kesabaran dalam pandangan islam merupakan akhlak yang baik dan Allah SWT akan menganugerahkan pahala kepada setiap hamba-Nya yang mampu bersabar.
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib berkata,
"Apabila seorang muslim mendapat musibah, janganlah sekali-kali dia mengeluh kepada Tuhannya." Kemudian beliau berkata, "Dalam kitab taurat telah ditulis bahawa orang yang bersedih kerana dunia, sebenarnya tidak puas dengan aturan Allah. Dan barangsiapa yang mengeluh lantaran ditimpa musibah, maka dia telah mengeluh terhadap Allah."
Rasulullah SAW bersabda,
"Seseorang mukmin yang ditimpa bencana dan bersabar terhadapnya akan mendapat pahala seribu orang syahid"
sumber: Mohd Hasnawi Zainab (penulis buku)
-------------------------------------------------------
maka, marilah bersabar dengan dugaan yang Allah berikan kepada kita, kerana sesungguhnya, kesabaran itu sebagian dari iman seseorang yang bergelar mukmin.
wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment