Tuesday, December 27, 2011

waiting is blessing

Love is a mysterious thing, it catches you in an instant, one moment you are doing fine, and before you've realized it you've already fallen in love, that's how scary it is.

In some cases, it truly was not meant to be, that's why all those love people seek didn't end so well, and I truly believe that is fate. Surely one day it's our turn to meet 'the one'.

And the only patient is time. Only time that awaits us to see the day. The day that we'll be united with our 'other half', and that day we will be truly blessed to Allah, because for all those years of waiting was worth the wait. (Insya Allah).

I guess for now, the only thing to do is wait, well with faith too..:)


-----------------------------------------------------------------

the above was my comments for a blogger. i never knew, that my words would bounced back at me..but it did. hehe~ hopefully, i can truly wait with patient and faith. inshallah.

Friday, December 23, 2011

craving for your love

what is this sorrow i feel?
the search for answers no where it could be
the one who exist but yet could not be found
the one that gives life
the one that i'm in love

sunk in darkness of mind and thoughts
no where to be heading
i flew into the black clouds of hope
as lonely nights pass me by
day after day, the child that scream
turns out to be the sound of my heart

i seek your love
regrets that fill all the wonders
i kiss my old rag and ask for mercy
and you are so kind
every time you touch me with your hands
and not once i see them
but yet i can feel its breeze
it reflects your pure love
even though i feel i don't deserve it

once i have tried to reach for wealth
you gave me a taste of bitter and sweet
nor i liked it even a moment
to have a gold that only turns to instant stone
in the end i can only weep
and again and again
only emptiness that fills my dead meat
what else should i seek instead?

oh my love
lead me in this mysteriuos world
i shall not know what will be next
thus i live with only hope
to gain your love now and after

oh my love
you are my only true lover
lend me your might
lend me your spirit
lend me your mercy
as i crave for your love

- hansuke roma

Thursday, December 1, 2011

Who is at my door?

He said, "Who is at my door?"
I said, "Your humble servant."
He said, "What business do you have?"
I said, "To greet you, 0 Lord."

He said, "How long will you journey on?"
I said, "Until you stop me."
He said, "How long will you boil in the fire?"
I said, "Until I am pure.

"This is my oath of love.
For the sake of love
I gave up wealth and position."

He said, "You have pleaded your case
but you have no witness."
I said, "My tears are my witness;
the pallor of my face is my proof.'
He said, "Your witness has no credibility;
your eyes are too wet to see."
I said, "By the splendor of your justice
my eyes are clear and faultless."

He said, "What do you seek?"
I said, "To have you as my constant friend."
He said, "What do you want from me?"
I said, "Your abundant grace."

He said, "Who was your companion on the 'ourney?
I said, "The thought of you, 0 King."
He said, "What called you here?"
I said, "The fragrance of your wine."

He said, "What brings you the most fulfillment?"
I said, "The company of the Emperor."
He said, "What do you find there?"
I said, "A hundred miracles."
He said, "Why is the palace deserted?"
I said, "They all fear the thief."
He said, "Who is the thief?"
I said, "The one who keeps me from -you.

He said, "Where is there safety?"
I said, "In service and renunciation."
He said, "What is there to renounce?"
I said, "The hope of salvation."

He said, "Where is there calamity?"
I said, "In the presence of your love."
He said, "How do you benefit from this life?"
I said, "By keeping true to myself

Now it is time for silence.
If I told you about His true essence
You would fly from your self and be gone,
and neither door nor roof could hold you back!

Rumi - In the Arms of the Beloved

Source: http://www.khamush.com/love_poems.html#

Sunday, November 27, 2011

hijrah, bukan sekadar perkataan

hijrah. bukan sekadar perkataan, ia adalah perbuatan bagi kita untuk ikuti. rasulullah telah pon mengajar kita erti hijrah itu sendiri. iaitu perpindahan dari satu tempat ke suatu tempat lain bagi mengubah cara hidup yang lebih baik.

hijrah datangnya dari diri kita. atau dengan erti kata lain, hijrah ialah perubahan. dan untuk berubah mestilah dengan muhasabah diri. kita harus mengenangkan perbuatan buruk yang telah kita lakukan di sisi Allah swt dan berhijrah untuk menjadi lebih baik, malah meninggalkan perbuatan yang tidak baik itu.  itulah hijrah dari pandangan islam.

apabila kita hijrah, kita harus berubah. segala perbuatan lama kita tinggalkan. tidak mahu kembali lagi kepada keadaan yang lama. kita berusaha menjadi lebih baik kerana Allah swt dan bukan kerana keuntungan diri sendiri atau pun dengan sebab-sebab lain.

muhasabah diri selepas hijrah adalah terbaik. ia merupakan cara untuk kita mengingati kesilapan lama dan dengan harapan kita menyesal dan tidak mahu mengulangi lagi perbuatan tidak baik kita yang dulu kerana inginkan keredhaan Allah itu sendiri. redha Allah harus dicari, setiap hari, dan bukan apabila dalam keadaan susah sahaja.

bila sudah berhijrah. carilah teman baru, iaitu teman yang lebih baik dan sebolehnya alim dalam ilmu agama. mulalah bersinggah di tempat ibadah seperti surau, masjid atau majlis ilmu. supaya kita sentiasa berada dalam jagaan yang baik dan tidak mahu kembali kepada diri yang dulu.

tambahkan solat, dan ibadat kepada Allah. bacalah Al-Quran dan maksudnya. dan kita sentiasa perlu bertaubat dan berzikir kepada-Nya.

--------------------------------------------------------------

itu lah isi yang aku dapat dari mendengar khutbah jumaat tempoh hari. aku ingin menyampai kepada yang sudi berubah dan ingin mencari redha Allah swt. semoga Allah sentiasa menbimbing sesiapa yang mencari redha-Nya.

sebenarnya, masa aku dengar khutbah ni aku berada digerai makan sebelah masjid kat subang. dari ofis client, tak sempat langsung nak makan, so aku benti sekejap untuk memakan sesuap nasi. sedap sungguh nasi tu, mungkin sebab sambil mendengar khutbah yang penuh bermakna. ia satu peringatan untuk diri aku juga. dengan tidak sedar, aku makan sambil bergenang air mata. aku cuba sedaya upaya untuk hentikan air mata dari jatuh kedalam nasi. sungguh sensitif hati sekarang. pantang langsung dengar citer berubah, mula hati jadi hancur berkecai dan semangat untuk menjadi lebih baik kembali membara dan penyesalan yang tidak terhingga kepada dosa-dosa lama. semoga aku juga dapat menikmati nikmat syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai dengan orang-orang yang tercinta.

semoga Ma'al Hijrah kali ni dapat di hayati sepenuhnya oleh semua, inshallah.

wallahua'lam.

p/s: disebabkan ada yang bertanya, lepas makan aku terus ke masjid, dengar khutbah sampai waktu solat. sekian.

Saturday, November 12, 2011

an act of selfishness

sometimes we expect a person to be nicer, we want to believe that until we've realized the opposite. it feels like getting stabbed on the back, it really does.

it's an act of betrayal, that's all i can think of, or maybe its just an act of selfishness.

when do we actually stop, and think about others? because all we do is think about ourselves.

in the end we are alone and no one to blame but the person we see in the mirror.
-----------------------------------------

stressed, so much to do but so little time left. tired. faced the laptop to do my assignment but all i can do was dozed off until morning.

now, left with just a flu. nothing i can do but just wait until it fades away. hopefully it won't be long. need to keep on doing what i must.

need strength from the Almighty. need to pray more. inshallah He will be there to guide all the troubles. hopefully this flu is a just phase of washing sins away.

Alhamdulillah.  


Wednesday, November 9, 2011

pengorbanan

aku terjaga agak awal pagi, dikejutkan oleh kipas yang berputar deras. sungguh sejuk tubuhkan bagaikan tidur diatas lantai simen. kucapai selimut tetapi aku lupa bahawa aku hanya berselimutkan tubuh. jam menunjukkan 6.30am. aku mengangkat diriku untuk ke tandas lalu mengambil wuduk.

