Wednesday, October 14, 2009

cara solat istikharah

aku dah byk kali menyentuh sedikit sebanyak mengenai solat istikharah. kali ni aku terlintas nk kongsi macam mane nak lakukan solat tersebut.

solat istikharah ni adalah tujuan untuk memohon petunjuk dari Allah mengenai perkara yg menimbulkan keraguan dlm membuat sesuatu penentuan atau pilihan. tak kisah la bab belajar ke, kerja ke, jodoh ke, business ke, apa-apa saja.

dikerjakan 2 rakaat.

lafaz niat:
usolli sunnatal istikhaarati rak'ataini Lillahi Ta'ala.
(sahaja aku solat sunat istikharah 2 rakaat kerana Allah Ta'ala)

rakaat pertama baca al-fatihah dan baca surah al-kafirun.

rakaat kedua baca al-fatihah dan baca surah al-ikhlas.

(note: surah lain pon bole jugak, baca la mana-mana surah yg rase paling sesuai, terpulang pada diri sendiri)

lepas salam baca al-fatihah.

akhir sekali baca doa istikharah seperti berikut:


sila klik pada gambar untuk besarkan imej.

maksudnya:
"Ya Allah, aku memohon agar memilihkan mana yang baik menurut Engkau ya Allah. Dan aku memohon memberikan kepastian dengan ketentuanMu dan aku memohon dengan kemurahan Engkau yang besar Agong. Kerana sesungguhnya Engkau yang berkuasa, sedang aku tidak tahu dan Engkaulah yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa persoalan ini baik bagi aku, maka berikanlah perkara ini kepada aku dan mudahkanlah ia bagi aku, kemudian berikanlah keberkatan bagi aku di dalamnya. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa sesungguhnya hal ini tidak baik bagi aku, bagi agama aku dan kehidupan aku, dan tidak baik akibatnya bagi aku, jauhkanlah aku daripadanya. Dan berilah kebaikan di mana saja aku berada, jadikanlah aku orang yang rela atas anugerahMu"

lepas doa diatas selesailah solat sunat istikharah kamu. afdalnya solat jenis ini dilakukan lepas selesainya solat isyak. sebabnya bila dah solat istikharah bole la terus tidur. mana la tahu Allah nak beri petunjuk pada keraguan kita dalam bentuk mimpi. tapi sekiranya tak dapat dalam mimpi dalam kejadian harian pon bole di anggapkan sebagai petunjuk dari Allah.

contohnya, berlaku sesuatu perkara pada kita yang tidak sekali kita fikirkan akan terjadi tapi kejadian tersebut adalah jawapan pada solat istikharah tadi. lain contoh ialah mengenai suka pada sesuatu atau seseorang. perasaan suka jadi tak suka, perasaan tak suka jadi suka. kalau rezeki baik dapat jawapan dalam mimpi tapi kadang-kadang tak bole pakai jugak sebab takut mainan iblis semata-mata. jadi kena pandailah mentafsir mimpi yang betul atau salah.

dalam bab jodoh misalnya, arwah guru aku pernah berkata, kalau kita mendapat mimpi yang betul jodoh yang kita nampak dalam mimpi itu memakai pakaian yang elok berjumpa dengan kita bukan datang berbogel atau berpakaian tak elok. kalau nampak si dia dari hujung kepala ke hujung kaki berpakaian sembahyang (bagi perempuan) bertemu dgn kita atau berpakaian sopan bagi lelaki, maka mimpi seperti itulah yang sebenar-benarnya datang dari Allah swt sebagai petunjuk yang bermaksud itulah jodoh yang diperkenangkan Allah swt.

jadi petunjuk Allah swt bagi solat istikharah bukan hanya dalam bentuk mimpi, petunjuk lain pon ada juga harus kita pertimbangkan seperti contoh di atas. yang paling penting kita lakukanlah solat ini dengan penuh ikhlas untuk mendapat kebenaran yang diberkati Allah swt. kita haruslah banyak bersabar dalam proses menanti jawapan yang benar. kita jangan mudah putus asa. kadang-kadang jawapan akan diberi mungkin pada keesokannya atau mungkin dalam beberapa tahun kemudian. itulah keistimewaan solat ini sebab ia mengajar kita erti bersabar dan membentuk hati yang redha apabila sudah mendapat jawapan pada persoalan yang ditanya.

wallahualam.

Thursday, October 1, 2009

demi masa

masa berlalu begitu pantas. pejam celik dah pon tahun 2009. aku rase macam baru semalam aku mandi paya bersama rakan-rakan, berlari-lari mengejar layang-layang yg talinya terputus, melastik burung yg tak berdosa, memancing ikan dll. mak aku selalu bising sebab pakaian aku sgt kotor setelah pulang kerumah. betis aku selalu berbirat dirotan sebab balik rumah lepas isyak (adui..sakit..ehe)

"sem ni berapa ratus pelajar baru?" tanya aku pada staf HEP. "dalam 900 org pelajar diploma" jawab en. ismail. "uih..banyak tu, mati kita nak jaga". aku mengeluh. aku sangat bosan menjadi fasi atau lebih dikenali sebagai OC (organisation committee) di kampus uitm. taklimat-taklimat yg diberi oleh staf amatlah bosan. aku selalu tertidor dikerusi paling belakang, jauh dari penglihatan pelajar baru. haha.

"tahniah!..tahniah!" rakan-rakan mengucap pada aku pada hari graduasi. perasaan aku seperti tiada apa-apa. aku blur. mungkin perasaan baru grad ketika itu. hm..

"kerja kat mane?" tanya seorg pakcik. "kerja kat area klcc pakcik" jawab aku. "oh, anak pakcik kerja kat bla..bla..dulu belajar kat bla..bla..bla.." aku melayan pakcik tu sambil menunggu bas.

mak termenung jauh. aku terdiam sahaja. aku tahu mak rindukan ayah. aku pon sama. hari raya penuh dengan keceriaan, hati yg redha dan bercampur sedih. aku dengan tema hitam lagi, mengubat luka hati dengan tidor. gambar keluarga kali ni tak ada ayahanda didalamnya. sayu kami melihat gambar itu. teringat raya tahun lepas ayahanda sangat gembira, rupa-rupanya raya beliau yg terkahir. siapa sangka.

hp aku berdering, mak yg telipon. "assalamualaikum, kamu sihat? tanya mak. "sihat" jawab aku. "buat ape, dah dapt kerja blom? tanya mak lagi. soalan cepu emas. "dah dpt interview, jumaat ni, insyaAllah kalu ade rezeki dpt kot jawatan tu" jawab aku. (abis plan aku nk buat kejutan, akhirnya terpaksa beritahu jugak sebab aku tak pandai menipu mak)

itulah 'flash back' idup aku secara ringkas. ia berlalu dgn begitu cepat. tapi mengingatkan aku tuk hargai mase dan hargai kenangan yg telah aku lalui. kesabaran amatlah diperlukan. setiap yg berlaku mesti ade hikmah-Nya. semuanya bermakna.

marilah kita menghayati firman Allah S.W.T.

(Surah Al-'Asr)

1. Demi masa.
2. Sesungguhnya, manusia berada dalam kerugian.
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.