Thursday, November 18, 2010

kahwin awal?

assalamualaikum.

isu ni sangat menarik sebenarnya dan topik perkahwinan awal ini mesti la ada pro and cons dia. bagi saya kalau dah mampu atau ada duit dan diusia muda sekali pon, mak ayah dah setuju apa salahnya kawin awal, lagi baik dari berkepit disana sini, jadi maksiat pula. takkan la tak tahu orang muda bercinta macam mana, tersentuh disana sini, terpandang yang tak patut, terlanjur kata-kata larangan dan sebagainya, dan jika ia melibat tercetusnya nafsu walau sedikit pon ia sudah jadi haram disisi Islam, kerana bukan muhrim.

so, kalu dah ready dari segala segi tak salah pon kawin awal. saya perasan satu benda sebenarnya. kebanyakkan orang yang dah kawin akan cakap setuju kawin awal kerana mereka sudah pon melaluinya dan berjaya buktikan kepada diri mereka sendiri dan juga kepada semua orang yang kawin awal boleh berjaya. dan orang yang masih belajar atau belom ready akan bantah dengan isu ini, kecuali mereka-meraka yang masih belajar tapi ada perasaan nak kawin dan tak takut dengan tanggungjawab yang bakal mereka hadapi.

bila kita sentuh pasal kawin, kena betolkan niat kita dulu. untuk apa kita mahu kawin? kalu sekadar kerana pergi reunion tak ada pasangan atau orang bertanya "mana orang sebelah?" ketika hadir majlis kahwin tak patut lagi kawin. kalu umur semakin meningkat, kewangan pon dah stabil dan sudah sampai masa, dalam diri rasa nak kawin kena la ada usaha mencari pasangan untuk mendirikan rumah tangga. sessunguhnya dengan cara solat sunat istikharah sangat membantu.

nabi kita ada menyebut dalam hadisnya, berkahwin la untuk mendapat zuriat yang soleh, kerana beliau akan berbangga kepada orang kafir kerana begitu ramai umat islam yang soleh diakhirat kelak. maka niat utama kahwin ialah untuk melahirkan zuriat yang soleh. jadi untuk mendapat zuriat yang soleh, ibu bapanya kena soleh dulu. kalu ibu bapa dah out macam mana pula dengan didikan agama anak-anak mereka nanti. maka sebelom kahwin kena ada ilmu mengenai agama.

yang menjadi masalah orang sekarang ialah nak kawin sebab tengok kawan dah kawin, tengok mereka seronok pula padahal ilmu masih lagi tak cukup. tak perlu la kita ikut orang lain jika diri kita masih lagi tak ready dari segi fizikal, mental dan agama. tak hairan la jika kita selalu terbaca diruangan akhbar orang bercerai selepas kahwin beberapa bulan, isteri dipukul dan sebagainya.

soal kewangan saya tak rasa ia satu masalah pon. jika kita rasa kita ini umat Islam yang setia, berikrar dengan janji Allah, berjihat dijalan Allah dan berkorban kerana Allah, soal kewangan tak akan timbul, kerana kita tahu rezeki itu datang dari Allah SWT. bukan dari manusia atau dari sumber selain dari yang maha berkuasa. jika kita pikir seperti ini, saya yakin kita tak akan takut untuk kawin awal, terutamanya jika sesiapa yang memberi alasan tak ada duit. jika tunggu ada duit sampai bilakah mahu batin dalam diri tersiksa? ya, dengan berpuasa ia membantu. tapi itu bukan cara terbaik, ia sekadar menepis perasaan dalam diri atau menangguhkan perasaan tersebut. sebenarnya nafsu harus disalurkan kepada saluran yang betol dan satu caranya ialah dengan berkahwin.