8.30am solatnya aidil adha. setelah selesai, kami sekeluarga terus ke tempat korban. pakcik, spupu dan abang masing-masing membawa senjata. bagaikan ulu balang yang mahu bertumpah darah. ku ketawa didalam hati.

sesampai ditempat kejadian. penduduk kampung sudah pun ramai berkumpul. ada pun lembu yang telah disembelih, anak-anak kecil mengambil gambar dengan telifon bimbit. cis, sungguh canggih telifon mereka, mengalahkan letifon bimbit ku yang hanya berjenama nokia lama. dalam hati, ada niat untuk membeli Samsung Galaxy S II, tetapi aku sabar sahaja, banyak lagi duit aku perlukan untuk tujuan lain. sabar harus diteruskan lagi.

aku memandang kekanan, terdapat seekor lembut yang sedang termenung jauh. muka yang sedih bagai mengenangkan nasib yang bakal ditimpanya.

"termenung apa agaknya lembu itu", aku terfikir.
"ayuh semua, ini lembu kita" sahut pakcik yang memegang tali untuk mengikat kaki mangsa.

si lembu meronta-ronta ketakutan. aku tidak lagi mahu melihat, justeru aku terus memandang ke arah lain. aku teringat kata orang-orang tua, jika hati ada kasihan, nanti sudah jadi haram untuk memakan daging yang disembelih. maka aku tidak mahu melihat. tapi mencari kekuatan dalam diri untuk tabah.

sesudah mangsa diikat. orang ramai bertakbir kepada Allah. sungguh sayu sehingga aku menitiskan air mata. aku beranikan diri memandang mata si mangsa. hati aku berborak dengannya.

"takpe si lembu, ini perintah Allah, ini tugasmu, ini pengorbananmu kepada manusia, Allah maha berkuasa, maha bijaksana" lalu hati aku menjadi gagah. seolah memberi semangat kepada si mangsa. aku turut sama bertakbir, memuji-muji nama Allah.

laungan Allahuakhbar terus bergema, sehingga terdengarnya bunyi nafas terakhir. mangsa meronta-ronta sambil darahnya keluar laju. aku terus tabah, tidak sekali memandang kearah lain, menguatkan semangatku, menebalkan iman ku.

----------------------------------------------------------

itulah pengorbanan si lembu kepada manusia. memberi makan kepada kita dengan dagingnya yang lazat. pernahkah kita berhenti untuk berfikir, nikmat Allah yang manakah kita hendak dustakan? Dia memberi rezeki kepada kita, memberi kesihatan kepada kita, memberi pengajaran kepada kita. tapi kita sering lupa kepada Allah dan terus lalai dan terlalu mengejar kesibukan duniawi.

bagaimana pula pengorbanan kita kepada Allah? sedangkan batu, daun, pokok, angin, semuanya sujud kepada perintahNya, tetapi kita alpa dengan keseronokan, kita lupa untuk sujud, lupa untuk taat kepada perintah Allah.

terlalu banyak erti pengorbanan. tapi kita harus bijak menilai yang manakah yang terbaik dari sisi Allah. pengorbanan seperti manakah yang boleh diberkati dan dikira satu pengorbanan kepadaNya.

bekorban sangat senang dilafazkan tapi sangat susah untuk dilaksanakan. sanggupkah kita bekorban kerana Allah? kerana agamaNya? bagaimana pula dengan keluarga, dengan ibu bapa? bagaimana dengan study? dengan kerja? akhirnya berbalik kepada yang satu, bekorban kerana Dia, untuk bekorban demi yang lain.

adakah bekorban menaiki kereta untuk mendengar ceramah agama di damansara tapi tersangkut di dalam jam, sehingga meninggalkan solat magrib?

adakah bekorban menemani rakan tapi ibu ditinggal bersendirian dirumah merindukan kepulangan anaknya?

adakah bekorban demi dakwah tapi sehingga meninggalkan tanggungjawab belajar yang utama?

dan senarainya akan berterusan, berterusan dan berterusan. anda sendiri yang tentukan.

bekorbanlah demi Allah, inshallah pengorbanan itu amat bermakna yang tiada bandingnya. lebih besar ganjarannya dari 1000 ketul emas, lagi berharga dari wang yang berjuta-juta disimpanan peribadi. bekorbanlah demi yang satu. mari kita bekorban untuk menjadi yang lebih baik dari segi agama, dari sisi Allah dan juga dimata dunia.

wallahua'lam


Friday, October 28, 2011

tips berubah dan bertaubat

masa sekolah dulu aku ada seorang kawan ni. kami sama-sama baru balik dari UK, cuma dia dulu tinggal di England dan aku di Scotland. masa tu form 2. ketika itu aku belom lagi mahir bercakap bahasa melayu, bila rakan-rakan aku bertanya aku akan jawab ya sahaja tapi sebenarnya tak faham. haha.

aku tengok kawan aku sorang ni macam lain sikit. dia macam berserabut dan tak terurus. tapi serabut dia tu aku dapat tahu masa kami form 3. masa tu hari pertama masuk kelas 3B, kebetulan dia duduk sebelah meja aku.

M: "eh, ko la budak yang baru balik scotland tu ek?"
Aku: "a'ah, aku la tu" jawab aku sambil rasa hairan sebab masa form 2 kami satu kelas.
M: "aku dulu duk England, ayah aku amik Masters"
Aku: "oh, yeke..ayah aku amik Masters dan phd" sambut aku dengan terkejut.

itu la saat perkenalan aku dengan M. dari situ kami tak habis-habis berborak, memandangkan kelas selalu takda cikgu. isu aku dengan dia sama sahaja sebab masing-masing ada pengelaman tinggal di luar negara.

lama kelamaan, si M semakin rapat dengan aku. mungkin juga sebab kawan-kawan lain tak suka melayan kerenah si M ni. apa tak nya, si M selalu kena rotan dengan ustaz dan selalu masuk bilik guru sebab lompat pagar sekolah, ditangkap merokok dan lain-lain, rakan-rakan lain memang tak suka berkawan dengan M. aku layan sahaja la sebab dia duduk sebelah meja aku. tapi yang sebenarnya si M ni sangat baik, cuma orang lain sahaja yang tak bagi peluang padanya.

sepanjang satu kelas dengan si M, aku selalu perasan si M ni dalam keadaan "stim". dia selalu sahaja meraba-raba kemaluannya sambil merenung jauh pada gadis kelas di depan kami. yang lagi dasyat, ada seorang perempuan ni, dia suka layan si M bila ditenung. kebetulan, minah ni baru sahaja kantoi meraba-raba dengan teman lelakinya dan telah pon ditangkap oleh ustaz. halnya, kecoh satu form 3, semua orang dah tahu. dan mungkin itu sebabnya si M tak dapat tahan melihat perempuan tu. suatu hari aku terlalu ingin tahu dan aku pon mula bertanya pada M.

rupa-rupanya, si M memang sangat gersang. setelah mencukil rahsia, dia telah menceritakan segalanya pada aku. masa di England, dia telah melakukan hubungan sex dengan rakannya disekolah. dan bila sudah pulang ke Malaysia, dia tidak dapat menahan dirinya dan selalu teringat perkara yang telah dia lakukan.

mengikut M, setelah pulang ke tanah air dia menyambung aktivitinya kerana terlalu gersang. aku dapat tahu, si M melakukan aktiviti nya lepas waktu sekolah dan minah-minah rempit lah yang menjadi jamuan si M. kadang-kadang sambil menelan pil kuda katanya (pil ecstasy). aku mendengar dengan terpaksa. kadang-kadang tak mampu memproses apa-apa. kadang-kadang aku pon blur, betapa banyak perkara yang aku baru tahu. tapi pada masa yang sama, aku rasa bersalah, kerana terlalu cepat mengetahui benda-benda yang tak patut aku tahu pada umur ketika itu.

