Fuh! 3 tahun berlalu macam tu je sejak aku menulis kat sini. Zaman pon dah berubah, kebanyakkan bloggers dah beralih kepada Vlog di Youtube. Ada bloggers diam terus cam aku. haha. Tapi aku masih seperti dulu, tidak suka tunjuk muka kepada umum. Tak apalah, tak glamer pon tak apa atau dapat duit youtube dengan views. Cukup sekadar berkongsi pengalaman atau pendapat disini.
Harini tiba-tiba aku teringat kepada seorang sahabat yang berkongsi pengalaman suatu ketika dahulu. Dialah yang mempromosikan kepada aku blogging ni. Tanpa dia, tidaklah aku kenali dunia bloggers, dan tanpa blogging, tak jumpalah isteri aku disini. haha. Walauponbagaimanapon, Allah SWT jua yang menentukan segala sesuatu itu, menggerakkan hati manusia untuk melakukan sesuatu perkara. Dia Maha Tahu. Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk bernafas lagi walaupon kita tidak tahu penghujung hayat kita.
Tahun ini aku sudah mencecah umur 38 tahun. Setiap kali hari birthday, aku akan merasa pasrah akan umur aku yang semakin meningkat. Melihat wajah anak sulong aku, yang semakin matang dan semakin bijak berpetah (bulan 11, dah 5 tahun umur dia), membuatkan aku merasa sedikit sedih. Sedih memikirkan, sempatkah aku melihat hari esok? Sempat ke aku melihat anak sulong aku berkahwin? Dalam memikirkan ini, aku hanya berserah sahaja kepada Allah SWT akan masa hadapan. Sesungguhnya, masa itu milik Dia, anak dan isteri juga milik Dia dan juga dibawah jagaan Dia. InshaAllah.
Pada 1.1.2021, tahun baru. Tengahari aku bergegas ke Banting, ada BBQ keluarga sebelah isteri. Ketika itu isteri aku sudah sakit-sakit, tapi dah bersetuju, jika terlampau sakit, kami akan balik ke Ampang untuk urusan bersalin. Lebih kurang 9pm, kami dihalau balik oleh makcik-makcik kerana risau isteri aku akan bersalin didalam kereta. haha. Sampai di Ampang lebih kurang pukul 10.30pm. Isteri aku kali ini sangat relax, tapi aku tahu dia menahan sakitnya. Jenis yang degil juga kerana dapat melawan kesakitan yang dialami. Isteri aku sempat mandi dan mengambil wuduk, lalu membentang sejadah. "Nak solat hajat ke?" Tanyaku. "Aah", sahut isteriku. Aku pon mengambil wuduk dan solat hajat juga dan memohon segalanya akan baik-baik. Dalam pukul 11.30pm kami berjalan kaki ke hospital, nak cepatkan beranak katanya, aku ikut sahaja. haha.
Kali ini, suami tidak dibenarkan masuk ke dalam wad bersalin kerana isu Covid-19 yang entah bila akan reda. Aku balik tidur dirumah (nasib baiklah, umah disebelah hospital sahaja), sedangkan isteri aku berjihad akan nyawanya untuk melahirkan si puteri kami. Rasa sedih juga kerana tidak dapat menemani isteri aku untuk berjihad, melihat wajah anak kedua aku dilahirkan. Tapi apakan daya, jika Allah tidak mengizinkan, aku redha saja.
Masa meninggalkan isteri aku di hospital, jam menunjukkan pukul 1 pagi lebih. Isteriku kelihatan sedih kerana aku tidak dapat bersamanya di wad nanti. Aku tahu dia berasa takut, kerana kali ni dia akan keseorangan tanpa aku menemaninya di wad bersalin. Aku lihat isteriku menahan tangisan tapi dia gagahkan jua bersalam dengan aku. "Abang pegi la tidur, apa-apa nanti saya akan call", "okay", jawabku. Sebenarnya, aku mahu cakap lagi banyak, tapi tiada kata-kata yang terkeluar.
Aku terus balik umah dan cuba untuk tidur untuk mendapatkan sedikit tenaga bagi urusan keesokkannya. Dalam pukul 3.20am aku terbangun dan ke tandas. Tiba-tiba aku terdengar telifon aku mendering. "Alamak, ape pulak ni? harap-harap bersalin la hendakNya", bermain difikiranku. Betol sangkaan aku, Alhamdulillah syukur kepadaNya, beberapa jam sahaja isteri aku daftar masuk hospital, Allah mengizinkan doa kami dan semuanya 'smooth' belaka, isteriku bersalin pada pukul 3.09 am.
Mendapat berita pada pagi yang sama, isteriku dapat keluar wad pada pukul 12pm macam tu. Setelkan bil, xda charge apa2 pon sebab isteri staff hospital (Alhamdulillah). Naik atas wad untuk pickup anak dan isteri.
Macam aku dh sebut kat atas, suami xdibenarkan langsung masuk wad, hanya dibenarkan tunggu dia depan pintu wad sebelah mak guard. Tibe-tibe ternampak isteriku menolak baby dalam trolly. Serta merta aku tibe rasa sebak. Masa tu, lantak la jika ada orang nampak mata aku berair. Rasa syukur x terhingga pada Allah swt kerana selamatkan isteri dan anak kami yang kedua ni. Al-maklum, setiap kelahiran itu adalah jihad bagi si ibu, aku hanya mampu berdoa Allah selamatkan mereka dan syukur doa aku dimakbulkan.
Ntah la, masa azankan baby kat rumah, aku menangis macam ntah pape, isteriku rakam pula dalam video untuk kenangan (hahaha). mengalir air mataku bila menyebut "Allah maha besar, Allah maha besar", syukur kepadaNya, betapa Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada aku dan family selama ini.
Alhamdulillah, 5 tahun dah berlalu sejak bernikah, kini aku mempunyai 2 orang anak. Time flies too fast they say. Semoga Allah terus memberi ketenangan jiwa kepada kita untuk terus hidup dan terus beribadah. InshaAllah.
Semoga berjumpe lagi.
No comments:
Post a Comment