isu yang berkait rapat dengan isu kahwin awal ialah mengenai hantaran. suatu ketika dahulu ketika saya bekerja part-time di JUSCO di KL, saya sempat berkenalan dengan beberapa orang yang kawin awal, ada yang se awal usia 18 tahun. mereka ini lepas saja tamat persekolahan mereka berkahwin. bila ditanya, kenapa kawin awal, beliau jawab, sebab nak elakkan maksiat, kerana hari-hari bawak awek naik motor tak elok juga, berkahwin mengelak semua itu sebab sentuhan pon sah. saya tanya lagi, bagaimana pula dari segi hantaran? dia jawab, tak ada hantaran, buat doa selamat. majlis kecil-kecilan kat bawah flat. ibu bapa ok je. yang paling terkejut lelaki yang saya tanya ini ialah orang KL. saya tak sangka masih ada orang KL-islamic seperti beliau dan pada usia yang sangat muda. ketika saya bertanya itu, beliau sudah pon berusia 21 tahun dan mempunyai seorang anak. dan beliau sangat matang dari segi perwatakan. isteri beliau sama baya dan juga bekerja mencari rezeki. cuba anda bayangkan, bekerja di JUSCO part-time anda akan mendapat gaji sebanyak RM500-600 sebulan, dan beliau mempunyai seorang anak. tapi tak ada sedikit pon tanda ragu pada muka beliau dengan rezeki yang Allah mampu beri padanya. jadi jika mahu kawin awal, kena lah matang, dan menpunyai kepercayaan tahap tinggi dengan rezeki yang Allah bagi, atau dengan erti lain kena tahu ilmu agama.

bagi saya, memang sukar untuk masyarakat zaman sekarang nak lepaskan anak mereka untuk kahwin awal. maaf saya katakan, terutamanya keluarga yang kurang dari segi nilai agamanya. sebenarnya masyarakat kita kalah bila berdepan dengan soal perkahwinan. bila sebut kahwin sahaja mesti mahukan hantaran yang tinggi-tinggi sebab tak nak kalah dengan jiran sebelah. atau pon jika tak ada hantaran langsung akan dianggap "jual anak". saya sebenarnya kurang faham, sebab macam mana ini dianggap jual anak, sedangkan, bila kita meletak harga pada hantaran itu sebenarnya adalah seolah menjual anak-anak kita, padahal dalam islam tidak ada menyebut isu hantaran ini dan ia hanya sekadar adat semata. realitinya, semua orang tahu tentang hantaran. jika anak pompuan mereka ada segulung ijazah misalnya, mesti la nak hantaran mencecah lebih dari RM10K. itu belom lagi bila anak mereka graduan luar negara, mesti mahu cecah RM15K atau lebih. jika graduan masters atau phD macam mana pula?

ramai pelajar mahu kawin awal kerana mereka takut berbuat maksiat dan takut dengan azab Allah jika terlibat dengan maksiat. kadang-kadang, ada juga pelajar yang sudah pon berusia, tapi nasib mereka tak seberapa baik berbandingkan orang sebaya mereka yang telah pon bekerja atau dikatakan kukuh dari segi financial. ramai orang sebegini dan masyarakat amat kejam kepada pelajar muda misalnya kerana, kebiasaannya syarat untuk "mengambil" seseorang anak gadis mestilah mempunyai kewangan yang kukuh, atau bekerja tetap, ada rumah, ada kereta. adakah wang menjamin kebahagian seseorang? atau meningkatkan keimanan sesebuah keluarga itu? padahal benda yang baik disisi islam kita abaikan, kita tetap dengan pendirian kerana adat yang menjadi sebati dalam diri kita.