cikgu kelas pula tidak suka aku berkawan dengan M. selalunya cikgu mendenda si M dan kadang-kadang mereka sangat kasar dengannya. pada suatu hari aku dipanggil ke depan kelas. cikgu mula memesan kepada aku:

cikgu: "saya tak suka tengok kamu berkawan dengan orang macam M, patutnya kamu memilih kawan yang lebih baik. ayah kamu seorang yang mempunyai akademik, ada masters dan phd. kamu sepatutnya bijak membuat keputusan dan ikut jejak ayah kamu"

aku: 'ye cikgu, saya faham"

setelah hal itu, aku ditukarkan ke meja belakang, jauh dari M. aku sedih melihat M sebab dia tahu ramai cikgu tidak menyukainya. tapi setelah tiada cikgu, aku masih lagi berkawan dengan M. tiada orang boleh memisahkan persahabatan aku dengan M. entah kenapa, dalam hati, aku benar percaya M adalah seorang yang baik. parents aku mula kenal M kerana aku pernah mengajak si M datang ke rumah aku. bertambah baik lagi persahabatan aku dengannya.

setelah hampir setahun kami kenal. suatu hari si M datang kepada aku. tiba-tiba dia mula berkata:

M: "bro, macam mana aku nak taubat nasuha?"

aku tepegun, tak terkata apa-apa. lalu aku membuka mulut dengan teliti, menjaga kata-kata aku.

Aku: "taubat nasuha ni kena azam yang kuat, kalu ko nak taubat, ko tinggalkan semua perkara yang ko dah pon lakukan. tidak boleh kembali walaupon sekali. inshallah, Allah akan menghapuskan segala titik hitam hati ko" kata aku panjang lebar.

"tapi ko betol ke nak berubah ni M? sambung aku dengan bersungguh-sungguh.

M: "aku nak berubah. aku dah tak nak buat ape aku buat selama ni"

aku sebenarnya terdiam agak lama. tapi dalam hati aku sangat gembira sebab kawan baik aku mahu insaf. mahu mencari keredaan Allah. dan itu lah hidayah dari Allah yang kita tidak sesekali sangka ia akan datang.
-------------------------------------------------------------

tips berubah dan bertaubat:

1. kena ada azam mahu berubah (niat yang sangat kuat tidak akan mengulangi perkara buruk lagi)
2. beritahu kepada seorang rakan yang boleh dipercayai akan niat anda untuk berubah
3. tinggalkan perkara buruk anda dan mula berkawan dengan orang soleh
4. pergi ke surau atau masjid dan solat jemaah dan dengar tazkirah ustaz
5. belajar solat dan hukum-hukumnya jika belum mengetahuinya
6. lakukan solat taubat nasuha, berdoa dan berzikir
7. mula belajar al-quran, membaca dan baca erti maksud-maksudnya
8. banyakkan solat taubat dan solat-solat sunat yang lain
9. berpuasa sunat isnin dan khamis untuk memupuk nafsu
10. lakukan amal kebaikan, i.e derma anak yatim, sekolah tahfiz dsb.
11. sentiasa berdoa supaya perkara buruk itu dapat anda hindari
12. tidak berbangga dengan perubahan diri pada orang lain (rendah diri)
13. tidak mengutuk orang lain yang tidak / belum lagi sedar akan taubat
14. taat kepada perintah Allah dan menjauhi larangan Allah yang lain
15. sentiasa menambah ilmu agama di dada untuk kebaikan dunia akhirat

----------------------------------------------------------

itu lah serba sedikit tips untuk berubah dan bertaubat. ada banyak lagi point dan anda boleh tanya pada ustaz atau ustazah jika mahu tahu lebih. aku hanya berkongsi apa yang aku tahu. mungkin perkara ini terlalu asas tapi bagi yang tidak tahu mungkin amat bermakna untuk menjadi satu langkah untuk berubah. semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dari azab api neraka. inshallah.

wallahua'lam.

Monday, October 24, 2011

Allah is there, can't you see?

when the world seems wrong and when everything else is blurry,
do not be afraid to cry, as we are allowed to weep

yesterday was the past, today is life and tomorrow is our future.
no matter what happens the day before, today or the next day
we have to have faith in Allah for it may bring peace in our hearts

shower our head with pure water and bow down for forgiveness
for it shall bring strength for us to go on, to look forward for tomorrow

as mysterious Allah shall may be, He will guide us in His discreet ways
is it not enough prove to show His love and His mercy?
for shall He create chances for us, as from Him everything are made

have peace dear heart and do not worry
He will always be by our side to lend His strength
for we must seek His presence, as He loves it when we do

poor heart, do not worry
Allah is there, can't you see?

Friday, October 21, 2011

The Auditors' Dilemma: Audit Findings

I work in an audit firm where we have to perform the Internal Audit for clients. It is a outsource job and it’s an exciting job to be frank. But the only problem is that, after a while I found out that my colleagues are obsessed with the audit findings. I felt like going mad, as I don’t really feel that it should be this way because auditing is not a game, where we are set to win, meaning if you manage to raise findings (client’s weaknesses) then you are good at your work, so they say. For me, auditors are hired for a job to detect the weaknesses of a certain control in the organization and if there are no findings or lesser findings to be raised then that is something we auditors have to accept because it may be a fact that the clients controls is good or getting better.

For a while now I felt isolated since I feel like I don’t meet the “good” auditor criteria group. Then I thought that maybe I’m the only one who feels this way, and then it’s just nonsense to think about it.

Today, I found an article on the internet talking about the same issue. I was so shocked and at the same time felt relieved since I’m not the only one who thinks about auditing the way I did. It really is a big world out there but yet so small.

You can read for yourselves.

Copied & paste from: http://findarticles.com/p/articles/mi_m4153/is_1_58/ai_71268484/

----------------------------------------------------------

INTERNAL AUDITORS OFTEN PLACE TOO MUCH EMPHASIS on identifying problems. Although our duties largely consist of ensuring compliance with prescribed procedures, this does not mean that our goal should be to report negative information. In fact, I believe that we should approach each audit with the hope that there are no findings at all.

At the end of an assignment, many auditors will refer to a significant discovery as a "good" audit finding. Such terminology implies that we "got 'em" by finding something wrong. Auditors who think this way often take pride in uncovering problems during a relatively short engagement that fulltime employee who works in the area more than zoo days a year didn't notice. This type of attitude toward audit work sends the wrong message to our clients.

The term "finding" is actually a misnomer. If a problem exists, auditors are not usually the ones who discover or identify it. Instead, it's more likely that the workers or management in the area already knew of the problem but just haven't addressed it yet. Calling this a finding suggests that our clients were hiding the problem and that we found it--a "hide and seek" game between auditors and clients that organizations don't need to play. I prefer to label the issues encountered during an audit as either "ineffective controls" or "risks that have not been addressed." These terms are more consistent with the objectives-risks-controls formula in the Committee of Sponsoring Organizations of the Treadway Commission's (COSO) framework of internal control. They also reflect the more forward-thinking and cooperative approach toward which our profession is evolving.

We certainly don't want to create the impression that auditors take pleasure in finding problems and that the more we find, the more satisfied we are. This type of attitude does not benefit the audit department, nor does it foster a positive relationship between auditors and their clients. We shouldn't send a message to the organization that auditors enjoy finding controls in a compromised state.

I think the correct attitude is to celebrate when we find nothing wrong on an audit. Of course, I'm not suggesting that we scale back our audit procedures or ignore the problems we find. Rather, when we examine an area and find nothing worth reporting, we should view it as a success for the whole organization, and not as a failure for the auditors.

A "good" audit report entails positive news for our clients. Or, as management might say, "the best audit report is no audit report at all."

