung soalan ni. dalam otak, ape kebenda la benda ni, pastu aku pikir, selama aku belajar accounting masa diploma, masa aku amik ACCA pon, masa aku kerja dalam bidang accounting dan audit sekali pon aku tak tau dan tak pernah jumpa pon istilah soalan number 3 ni. aku dah mula sedih dah sebab rasa macam tak tau apa la plak, padahal dah kije lama dalam audit firm.

pendekkan citer. pas exam tulis ni, ada lagi satu sesi last, kali ni kami di interview face to face, sorang-sorang. banyak la soalan diorang tanya ada 2 orang interviewer, sorang melayu sorang lagi indian, both pompuan. dalam interview tu salah seorang interviewer tu tanya aku "OPEX dan CAPEX" ni u tak tahu ke, tak jawab pon? (diorang speaking la aku terjemahkan je ni..hehe). aku cakap, never in my life aku pernah tengok pon benda alah tu. orang tu pon cakap, "kalu tak tahu macam mana u nak buat account?", aku dah terdiam, rasa rendah diri sebab tak tahu. takda plak rasa nak tanya balik ape benda OPEX and CAPEX ni, sebab aku dah rasa down. pastu at the end of the session mereka offer aku lain jawatan, iaitu jawatan call centre dalam bank, banyak gaji diorang cakap, starting pon dah RM2500. aku terus cakap aku tak nak sebab bukan dalam bidang aku. (kalu aku ni giler duit, aku dah cakap dah ON je). tapi dalam kepala, aku ingat 2 tahun aku kije dalam bidang akaun dan audit, amik acca lagi, belajar bagai nak mati pastu senang je terima jawatan dalam bidang orang lain. mereka pon cakap, kalu ada kosong mereka akan panggil. aku pon cau la dari tempat tu.

balik umah rasa cam tak puas hati. lama kot sesi interview tu. berapa jam entah kena exam dan menunggu sekali "bila ada kosong baru kami panggil". what????? wasting time betol la aku rasa. macam tu je. aku pon bukak la internet, tak puas hati diorang kata aku tak cukup basic dalam bidang accounting sampai istilah OPEX dan CAPEX pon tak tahu. aku search GOOGLE. sekali ada la kat Wiki. rupenya OPEX ni maksud dia "Operating Expenses" dan CAPEX maksud dia "Capital Expenditure". aku terus cakap. "ek eleh", benda alah ni rupenya. serius sepanjang hidup aku tak pernah agi jumpe perkataan OPEX dan CAPEX tapi kalu operating expenses dan capital expenditure hari-hari aku jumpa masa buat kije.

aku pon terfikir la kan, padahal agency ni nak cari orang kije, pastu masa tanya soalan tanya dalam bentuk short form, mana la orang nak tahu maksud dia. padahal kalu kena tanya apakah beza operating expense dan capital expenditure aku dah boleh jawab dengan baik kot. aku sangat tahu maksud benda alah ni, benda sangat basic untuk accounting nye student. yang menjadi masalah ialah, dari zaman diploma sampai la zaman amik acca, kami tak dibenar menggunakan 'short form', sebab nanti hilang markah. aku pon tanya ramai accounting student yang lain soalan yang sama, mereka pon tak tau jawapan dia, pastu bila aku bagitau maksud dia terus diorang dah tahu ape kejadah benda tu.

sebenarnya yang aku rasa tak puas hati dan down ketika tu sebab wajah dan tonasi interview sorang tu. seolah-olah aku ni memang tak layak langsung jadi accountant. time tu aku sabar je nak cakap, pendam dalam hati. tapi lepas search Google tu aku rasa lega la. bukannya aku tak tahu maksud dia cuma short form yang diorag bagi je yang aku tak pernah jumpa, nasib la kan. sampai sekarang mereka tak call aku, maybe diorang pikir aku tak layak kot sebab benda kecik pon tak tau. huhu~ takpela, janji Allah je yang tahu pengalaman aku di audit firm banyak mengajar aku mengenai akaun, tak perlu diorang tahu pon takpe, maybe future employer aku akan lebih professional.

moral of the story. kalu tak ada rezeki memang tak akan ada, move on cari yang len. bersabarlah kerana Allah dengan apa situasi walaupon kita dihina dan di-downkan oleh orang lain. rezeki datang dari Allah bukan dari mereka-mereka yang bergelar manusia. insya Allah nanti bila dan sampai masa pasti ada orang yang menghargai diri kita yang sepatutnya.

wallahualam.

Friday, October 1, 2010

fairytale wedding ke?



Assalamualaikum.

ni la wedding Nur Nadia SM Nasimudin anak Allahyarham SM Nasimudin, founder of NAZA Group. rasanya hampir semua dah tengok video ni samada di youtube atau pon di facebook. sebelom aku tulis pendapat aku disini, aku nak mohon maaf kepada semua yang terbaca post aku ni, bukan aku ingin mencetus ketidakpuasan hati kepada ahli keluarga, kawan-kawan si Nur Nadia atau pon sapa sahaja yang terbaca entry aku kali ni.

kalu search kat internet dah ramai orang comment pasal wedding ni. ada yang teringin sangat-sangat atau pon angau nak buat wedding seperti ni dan ada juga orang yang tidak setuju dengan wedding besar seperti ini. aku yakin ada satu persoalan yang wujud dalam semua fikiran orang, iaitu berapakah kos yang dibelanjakan untuk majlis seperti itu? adakah ia memakan kos sebanyak 1 juta ringgit? jika kita lihat video clip daripada manggis ni, sudah tentu siapa saja pon boleh agak berapa kos majlis tersebut. jika majlis perkahwinan kawan-kawan aku yang kecil lagi tak grand tu boleh mencecah puluhan ringgit, bagaimana pula kos majlis yang macam naza group ni agaknya?