saya timbulkan isu ini kerana, ingin menanyakan satu soalan. jika hantaran begitu tinggi dan syarat begitu banyak, macam mana mahu kawin? tepuk dada tanya diri, ibu bapa anda letak hantaran berapa jika orang mahu masuk minang? bagi yang ada duit oklah, jika orang yang berpedapatan kecil macam kawan saya yang kerja di JUSCO tadi macam mana mahu kawin agaknya? jika sentuh hal ini saya ada satu lagi kawan. dia mempunyai diploma, gaji rendah sahaja. bakal isteri dia adalah seorang lawyer, dan hantarannya sangat tinggi. kerana ingin "meet the demand", dia terpaksa kerja 3 kerja setiap hari. pukul 3 pagi baru balik umah untuk mencari duit demi berkahwin. cuba anda bayangkan, 2-3 tahun bekerja untuk meet demand ini dan pada hari majlis, anda telah pon berbelanja usaha titik peluh anda tadi sepenuhnya padahal duit yang disimpan tadi bole digunakan untuk downpayment membeli rumah misalnya, atau pon membeli kereta bagi pasangan yang baru kahwin atau simpan untuk backup expenses anak pertama atau anak kedua.

benda ini anda akan rasa remeh sahaja kerana ia tidak kena atas batang hidung sendiri, jika sudah sampai masa nanti anda rasa mahu berkahwin dan situasi seperti ini berlaku, anda juga akan rasa tertekan. saya kesian dengan kawan saya yang bersusah payah untuk berkahwin, padahal majlis hanya untuk sehari sahaja, keesokan harinya, seolah-olah sudah pon membakar ribuan ringgit, dan untuk apa majlis grand dan hantaran yang tinggi sebenarnya? dalam islam tak ada pon kata wajib hantaran. sebenarnya, nak berkahwin senang je, tak kisah la umur berapa, dah sedia, ada rasa tanggungjawab, ada ilmu, ada mas kahwin, ada akad nikah, majlis kecil-kecilan (doa selamat), sah la perkahwinan tersebut. tapi manusia yang menyusahkan perkahwinan ini dengan pelbagai adat dan syarat yang harus di ikuti.

saya diakhiri dengan:

1. yang couple, solat lah istikharah untuk kenal pasti jodoh itu benar atau tidak.
2. kalu ada pasangan, umur masih muda, nak kawin, teruskan, rezeki Allah yang bagi, lepas kahwin mesti Allah tolong (tapi pastikan sudah sedia dan ilmu agama sudah cukup.)
3. kalu takda pasangan, umur muda, masih belajar, jangan nak gatal, sabarlah, berpuasa jika perlu, tambah ilmu sebelom berjumpa jodoh.
4. takda pasangan, duit dah banyak, cari jodoh, solat istikharah, solat mintak jodoh, solat la apa-ape pon semoga bertemu jodoh.

saya yakin akan ada yang tak bersetuju dengan post saya ini, maka segala kesalahan datang dari saya sendiri dan yang baik itu datang dari Allah SWT.

wallahualam.

10 comments:

Nooreena said...

Selamat hari raya korban Hansuke! Beraya di mana tu? Sempat tulis entri best ni. Nak tanya, kamu termasuk dalam golongan no. 1, 2, 3 atau 4?


PS: Ada bau nasi minyak~

MarsMaseira said...

a good post. since I'm not into these things anytime sooner, I'd just like to write a few points to ponder.

1. jujur, saudara terdekat saya berkahwin di usia muda, masih belum stabil kewangan, memang Hansuke cakap rezeki Tuhan yang bagi, tapi apa yang saya lihat dan selami dari saudara terdekat itu, perit untuk ditelan. hidup ni tak mudah, sedangkan jaga diri sendiri pun payah, apatah lagi bila WAJIB menjaga orang lain juga.