Larry D. Hubbard, CIA, CCSA, CPA, is principal of Larry Hubbard & Associates in Bethesda, Maryland.

COPYRIGHT 2001 Institute of Internal Auditors, Inc.
COPYRIGHT 2002 Gale Group

Friday, September 30, 2011

We Are In His Hands In Anger And In Peace

if we come to sleep,
we are His drowsy ones.

and if we come to wake,
we are in His hands.

if we come to weeping,
we are His cloud full of raindrops.

and if we come to laughing,
we are His lightning in that moment.

if we come to anger and battle,
it is the reflection of His wrath.

and if we come to peace and pardon,
it is the reflection of His love.

who are we in this complicated world?

poem of Mevlana Rumi (from Mathnawi 1 , 1510 - 1513): 
Get original translation here.

I saw a movie last night on my PC while my friend went off to sleep. The movie is called The Kite Runner. It's the 2007 Academy Award-nominated film directed by Marc Forster based on the novel by Khaled Hosseini. I remembered a friend said she had read this novel before, based on the movie I assume that the novel would be good too.

The poem above was cited in the movie by Amir (main character) to his dad while they were escaping as refugees. This poem really touches my heart, just thought I would share with everyone.

Saturday, September 17, 2011

Fikir positif apabila ditegur

Sebenarnya susah untuk menyampaikan sesuatu. Terutamanya saya ni, bila menulis sesuatu kadang-kadang ada tersasul menulis dan apabila orang lain baca, mereka tersilap faham maksud yang saya ingin sampaikan. Ini kelemahan saya, kerana masih lagi kurang dalam menguasai bahasa ibunda dengan baik.

Dalam memahami sesuatu penulisan, kita haruslah membacanya dengan teliti, memahami apa yang ingin disampaikan dengan isu-isu yang diperbincangkan, dan isi-isi didalam penulisan itu. Kadang-kadang, kita mempunyai habit untuk tidak membaca langsung isi sesuatu penulisan, tetapi bila sahaja membaca tajuk penulisan itu, kita sudah pun menjadi marah dengan tajuk tersebut.

Habit seperti ini amatlah tidak baik kerana ia menandakan kita seperti orang yang tidak sabar atau lebih teruk lagi mundur dalam ilmu pengetahuan. Seolah-olah, kita hanya tahu menghentam apa sahaja perkara tanpa soal siasat apakah isu yang telah diperbincangkan atau yang ingin disampaikan penulis.

Salah satu penciptaan Allah swt pada manusia ialah dinding mempertahankan diri dari orang luar yang seolah menyerang kita. Ini suatu tindakan luar kawal kita yang asli dan hampir setiap orang mempunyai sifat ini. Contoh terbaik kita boleh ambil disini ialah apabila seseorang itu ditegur. Dengan secara automatik orang yang ditegur itu akan mengangkat dinding pertahanan dirinya. Tetapi dinding ini tidak lah selalunya baik kerana apabila kita sering mengangkat dinding ini dan gagal untuk melihat sesuatu perkara itu dengan positif, solusi pada perkara tersebut hanya akan terpancar keburukan diri sendiri.

Dengan sebab itu, kadang-kadang, apabila ditegur, sambil mengangkat dinding diri, kita sepatutnya juga memasang telinga dengan isi teguran orang lain itu, kerana dengan hanya mengangkat dinding diri sebagai perlindungan, kita juga dapat mengetahui apa yang sedang berlaku. Tidaklah kita menampakkan seolah-olah kita merupakan seorang cetek ilmu dan tidak mahu akan perubahan.

Apabila ditegur, kita haruslah terima dengan seadanya. Kerana apabila orang lain menegur diri kita, maka pasti ada yang silap dan kita haruslah muhasabah dan cuba untuk membaiki diri. Memang sukar sebenarnya untuk menukar aktiviti harian kita, terutamanya apabila perkara yang kita sering lakukan selalu, dan apabila ditegur, semestinya kita akan membantah dan mempertahankan apa yang kita rasa adalah benar.

Disini saya merasakan kebanyakan orang yang marah dengan teguran adalah kerana egonya. Kadang-kadang apabila diri merasakan sudah cukup baik, apabila ditegur, tercabarlah kehebatan dirinya, dan seharusnya kita mahu membuktikan orang yang menegur itu adalah salah. Secara tidak sedar kita telah pon menunjukkan ego kerana mahu menang untuk memuaskan diri sahaja dan bukan kerana mahu akan kebenaran.

Buang lah ego kerana syaitan sahaja yang jaguh dalam arena ini. Semestinya kita tidak mahu tergolong dalam kumpulan yang tidak akan merasakan nikmat syurga Allah swt yang sangat indah dan tiada bandingnya. Apabila ditegur, haruslah kita memikirkan secara positif dan terus muhasabah diri untuk menjadi lebih baik. Tidak semestinya apabila kita ditegur kita adalah merupakan orang yang tidak berilmu tetapi process perubahan diri adalah bermula dari diri sendiri dan tidak mungkin kita akan menjadi orang yang terbaik disisi Allah swt jika tidak ditegur langsung oleh orang luar yang memandang.

Wallahua'lam.

Friday, September 9, 2011

Mencari redha Allah swt

Saya ada membaca blog seorang rakan: 

“Sesungguhnya aku mencintai orang soleh, padahal aku bukan daripada kalangan mereka. Harapanku agar aku mendapat syafaat apabila bersama mereka nanti. Dan aku membenci mereka yang melakukan maksiat walaupun aku sendiri mungkin daripada golongan mereka.”

Fiqh al-ibadat, jil.1, hlm. 24.

Terima kasih kepada rakan saya yang berkongsi kata-kata diatas di dalam blog beliau. Kata-kata ini amat dalam sebenarnya kerana setiap orang kemungkinan besar mempunyai perasaan yang sama. Masih lagi ramai orang mempunyai keinginan untuk menjadi manusia yang terbaik disisi Allah swt walaupun realitinya masih ramai manusia dalam kerugian kerana lalai menunaikan tanggungjawab seorang Islam sepenuhnya.

Manusia dicipta untuk lupa kerana adanya hati yang sentiasa berbolak balik. Dan apabila kita leka dan terlupa, kita akan sedikit terpesong dari tanggungjawab kita yang sebenar sebagai makhluk Allah swt. Tetapi keiginan untuk berubah adalah kunci dan titik permulaan untuk masa depan yang lebih bernakna. Dengan sebab itulah kata-kata ini amat terkesan kepada pembaca.

Saya sendiri pun amat terharu dan sebak membaca kata-kata diatas kerana secara sinis dan halus terkena pada diri sendiri. Tetapi bagi saya jika kita merasakan demikian maka kita bukan lagi tergolong dikalangan orang yang terpesong jauh dari Nur Allah swt atau dengan erti lain buta hati secara terus. Mungkin jauh disudut hati kita, kemahuan kepada redha Allah swt itu masih lagi wujud walaupun tidak ketara di mata yang memandang.

Teringat pula bebelan saya kepada rakan-rakan mengenai perubahan kepada diri suatu ketika dahulu. Dimana isu yang diperbincangkan ialah mengenai tanggungjawab kita yang harus berubah sebelum keadaan sekeliling kita berubah. Bila membincang dengan rakan-rakan mengenai perubahan diri, isu jodoh tidak pernah terlepas dalam topik yang diperbincangkan. Kerana dari segi jodoh atau dalam mencari pasangan kita perlu berubah menjadi orang yang lebih baik jika kita ingin mendapat jodoh yang baik. Kita sering melihat dari satu sudut sahaja dan disinilah silapnya kita, kerana kita tidak mampu membayangkan atau melihat gambaran yang menyeluruh. 

Dalam mencari pasangan, dimana-mana sahaja apabila soal jodoh yang diperbincangkan, si pencari sentiasa mahukan yang terbaik iaitu, mahu mencari yang soleh. Tetapi kadang-kadang kita terlupa untuk mencermin diri sendiri dahulu dan bertanya didalam golongan manakah kita yang sebenarnya? Inilah yang dimaksudkan bagi saya, melihat dari satu sudut sahaja. 