ramai juga yang risau sebab takut jadi macam perkahwinan artist yang kita dah pon baca kat dalam surat khabar. tak payah la aku senarai kat sini siapa mereka tapi yang kita tahu mereka yang kawin besar macam ini akhirnya bertahan beberapa bulan sahaja. harap-harap tidak lah kan tapi anda fikir sendiri bila dah tengok video yang diiringi lagu best nyayian Taylor Swift itu.

balik pada agama, Islam menyuruh kita supaya tidak melampaui batas. banyak hadis Rasulullah yang menyentuh bab-bab perkahwinan untuk dijadikan teladan. bila melihat video diatas, tidak terlepas dalam fikiran aku untuk menilai majlis itu penuh dengan nilai riak. tidak dinafikan mereka banyak duit dan mungkin juga mereka telah pon mendapat sponser dari banyak pihak untuk majlis se grand itu. tapi islam tidak menyuruh kita melupakan nilai agama dan batas-batas tertentu yang sepatutnya kita lakukan sebagai umat yang bergelar muslim.

anda mungkin perasan masa process make-up, terdedah kaki atau peha pengantin disini. aku assume cameramen yang mengambil gambar ialah lelaki semuanya dan ternyata 'mak andam' pon seorang lelaki. maka, dimanakah nilai seorang yang bergelar isteri? auratnya terdedah disana sini dan telah pon diperlihatkan oleh orang lain dilayar internet. tidak terlupa juga, upacara melontar boquet kepada wanita-wanita yang single, bukankah upacara ini adat perkahwinan dalam agama kristian? aku sedih sebenarnya kerana jika iklan ala-ala santa clause yang ditayangkan dalam tv sempena aidilfitri itu orang boleh marah, kenapa upaca seperti ini mereka tidak complaint pula? dan masih lagi dipraktik ramai dalam perkahwinan orang-orang islam melayu kita.

sebenarnya sayang. pasangan suami isteri kelihatan sangat cantik dan baik. tapi aku pon tak tahu dimanakah silapnya? adakah nilai islam itu tidak sampai kepada orang yang kaya seperti mereka ini, bila tiba soal wedding semua mahukan perkahwinan yang grand dan menunjuk-nunjuk sifatnya termasuklah artist-artist dinegara kita. sesungguhnya perkahwinan dalam islam itu sangat mudah dan murah dan tidak menyusahkan. padahal jika difikirkan duit yang seolah-olah telah pon dibakar itu, boleh sahaja didermakan kepada anak-anak yatim atau pon kepada orang-orang susah dan miskin yang masih lagi memerlukan pertolongan di malaysia ini.

manusia tidak akan terlepas dari penyakit riak dalam hati. semua orang mahu menunjuk-nunjuk kepada orang lain apa yang mereka ada. tapi jika difikirkan dengan logik dan dengan nilai islam, Allah melarang kita mengikut kata-kata iblis dan syaitan. kita tidak sedar sebenarnya kita telah pon dirasuk, tidak semestinya perlu kena histeria dulu baru boleh dikatakan kena rasuk, ini juga bentuk dihasut syaitan kerana syaitan telah pon memgulik hati kita supaya kita merasakan sesuatu itu adalah terbaik dan yang benar kerana Allah, padahal semua ini adalah berbentuk riak atau menunjuk-nunjuk dan seharusnya kita mengelak dari melakukan sedemikian.

kita harus ingat niat perkahwinan kita yang sebenar. perkahwinan itu sesungguhnya sepatutnya kerana Allah SWT dan jika kerana Allah tidak lah perlu melampaui batas dan seharunya mengikut ajaran islam yang sebenar. sebenarnya kita perlu pasang niat kita balik bila hendak berkahwin. sepatutnya berkahwin itu adalah kerana ingin melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. kerana sabda nabi SAW:
"Kahwinlah kamu supaya kamu berkembang biak kerana sesungguhnya aku akan bermegah dengan banyaknya kamu di depan umat lain pada hari kiamat".
maksud nabi dengan perkataan kamu disini ialah umat yang soleh dan solehah yang bertakwa kepada Allah SWT sepenuhnya dan bukan sekadar mengaku islam tapi tidak mengikut kehidupan seorang islam yang sebenarnya.

walaupon banyak cacat cela didalam majlis perkahwinan seperti ini (pendapat aku sahaja), semoga Allah SWT mengekalkan perkahwinan Nur Nadia dan suaminya. seharusnya kita berdoa yang terbaik untuk mereka supaya kekal. kemungkinan besar mereka tidak tahu akan ajaran islam yang sebenar dalam bab perkahwinan sampaikan terlajak mengajurkan majlis perkahwinan yang melampau itu (pendapat aku lagi). semoga juga kita mengambil iktibar dan tidak terperdaya dengan majlis seperti ini. aku masih lagi mengeshorkan perkahwinan 'doa selamat' kerana sesungguhnya yang sederhana itu adalah yang terbaik disisi Allah jika ia dilansungkan kerana Allah SWT semata-mata bukan kerana nafsu atau benda lain. akhirnya melakukan sesuatu kerana nafsu itu tidak akan menguntungkan kita sedikit pon kerana sesunguhnya Allah benci akan orang yang bersifat seperti iblis yang dilaknat itu (sentiasa riak) yang sentiasa ingin menyesatkan umat manusia dari menjejak kaki ke jalan yang diredhai Allah SWT.

wallahualam.