2. hantaran. memang dalam Islam hantaran itu tidak wajib. yang wajibnya mahar perkahwinan. di Malaysia, setiap negeri dah menetapkan mahar itu (maskahwin) dengan nilai yang berbeza. tapi kalau diikutkan, sebenarnya, terpulang pada pihak perempuan untuk menentukan. Pernah tonton ketika cinta bertasbih? Saya sarankan Hansuke tonton cerita itu, terutama bahagian di mana si perempuan meminta mahar. maharnya berbentuk tiga syarat sedangkan si lelaki mampu memberi seberapa banyak nilai wang yang dimahukan. bagi saya, hantaran kepada pihak perempuan itu adalah untuk membantu dari segi belanja perkahwinan. memang kita harus ikut agama, tapi kita juga ada adat. dan pendapat peribadi saya adalah, memang belanja kahwin itu besar, tapi saya rasa lelaki ini in general, suka kepada perkara yang hard to get. bila senang nak dapat, senang juga diabaikan dan dilupakan. kalau susah, mesti akan difikirkan banyak kali kalau nak dizalimi apatah lagi melepaskan dsb.

3. dan untuk cerita kawan hansuke yang terpaksa bekerja keras untuk berkahwin dengan isterinya seorang lawyer, daripada apa yang saya belajar, pasangan kita tu kene sekufu. sama taraf dari pelbagai aspek, termasuk juga keturunan, agama, sifat, dsb. supaya tidak timbul perbezaan ketara yang boleh bawak kepada perkara-perkara yang tidak baik. ada juga rakan saya yang akademik dan gajinya lebih tinggi dari si suami, tapi si suami tak pernah pun gagal bagi nafkah, sampaikan si isteri ni merungut pada saya, duit gaji dia tak tau nak buat apa sebab semua ditanggung suami. apapun, cari lah yang sama taraf (tak semestinya dari segi akademik atau profession shj. tau :P)

just my 2 cents. :P

hansuke said...

Nooreena:

salam. saya beraya di rumah sewa, tido..:)

hm..tak tergolong dalam mana-mana number tersebut, kalu tergolong pon saya adalah dalam golongon nombor 5 kot. hahha~

kalu dah bau-bau nasi minyak takda saya tulis macam ini pulak kan?..

hansuke said...

MarsMaseira:

salam.

saya dah tengok pon citer tu..:)
tapi back to realiti la kan, tak ramai pompuan yang tak nak buat majlis besar-besaran, kebanyakkan akan mahu juga. ada beberapa wanita yang saya jumpa mula2 memang dia nak buat majlis kecil2, tapi bila dah start bekerja, fikiran sudah mula jadi lain. hm..

ya, memang hidup ni susah sebab perlukan wang bukan? tapi dari segi apa sebenarnya manusia mengukur susah atau kebahagiaan itu dengan nilai duit? banyak manakah duit yang perlu ada untuk kita bahagia? sedangkan manusia tidak pernah cukup dengan duit kerana sentiasa mahukan yang lebih.

arwah ayah saya pernah kata dulu, "nanti bila dah masuk umur 26, dah boleh la kawin, tapi kalu nak teruskan akan sakit sikit la". saya ingat kata-kata ini, "sakit". dan saya faham ayah saya bermaksudkan dengan wang. tapi dia tak kata tak boleh lalui benda tu dan dia ada memberi keizinan untuk membuat sedemikian, sesungguhnya doa dan restu ibu bapa itu amat diperlukan oleh seseorang anak.

bila lihat balik pada kisah mak ayah, mereka dulu pon kahwin sekecil majlis yang mungkin, tapi akhirnya tidak sama sekali menyekat kejayaan ayah, beliau sempat melanjutkan pelajaran diluar negara membuat masters n phd. anak-anak semuanya berjaya dalam hidup walaupon kami tak lah kaya tahap dewa seperti yang orang kejarkan. rezeki Allah yang tentukan kita kena percaya dengan penuh janji-janji Allah kepada orang beriman.

adat. itu la jawapan yang selalu saya dengar, kena ikut. ya, saya setuju adat tak bole dilupakan. dan saya adalah seorang yg ikut adat juga. tapi bila adat itu lebih kepada pembaziran atau dalam erti islam melampaui batas, maka ia sudah tidak lagi jadi relevant untuk ikut. kita sebenarnya, ada pilihan, islam kata takda hantaran, dan adat kata ada, dan orang kata hantaran itu untuk kenduri atau majlis bukan? tapi bukankah doa selamat itu juga adalah seperti kenduri? kita keluarkan duit untuk orang lain makan dengan niat mahu 'beri org lain makan'. keluarkan RM1000 ringgit pon sudah cukup untuk makan ahli keluarga dan orang tertentu yang dijemput hadir. still ada pilihan, nak bazir atau nak bijak berbelanja?