Gambaran yang menyeluruh pula ialah dari segi pandangan Allah swt. Jika kita mahukan redha Allah swt, dan inginkan kebaikan untuk diri sendiri, maka haruslah kita berubah mengikut apa yang kita inginkan. Misalnya, jika kita mahukan isteri solehah, perlulah kita membaiki diri kita dahulu supaya kita juga mampu, sama ada banyak atau sedikit menjadi suami yang soleh. Banyak sebenarnya perkara yang kita boleh cuba dan cara terbaik ialah dengan mengikut jejak dan didikan Rasulullah saw sebagai pertunjuk supaya kita dapat menjadi suami yang terbaik pada isteri mengikut Islam.

Sama juga dengan pihak perempuan, mereka haruslah berubah mengikut syarak, membaiki apa yang sepatutnya mengikut agama jika mahukan suami yang soleh. Contohnya, wanita perlulah lebih prihatin atau peka dalam penjagaan aurat, menjaga tingkah laku diri, menghadkan pergaulan dengan lelaki dan sebagainya. Itulah adatnya secara halus bagi seseorang yang ingin mencari redha Allah swt.

Saya mengatakan yang sedemikian kerana, tidak menjadi adil jika hanya diri sendiri sahaja yang ingin memiliki pasangan yang soleh tetapi diri sendiri tidak mahu berubah menjadi setaraf yang dicari. Oleh kerana itu, lelaki atau perempuan perlu prihatin dalam perubahan diri demi mendapat redha Allah swt kerana suami isteri yang soleh adalah permulaan bagi mendapat warisan yang soleh solehah, selaras dengan hadis Rasulullah saw yang menginginkan ramai ummatnya yang soleh diakhirat kelak.

Lalai kepada Allah swt tidak bermakna tiada jalan untuk kita ke syurga. Kerana manusia sentiasa diberi peluang untuk berubah dan bertaubat kepadaNya. Oleh itu, kita haruslah sentiasa muhasabah diri supaya sentiasa mengingati Allah swt dan secara terus menjadi seorang yang lebih baik. Tidak lupa juga, perubahan itu adalah merupakan suatu hijrah dan tidak mungkin hijrah itu menjadi sesuatu yang merugikan. Maka, langkah pertama yang kita perlu lakukan ialah bertaubat dan melupakan segala perkara lalai yang pernah kita lakukan. Sesungguhnya Allah swt amat suka kepada orang yang bertaubat, seperti firmanNya:

"Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu"

Surah At Tahrim, Ayat 8.

Maka, jadilah dikalangan orang yang soleh. Tidak terlambat untuk kita tergolong dalam kumpulan ini kerana pintu taubat sentiasa terbuka bagi mereka yang mencari redha Allah swt. Berubahlah untuk mendapat kebaikan kerana perubahan itu merupakan cermin diri sendiri. Berdoalah yang terbaik dan lakukan demi Allah swt dan sesungguhnya, Allah swt akan memberikan yang terbaik untuk kita.

Allah swt tidak pernah kejam kepada manusia kerana setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahNya. Ujian dari Allah swt itu adalah rahmat yang terbesar dari-Nya dan kita harus terus bersabar dan terus bersangka baik terhadap Allah swt. Susungguhnya, dugaan dan cobaan hanyalah ujian tahap keimanan mengikut kemampuan kita sahaja, seperti firmanNya didalam surah Al-Baqarah ayat 286:

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya”

Marilah mencari redha Allah swt demi masa depan yang penuh cinta kepada-Nya dan secara terus menjalani kehidupan yang lebih diberkati Allah swt, Inshallah.

Sunday, September 4, 2011

Berubah kerana Allah

Dari zaman kampus lagi saya pernah terfikir bagaimanakah saat pertemuan saya dengan ahli keluarga bakal isteri. Apa yang saya sering terbayang ialah bagaimanakah keadaannya, bagaimanakah pula reaksi-reaksi mereka terhadap saya dan lain-lain yang biasa kita tonton dilayar telivisen. Ketika itu saya belum mempunyai calon isteri dan hanya sekadar terbayang sahaja ketika duduk termenung di suatu petang. Sehinggalah semalam, saat pertemuan yang sering saya bayangkan itu, benar-benar berlaku.

Kita manusia sebenarnya sering memikirkan yang bukan-bukan. Adakah orang ini mengukai diri kita atau pun sebaliknya. Kita kadang-kadang terlalu cepat menilai atau berpra sangka terhadap orang lain, sehingga kita lupa untuk berhenti sejenak untuk memikirkan releven sesuatu perkara itu.

Banyak yang saya sudah pun belajar dalam perkara ini. Dulu saya selalu berfikiran negatif dan sentiasa berpra sangka terhadap orang, dan perkara ini saya sedar betapa merugikan diri sendiri. Selepas menghadiri program motivasi, saya mula berubah dan hidup dengan lebih positif. Sebenarnya hanya dengan menyedari kesilapan diri, dan menanamkan sifat untuk ubah diri sendiri dahulu sebelum mengharapkan perkara disekeliling kita berubah. Atau dengan lebih tepat lagi, slogan program itu yang berbunyi, "For things to change, I must change first". Slogan pendek ini sangat berkesan dalam hidup saya yang akhirnya menyebabkan saya bertukar menjadi orang yang lebih positif dan yakin dengan diri sendiri.

Apa yang sering berlaku dalam hidup manusia ialah kita sentiasa mahukan yang terbaik dalam hidup tetapi kita lupa untuk cermin diri sendiri. Dalam Islam, istilah cermin diri ini dipanggil muhasabah. Apa yang telah dilalui, diperkatakan, atau diakukan perlu kepada muhasabah. Manusia perlu kepada muhasabah kerana setiap yang berlaku dalam hidup haruslah dikenalpasti baik buruknya, terutamanya orang Islam yang sentiasa perlu menjaga baik buruk tingkah laku, yang menyumbang kepada pahala atau dosa.

Ya, kita manusia tidak sempurna. Saya sendiri banyak tersilap dan banyak kali melakukan kesilapan. Kadang-kadang, perkara yang kita anggap temeh atau remeh mungkin amat besar bagi orang lain, dan disebabkan itu kita harus terus berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara sebelum ada yang terasa dengan kita. Tetapi kita harus sedar juga, tidak semua perkara yang kita merasakan betul adalah betul. Saya mengatakan ini kerana, sesuatu perkara itu boleh ditafsirkan dari banyak sudut. Terlalu banyak tomahan kepada sesuatu perkara itu jika kita belum mengetahui kisah sebenar atau jalan cerita yang sebenarnya. Maka, adalah menjadi salah jika kita terus menuduh, atau tidak menyukai sesuatu perkara itu tanpa soal siasat perkara sebenar.

Berbalik kepada cerita "meet the parents" saya tadi, atau pun lebih tepat lagi "meet the whole family, cousins and son-and-daughter-in-laws", semuanya berjalan lancar. Dalam hati saya ketika pertemuan semalam agak gabra kerana suasana pertemuan itu sesuatu yang baru dalam hidup saya. Nasib baiklah, semua ahli keluarga bakal isteri amat baik dan responsif dalam melayani saya. Walaupon bertubi-tubi soalan yang dikemukan, Alhamadulillah saya berjaya untuk bersembang dengan tenang. Rupanya, suasana yang berlaku semalam tidak sekali sama dengan apa yang saya dapat bayangkan sebelum ini. Semua yang berlaku seolah-olah teratur dan tiada masalah. Semestinya, kerisauan dalam hati pasti wujud kerana kita sebagai bakal 'mencuri' anak kandung si ibu bapa, sesiapa sahaja akan merasa tidak senang.