sekufu. hm, bagus kamu sentuh bab ni. ia sebenarnya amat rumit. dan saya amat menjaga perkara ini sebab ia memang perkara yang sangat penting, sebab itu la saya sebagai orang lelaki tak pernah penat belajar untuk meningkatkan ilmu, menaikkan taraf diri supaya tidak timbul isu ini kelak. jika sebut pasal sama taraf ni, bagi saya, tak kisah la kita ni macam mana, jika agama cukup untuk keakhirat sudah memadai. yang penting pemikiran yang dibawa bersama, untuk apa, dan untuk siapa, bagi saya mesti kedua-kedua suami isteri memikirkan kerana Allah. wanita kena ikut syarat seseorang isteri dan lelaki kena ikut syarat seorang suami, tak sesekali pon memikirkan soal gaji, atau pon mengungkit2 sesama sendiri. baru la tanggungjawab mengikut islam itu dipatuhi dan isya Allah kekal, sama la mcam contoh kawan awak tu kan?..:)

thank you for your comments, really appreciate it..

MarsMaseira said...

"keluarkan RM1000 ringgit pon sudah cukup untuk makan ahli keluarga dan orang tertentu yang dijemput hadir."

kalau ramai saudara-mara, dan kawan2 ayah mak dan sendiri, cukup ke 1000? Macam taaakk je :P


"still ada pilihan, nak bazir atau nak bijak berbelanja?"

now u sound like iklan persatuan pengguna OK. Jadilah pengguna yang bijak berbelanja :P HEHE

hansuke said...

marsmaseira:

haha. depends la orang tu nak majlis besar mana. kalu jemput ahli keluarga sahaje, insya Allah cukup. kalu nk jemput ramai sikit mesti la bertambah kos. jangan pikir kita di kl saja, saya tulis secara general, malaysia ni kan besar, ada negeri yang kos makanannya murah saja tak macam kat kl ni.

macam kamu cakap la kan, "I'm not into these things anytime sooner" so i assume u haven't met people with such issues.

saya tulis semua ni pon atas dasar ramai pihak. kita kena face the fact la kan, tak semua orang boleh kawin dengan majlis yang besar-besar. tapi semakin ramai yang dah sedar tentang kerugian majlis yang besar ni sebenarnya. sebab 'the main' reason nak kahwin tu pon sebab nk sah nikah, nk sah ikatan, sentuhan, bukan pada majlis yang besar2, dan kadang2 hanya akan mewujudkan rasa riak dalam hati.

kamu pon tahu, student zaman sekarang banyak hutang, PTPTN, mara, jpa, atau pinjaman bank untuk melanjutkan pelajaran. bila dah grad nanti belom ape lagi dah ada banyak hutang untuk langsaikan. tu belom masuk lagi hutang kereta, rumah, credit card dan lain-lain. maka, bila dah tiba masa nak nikah, ramai yang tak mahu pinjam dengan bank untuk kahwin sebab hutang sudah banyak. so bila dah banyak hutang, mereka ini akan tertekan sebab bila tiba "masa", perasan mahu nikah itu tidak boleh dielakkan. so, terpaksala kije macam nak mati untuk cari duit nak kawin. padahal ada ramai yang kawin buat doa selamat, memberi contoh yang baik, bukan mereka tak tahu tapi malu dengan masyarakat yang akan mengata kalu tak buat majlis besar-besar. "anak makcik minah jiran sebelah tu, buat doa selamat..entah2 dah terlanjur ke ape"..contoh gosip orang2 kita..:)

kalu ada masa, awak kaji la sendiri, kat malaysia ni, trend kawin doa selamat hanya akan berlaku jika kawin kali kedua selepas bercerai, atau kawin isteri kedua dan isteri seterusnya. kita tgk artist kita misalnya, era fazira, kawin hampir rm100k gitu tapi bercerai, bila kawin 2nd time dah buat doa selamat dah, hantaran sebuah al-quran, alhamdulillah kekal sampai sekarang.