Dalam perjalanan pulang kerumah semalam, saya terfikir betapa Allah telah merancang semua perkara dalam hidup manusia. Dari saya yang begitu pendiam, kurang percaya dengan diri sendiri, berlagak, sombong, akhirnya berubah menjadi manusia yang lebih baik dan telah pun berjaya berjumpa dengan ahli keluarga si bakal isteri. Begitulah perancangan Allah terhadap kita. Jika kita belum lagi bersedia, Allah tidak akan menemukan kita dengan jodoh yang kita cari selama ini. Dulu saya sering terfikir kenapakah agaknya Allah tidak membenarkan saya mempunyai teman wanita, walaupun saya telah pun berusaha sedaya upaya, tetapi semua jalan ceritanya berakhir dijalan mati, rupenya perancangan Allah lagi tepat dan jitu kerana Dia lebih mengetahui apa yang kita tidak mengetahui.

Apa yang saya sedar, sebelum kita melangkah ke alam mencari jodoh, perlulah kita tahu dahulu apa itu erti cinta. Ramai antara kita lupa cinta itu hanya milik Allah. Dan kerana terlalu sibuk mencari cinta manusia, cinta Allah itu sering kita ketepikan. Tidak terlupa diri saya juga, semua yang telah disebut diatas telah pun saya lalui sebelum ini. Setelah lama berpusing dalam satu bulatan, akhirnya Allah membuka jalan untuk saya memahami apa itu cinta kepada Dia atau dengan lebih tepat lagi memahami apa itu erti Baitul Muslim. Rupenya, setelah memahami erti Baitul Muslim, dan bila tiba masanya barulah Allah mengizinkan saya bertemu dengan jodoh saya. Semoga impian kami menjadi kenyataan.

Secara kesimpulan, sebelum sesuatu perkara itu berubah, kita haruslah berubah. Fahamilah erti Baitul Muslim dahulu sebelum mencari cinta manusia. Tidak ada sebab untuk kita tidak melakukan yang terbaik untuk Allah kerana apalah kehidupan sempurna bersama yang tercinta tanpa redha Allah yang dicari.

Saturday, August 20, 2011

our "levels" in heaven (jannah)

"On Judgement Day, our "levels" in Heaven (Jannah) will be decided by how much of the Koran we have memorized"

This statement really shatters my heart, badly.

Really need more strength right now...

May Allah guide us all through His guidance for a better heart and faith, Inshallah.


Friday, August 5, 2011

jalan syurga atau neraka

ada dua je jalan kat dunia ni dan Allah bagi dua pilihan je kat manusia untuk pilih. apa jalan tu? jalan itu, tak lain dan tak bukan ialah jalan ke syurga dan jalan ke neraka.

memang ramai manusia yang lalai dan ada juga manusia yang sedar dan taat pada perintah Allah, itu semua orang tahu. perkara ni tetap kena ada sebab kalu tak ada, maka tak ada pula syurga dan neraka. sebab kalu semua orang baik, tak perlulah ada neraka. Allah maha mengetahui segala sesuatu.

hari-hari kita dapat lihat orang sesat dan ada juga orang mendapat hidayah dari Allah, alhamdulillah. sama juga seperti yang kita lihat di kaca tv, dah ramai artis tibe-tibe je insaf dan meninggalkan zaman artis atau yang dulunya hangat bergiat dalam bidang seni mereka tapi bila sudah pon mendapat hidayah, mereka agak slow sedikit begiat atau meninggalkan terus dunia hiburan itu.

tetapi, bila sudah insaf, pastinya ada orang tak puas hati melihat mereka yang berubah. ramai yang mengkritik hebat seolah-olah artis yang berubah itu kononnya berlagak, atau berlakon semata-mata. mereka mengatakan, jika mahu berubah, tak perlulah melibatkan orang lain. yang menjadi bahan lucu ialah apabila, seorang pelakon "makcik" tua, yang selalu kita lihat memakai skirt ke majlis-majlis grand tv, mengkritik hebat mereka-mereka yang berubah ini.

sebenarnya "atleast" mereka yang berubah itu telah pon memilih jalan yang betol, iaitu jalan menuju syurga. mendapat tempat di syurga itu belom lagi milik si yang berubah, tetapi persoalan mengenai dapat syurga atau pon tidak tiada siapa yang tahu kecuali Allah sahaja. maka kita atau sesiapa tidak boleh mempertikaikan atau mengkritik sesiapa yang memilih jalan ini. yang menjadi point utama ialah, mereka yang mengikuti jalan ini, pastinya telah pon memilih jalan yang betol, sebab itu aku menggunakan perkataan "atleast" diatas.

maksud aku ialah, jika si pengkritik itu misalnya seorang perempuan yang tidak memakai tudung, maka tidak layak baginya mengkritik orang yang memelih jalan syurga kerana dia adalah merupakan seorang yang berada dalam jalan menuju ke neraka, kerana mendedahkan aurat itu berdosa, dan tidak lain dan tak bukan tempatnya adalah neraka, itu janji Allah.

maka, pilih la jalan yang terbaik sebab kita ada pilihan untuk melakukannya. sedar atau tidak, hidup ini hanya kerana Allah dan Allah mahukan kita memilih jalan yang terbaik. tiada sesiapa pon antara kita yang Allah pernah menyiksa melakukan apa-apa, kerana semua ujian itu adalah untuk kita tempuhi demi mendapat manfaat dan nikmat kasih sayang Allah. cuma kita yang harus sedar bahawa kasih sayang Allah itu untuk makhluk-Nya yang mencari dan mengejar cinta yang haq.

mari lah mengejar cinta Allah. pada bulan puasa yang mulia ini, tidak salah kita mencari kasih Allah demi merapatkan lagi kasih sayang yang sedia ada. Allah sentiasa bersama kita dimana jua kita berada. hanya yang tinggal ialah, kita untuk mencari redha-Nya sahaja, insyaAllah.

wallahua'lam.

p/s: selamat menjalani ibadah puasa.

Tuesday, August 2, 2011

binasa berkata

kadang-kadang, kita rasa kita bagus, tapi kita tak sedar itu bukan sifat kita. kadang-kadang kita rasa kita banyak ilmu tapi sebenarnya kita tak banyak ilmu pon sebab semua ilmu itu dipinjamkan buat sementara waktu dari Allah. maka siapakah kita yang sebenarnya?

kita hanya manusia biasa yang tidak mempunyai apa-apa. tidak punyai kuasa apetah menilai kejadian Allah yang kita tidak sedikit pon tahu rahsia-Nya.

kadang-kadang kita rasa kita banyak tahu tapi yang sebenarnya kita tak tahu pon. yang membuat kita rasa macam itu adalah nafsu kita semata. betapa liciknya nafsu memesong kita supaya kita lalai, walaupon dalam bulan yang mulia ini.

maka, mari lah kita berfikir sebelum berkata-kata. kerana bila berkata mengikut nafsu, ia menampakkan kebodohan kata-kata kita itu. tetapi nafsu membuatkan kita rasa bagus dan membuatkan kita berasa sangat hebat. itulah liciknya 'syaitan' dalam diri kita yang sentiasa ingin membuat kita berdosa. banyakkan muhasabah diri dan istiqamah. semoga Allah melindungi kita dari berkata-kata yang bukan-bukan tanpa arah tujuan.

selamat berpuasa kepada umat islam.

wallahua'lam.

Monday, July 25, 2011

si gadis misteri

pertemuan yang tidak pernah ku duga
gadis misteri yang ku temui dilaman sawan
tidakku mengerti makna pada mulanya
sungguh puitis cerita itu
aku bagaikan tidak percaya

masa berlalu aku mencari-cari
basahlah pipi ku dengan air suci
membentang sejadah memohon keampunan
meminta melihat jodohku
tertannya-tanya apakah jawapan

engkau muncul dalam solatku
walaupon bukan terlihat mata kasarku
tapi hatiku tergerak untuk mengenalimu
sungguh tidak aku percaya engkaulah orangnya
yang ku termimpi-mimpi dalam tidurku

jawapan suci mu penuh dengan hikmahNya
menangis aku mendapat jawapan itu
cuma liku ini belom berakhir masih
hendak terus kita bersabar menghadapi
segala duka, segala tersiksa, segala ujianNya

engkau gadis umpama Saidatina Khadijah
wanita mulia, sering merawat hati suaminya
ketika berduka, diselimut kain untuk baginda,
mengubati risau dengan kata semangat

engkau bagaikan Saidatina Aishah
seorang gadis yang lincah,
sentiasa ceria dalam segala perkara,
menceriakan hidup suami tercinta
dalam perjalanan dakwahnya
dalam segala waktu harianya juga.

sifatnya engkau kedua-dua isteri nabi
beruntungnya aku dapat bersamamu nanti
jika jodoh ini kuat, Allah memberkati
maka, hanya kesabaran yang harus kita tempuhi

bersyukur aku kepada Allah,
hadirmu menyinar lorong gelap ku
yang entah kemana hala tujunya
engkau mengheret aku naik
dari lemas diri ku sendiri
tidak lagi aku hanyut tercari-cari

bersabar lah wahai gadis misteri,
engkau penyeri dan sinar matahari
hati memujuk sayu dengan takdir ilahi.
demi saat itu, teruskan berdoa untuk bersatu
demi redhaNya yang Maha mengetahui
segala sesuatu.

- hansuke roma

Thursday, July 14, 2011

checklist

aku rasa setiap orang ada checklist hidup masing-masing. macam aku ni, ada juga checklist cuma aku tak tulis atas kertas je. hehe~ tapi kali ni aku rasa nak share checklist tu yang selalu ada dalam otak aku ni.

1. solat 5 waktu
setiap orang wajib solat. itu hakikat. tiada alasan untuk tidak solat.malas ke, sakit ke, mesti solat, dah name pon wajib. ramai orang mahu ambil senang. kalu tak solat kan best. "tak payah aku susah-susah stop berdating tuk gi solat", kata otak sebelah kiri, dari pagi sampai la pagi esok balik tak payah benti. orang kije plak, dari masuk kije, sampai termuntah dalam ofis, tak benti-benti kije, balik kije tengok wayang pukul 6pm, wah..terus sampai waktu isyak. kan best. yeke best? hmm..

2. berpuasa
pejam celik, bulan depan dah puasa, rasa baru je tadi bukak posa, eh, bukan tu posa sunat khamis, ehe~ tabiat manusia, belom apa-apa kat shopping lot dah ada lagu raya. isk-isk, cepat benor, puasa belom lagi start, lagu raya dah mula dah. baju raya pon dah start jual. nanti bila dah nak puasa, trend makan banyak-banyak, al-maklum la, bila dah puasa takleh nak makan macam biasa. itu la dia nafsu makan. (oh ye, tadi kawan aku ajak makan kat jusco, terOder Cantonese Style Fried Rice plak, sekali sedap giler. fuh! tapi takpe, nafsu makan aku tak kuat, alhamdulillah lagi setakat ni).

3. mak ayah dah jenguk ke belom?
kita ni kalu dah busy sangat bekerja, kadang-kadang lupa nak amik tahu pasal mak ayah. kandang-kadang, orang laki ngan gf, aduhai, tak hengat dunia, tak pernah miss satu benda, pasal haid gf friend pon amik tahu, bila datang bulan ke dah ok ke (mungkin nak tolong belikan tuala wanita agaknya..:P) tapi bila pasal mak ayah, hampeh tak nak amik tahu langsung, siap boleh naikkan suara lagi. bila mak call ckp, "tak rindu mak ke lama tak datang jumpe mak?", senang je jawapan, "busy la mak, saya banyak kije", "atau, "mak jangan nak buat drama la, saya busy la". memang derhaka oi. sedar ke tak kita cakap ngn sapa tu? astagfirullahalazim tak bau syurga dik oi.

4. hutang dah bayar ke?
ramai kita-kita ni banyak hutang. tapi disebabkan nak hidup mewah, dengan rela hati tangguh semua hutang orang. yang paling best, ramai antara kita-kita ni, kalu hutang ngn keluarga, macam slow je keluar duit tu. padahal ada duit kalu nak settlekan terus. bukannya kita buta atau kita budak-budak tak nampak atau takleh pikir. bagi aku la, hidup ni, kalu banyak hutang memang tak selesa langsung. aku cepat-cepat je bayar PTPTN aku. tak mewah sekrang pon takpe, janji hutang settle cepat. rasa macam tak sabar dah nak abiskan hutang aku tu, tinggal lagi RM8k+++ je lagi. alhamdulillah. schedule diorang memang aku tak ikut langsung, "encik bayar banyak-banyak la, tak payah ikut schedule tu, nanti cepat habis", pesan orang counter PTPTN tu. pastu siap tengok detail aku lagi dalam PC dan tanya dah kije ape bagai, macam nak mengorat aku je. hehe~ ok, aku dah perasan..lupakan..:)

5. dakwah
ha..ni tajuk menarik bagi yang bujang dan bagi yang dah kawin. bagi orang bujang, apa kita buat rasanya dalam soal ni? dah start ke berdakwah sikit-sikit? dah rasa nak amik tahu ke macam mana? pastu bagi orang berkahwin plak macam mana? isteri tu semakin teruk ke, semakin ikut agama yang sepatutnya? berani ke kita tegur mengikut syarak? atau terlalu sayang isteri sampai hukum Allah pon kita berani ketepikan? aku malas nak sentuh banyak-banyak, nanti ada pulak ramai orang tak puas hati nagn aku, maka, pikir-pikir la sendiri ye, dah besor.

isk tetiba je aku dah takleh nak pikir apa checklist aku dah. tapi sebenarnya cam banyak je. hm..tapi itu la serba sedikit kot, dah lama tak menulis, jadi tepu sikit. 9 hari aku kat johor buat audit, penat pon tak hilang lagi ni. semoga post aku kali ni dapat dimanfaatkan bagi orang yang sudi baca, walaupon ada sedikit bau merapu.

wallahua'lam.

Saturday, July 2, 2011

trend nikah pakai tudung

aku tengok dah jadi trend zaman sekarang ni orang 'free hair' bila akad nikah je terus pakai tudung, tersipu je nunggu si abang lafaz nikah, "aku...aku....ter..ter...ter..", "hah!! tak sah...sekali lagi". hm.."of course la, i mesti nak nampak cantik u, bole ambik gambar cantik-cantik atas pelamin, terguling-guling posing maut atas katil pengantin", ut-ak ut-ek (maklum la dah sah la katakan), cameraman plak tak tahan nengok..haha~ pastu esok lusa, jiran sebelah tengok, "aik, tu sapa pulak tu, semalam kome nengok pakai tudung?". huh? apakah? entohle, kang aku kata hipokrit kang ada je bagi penumbuk dak?

yang paling ketara, bila sesi ambil gambar potong cake pakai tuxedo (laki), gaum maut (pompuan), ketat tak hengat dunia, pinggang dah jadi 4 inch je ramping dia, "lihat perutku, ramping kan?" (iklan zaman 90an), sebab bila sesi ni, kebanyakkan pengantin pompuan dah melayang dah tudung dia, sebab tak bergaya la kalu bergambar 'ala-ala' kawin mak saleh pakai tudung, rambut baru je rebonding "i kena bergaya gitu, ah-haa"
--------------------------------------------------------------

ok enough merepek. aku sebenarnya kecewa sebab terlalu ramai dah aku tengok depan mata. bukan apa, kita kena balik kepada Al-Quran, balik kepada Sunah Rasul. tutup aurat, tutup aurat. itu tuntutan, bukan main-main. pastu yang pakai tudung tu, kena tau mana harus ditutup, bahagian mana harus kena jaga. bukan setakat pakai tudung je, tapi alhamdulillah la yang tengah pakai dan jaga tudung ni, cuma kena lebih teliti lagi kat mana sensitiviti ukuran aurat pada wanita. dalam surah an-nur, terang-terang Allah berfirman, suh tutup dada dengan kain kerudung (tudung la tu), maka yang tak pakai tu, ikut surah mana agaknya, tulun tunjuk kat aku skit? kalu Allah yang suruh tutup dada wahai si wanita, mesti la ada sebabnya, takkan la saja-saja Allah quote dalam Al-quran, yang jadi mangsa kita-kita ni kaum lelaki, tidakkkkk!!! berdarah hidungku (terbayang dah yang bukan-bukan).