kamu tahu pasal trend student kawin di oversea? kalu kat luar malaysia mak ayah tak kisah pon kawin doa selamat, janji anak mereka selamat, sebab mereka kan jauh, tapi bila kat malaysia diorg kisah la sebab takut masyarakat mengata, kawin luar malaysia orang tak akan mengata sebab yela ada alasan la kan, duit sikit, keadaan memaksa la apa la. so, nanti kamu bila dah sampai UK atau US, dah jumpa jodoh, nikah cepat2, tak payah buat majlis besar2, lain la kamu yang 'type' nk majlis besar ni kan..huhu~

takpe la. saya cakap lebih pon, saya tahu kamu tak akan bersetuju juga. yela, pendapat masing-masing la kan. ramai yang tak setuju dengan pendapat ini sbrnya, dah ramai orang bangkang bila saya kemukakan isu ni, especially orang yang begitu kuat memegang adat2 sampai melebihi agama. tapi alhamdulillah la ada juga yang stuju, itu pon sebab mak ayah mereka ni dulu buat doa selamat, so mereka tak kisah kalu anak mereka ikut jejak sama.

apa2 pon, thanks for the comments.

Nooreena said...

Hansuke, cepat kahwin. Saya nak tengok kamu berbelanja bagaimana. ;)


PS: Serius saya suka jawapan kamu.

MarsMaseira said...

saya tak kata pun tak setuju dengan awak. cuma saya sedia maklum tentang kos perkahwinan zaman skarang. lagi-lagi dekat KL, where all the wedding-related bussiness tumbuh macam cendawan :)

ape pun, for me, sape-sape yang nak kawen, kawen ikut kemampuan. kalau mampu nak jemput satu malaysia, sile kan. kalau agak-agak mampu jemput satu kampung aje pon silekan. janji kita sedar diri :D takkan lah bakal suami gaji tak sampai tiga ribu nak mintak majlis macam sheikh muszaphar kot, hantaran siap ade SK-II lagi :P

ops lagi satu, mesti awk igt saye ni nak buat besar-besaran ye? HEHE. tak tau lah bila sampai jodoh nanti duit simpanan ade takat mane :P yang pasti, memang ade hajat nak jemput ramai org, tanda terima kasih to those that had made me what I am today, tak kesahlah walau satu doa sekalipun :D kire skali lah. 2 in 1 :P

hansuke said...

nooreena:

insya Allah, saya nak buat ikut apa yang ada dalam otak saya ni. kalu tak buat akan jadi hipokrit pulak kan..:) tapi naluri saya lebih kepada islamic, walaupon ia melanggar adat sekali pon.

tapi jika ditakdirkan belah pihak pompuan nanti tak boleh terima cara islam ini maka terpaksa la saya step down, kurangkan adat yang tak patut, takkan la nak tolak jodoh sampai gitu sekali kan?

sebenarnya, kalu ikut adat ni kan, banyak benda yang tak kena, latest berita saya dengar, benda ni berlaku baru semalam, peristiwa ni berlaku dalam sebuah negeri ni la, mengenai "TOL" masa akad nikah, masa nk sanding dan masa nak tido malam pertama. beristigfar panjang la kalu kena bakal isteri macam tu, dan benda yang macam ini la saya doakan untuk dijauhi. bolehkah bagi tol masa malam pertama? cuba bayangkan? bagi saya, perkara pertama terlintas dalam hati bila dengar citer ni ialah "macam pelacur dah bagi duit...". nauzubillah.

entah la nooreena. semakin banyak islam kita mahukan semakin payah ia jadinya, ramai orang akan tentang. itu la dugaan mungkin..:)

semoga Allah SWT memperkenankan doa saya. insya Allah.

hansuke said...

marsmaseira:

haha. saya maybe agak extreme sebab bagi saya kalu boleh semua org patut buat doa selamat tak kisah la kalu dia kaya tahap gaban sekali pon.

hm..mesti awak rasa pelik kan, kenapa la saya begitu extreme?

ok macam ni. ingat tak nk bagitau tapi alang2 share saja la pendapat saya dan rakan-rakan yang turut bersetuju.

kamu tahu kan doa selamat tu macam mana? akad nikah takda kad jemputan, takda sanding, takda pelamin dan macam2 la yang sewaktu dengannya. yang ada hanya majlis kenduri doa selamat tu dan orang-orang yang dijemput hadir.

ok, disini, majlis doa selamat itu la yang sepatutnya mengikut kemampuan seseorang. kalu kaya jemput la ramai mana pon, jemput sekampung lagi bagus (kalau mampu), sebab itu yang islam katakan atau mengshorkan. ada hadis nabi, "majlis paling buruk ialah majlis dimana orang-orang miskin tidak dijemput". kadang-kadang kita ada jumpa kan orang kaya buat majlis dalam dewan dan orang lain tidak dijemput selain yang dijemput sahaja (yang kaya-kaya), padahal duit banyak atau kaya, kos kawin cecah berjuta ringgit. sedangkan umat islam masih ramai yang kebulur tidak dapat makan, mereka senang2 saja abiskan duit itu dengan benda yang tak berfaedah dari sisi islam. padahal bole je niat sedekah, buat majlis jemput orang makan, orang lain bersyukur dapat makan, mereka juga yang dapat pahala.

satu lagi, doa selamat ni sekali sahaja. akad nikah dan majlis di dalam satu majlis dan tak perlu lagi pergi 'hantar pengantin' untuk kenduri pihak lelaki. maka, takda la majlis sampai 2 kali. tak rugi masa dan tenaga dan duit. hahah~

kawan kepada kawan saya pon dah buat benda ni. dia memang islamic nak nikah ikut islam, tapi pihak pompuan begitu mengikut adat nak ada hantaran dan sebagainya la kan. akhirnya, parents si laki pergi jumpe parents pihak pompuan, dan akhirnya keputusan dua belah pihak, pihak laki bersetuju untuk membayar semua kos kenduri majlis doa selamat pihak pompuan, abis RM6000 semuanya, dan tak ada kenduri dipihak lelaki. RM6000 agak banyak la jika kita fikir dari segi kenduri kan, saya fikir satu kampung boleh dijemput hadir. bagi saya hal macam ni sangat praktikal sebab, pihak lelaki yang mengeluarkan semua kos, pihak pompuan tak perlu keluarkan apa-apa kos pon. yang paling penting tujuan utama dah pon selesai, akad nikah yang sah, orang dijemput, ahli keluarga terdekat pon ada, supaya orang lain tahu pasangan telah pon bernikah, dan ini hanya untuk 'memberitahu' orang ramai supaya tidak menimbulkan fitnah.

klau la ramai orang pikir macam ni dah ramai orang boleh kawin cepat, tak perlu susah2 tangguhkan perkahwinan untuk meet the demand. apa yang kita paling takut ialah bila dah lama sangat kena tunggu takut pula tercetus berzina sana sini, dan banyak la anak luar nikah yang kena buang.

isk, saya tak kata pon kamu nk majlis besar-besar..saya hanya cakap "kot2" kamu 'the type' yang nak majlis macam tu..:) any how, macam saya kata la kan, it's by choice, kalu kamu rasa tak membazir membelanjakan sebahagian duit yang ada untuk semua tu terpulang la, janji hepi..:)

wallahu'alam