yang dah kawin tu, pesan-pesan la si isteri supaya pakai tudung, slow-slow pon takpe, pakai scalf dulu kalu malu orang mengata. lama-lama orang dah biasa tengok pakai terus tudung penuh elok-elok. dan kalu nak lagi elok, nak extreme skit pakai tudung sampai tutup terus segala mak nenek bentuk gunung-gunung berapi yang bakal mencetus ghairah si lelaki yang nengok. sedar tak sedar dosa isteri semua suami yang tanggung, isteri nak masuk neraka, pergi la masuk sorang-sorang, tapi jangan la menyusahkan kaum suami, "oi, dia tanggung dosa ko la pandai!!". isteri buat dosa, dua-dua masuk neraka. nauzubillahminzalik. so kesian skit la para suami mithali, kata "i sayang u more, more and more tau" (sambil bersinar-sinar mata menjeling manja si bf) <---belom nikah time ni..haha~

oklah, aku amat berat sebelah la kalu nak mengata kat orang pompuan atau si isteri je. sebab kadang-kadang si suami pon macam entah hape-hape gak. ada je isteri baik suami plak macam cacing kerawit. aduhai manusia, dapat isteri baik, cantik, muslimah, pi cari pompuan lain plak. "uih, gua nak cari awek yang boleh layan gua macam pelacur 1st class la, baru shok bro". itu pon satu hal, nafsu biar la puas sama-sama, jangan duk mengada nak puas sorang-sorang! asik duk pikir dia je nak puas, isteri tak nak pikir pon!. oh, ni ustaz kazim yang cakap, aku repeat balik je kata-kata ustaz raja lawak tu. haha~

kawan aku dulu ramai je yang tak pakai tudung, maklum la penari uitm. seksinya pakaian masa jadi puteri ulik mayang. espeseli puteri tujuh, aduyai~ (puteri tujuh paling lawa antara tujuh penari), kebetulan pulak jadi kawan aku si puteri tujuh ni suatu ketika dulu. yang aku nak cerita, masa dia nikah dia pakai tudung, pastu sampai sekarang tak buang atau cips more dah. alhamdulillah. sapa kata orang 'free hair' tak boleh berubah? kawan aku ni masa tak pakai tudung, siap masuk majalah remaja lagi, siap dapat nombor 3 plak tu untuk pertandingan cover. lepas nikah, suami yang pesan kena pakai. maka isteri solehah lah dia sebab ikut kata suami. alhamdulillah.

oleh itu, taat la kepada suami wahai para isteri, kerana sesungguhnya salah satu cara untuk masuk syurga (ada 4 cara isteri kena cukup) ialah taat pada suami (cara yang ke-4) tapi kalu nak ikut pon yang syarak je, yang tak ikut tak termasuk, harap maklum. kalu suami mintak yang bukan-bukan tak ikut syarak? melawan la apa lagi, "i sayang Allah, u takda hak nak mintak bukan-bukan tak ikut agama". cewah, banyak betul drama dalam post aku kali ni. hehe~

nota - syarat kompem syurga bagi kaum isteri:

1. menunaikan solat 5 waktu
2. berpuasa
3. menjaga kemaluan
4. taat pada suami (ikut syarak)

bak kata ustaz, pilih la mana-mana pintu syurga untuk masuk wahai para isteri yang cukup kesemua 4 syarat diatas.

kesimpulan pada bebelan aku ni, pokoknya berubah lah dan tutup la aurat. kalu nak berumah tangga plak, kena ada ilmu agama. kalu belom cukup, usaha la cari, walaupon dah kawin, insyaAllah boleh belajar, ceramah ustaz setiap kali lepas maghrib, free je, yang ustaz ceramah politik tu, kita tutup la telinga, tapi bab ilmu agama tu, kita amik masuk otak. kalu nak lagi senang cari kat internet, belambak je kalu nak ilmu. pastu pandai-pandai la pesan kat isteri yang tak tutup aurat, "sayang..., pakai baju elok-elok ye, awak seksi saya seksa kat akhirat esok tau". pastu, lama-lama pesan la pakai tudung plak, pandai-pandai la kome nak cakap macam mana, ikut cita rasa. yang belom kawin plak, lagi la kena cari ilmu agama sebelom bekeluarga, jangan jadi dayus la wahai lelaki, tak bau pon syurga. :(

pesanan aku yang tak seberapa ni, pandai-pandailah saling menasihati, syurga Allah bagi free je, tak kena bayar pon, cuma kena ikut suruhan Dia je. suami isteri kena ambil tahu bersama pasal hukum, Allah cakap apa, Rasul cakap apa. ambik sikit-sikit, kasi masuk dalam keluarga. akhirnya, kalu tak alim pon, atleast tahu Islam kata apa dalam sesebuah keluarga yang diredhai Allah swt. kalu suami isteri pon dah out, macam mana nak dapat anak-anak yang soleh dan solehah? tak tercapai la hasrat nabi nak tengok umatnya yang soleh solehah dikahirat kelak. bukan apa, esok lusa mungkin dah ajal kita, kalu tak sempat berubah? kalu tak sempat bertaubat? astaghfirullah..maka berkejar-kejarlah kita, sesungguhnya, orang beriman itu adalah orang-orang yang beruntung.

ni la jadi kalu aku takleh tido, mengarut je membebel. aku pon belom kawin lagi, tapi tak salah aku menyampaikan kepada orang yang sudi nak berubah. sambil tulis, aku dakwah kat diri sendiri juga, bukan aku tulis sebab aku bagus ke apa. aku pon mahu jadi yang terbaik sebelom tiba masa aku bergelar suami. mari lah kita mendekati Allah dan doa la yang terbaik untuk masa depan kita kerana Allah, insyaAllah Dia bantu. maaf kepada semua, aku cuma niat nak dakwah sempoi-sempoi sambil cicah biskut dengan air-milo-panas-kurang-manis..:) dah terkeluor lograt perak dah skit-skit, hantu kak limah punya pasal pengaruh..aduihai mat khalid.

sekian bebelan, maaf sekali lagi jika aku ada sedikit kasar bahasa, tak berniat menuju kepada sesiapa yang belom kahwin atau yang dah pon kawin, umat islam berjuta-juta kat malaysia ni dan kat seluruh dunia, post ni ditujukan kepada semua yang boleh faham bahasa melayu. semoga mendapat manfaat.

wallahua'lam.

Saturday, June 25, 2011

Surat Terbuka Kepada TV3 - Bantahan Terhadap Penyiaran Siri Drama Nora Elena

note: aku cilok dari blog orang
Sumber: http://cikgeligeli.blogspot.com/2011/06/surat-terbuka-kepada-tv3-bantahan.html (tompang sekaki..:P)

Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu.
Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu.
Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)

Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!

Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.
Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.

Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"
"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"
Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"



( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya

Friday, June 24, 2011

ganjaran menjamu makan orang berpuasa

semalam aku dan rakan-rakan bukak puasa dekat surau berhampiran dengan umah, surau al-mutmainnah nama diberi. surau ni sangat la meriah, orang-orangnya yang datang pon sangat humble dan low profile. aku dan rakan-rakan akan singgah bila pulang dari kerja untuk solat jemaah dan mendengar tazkirah maghrib. maklumlah, masing-masing sibuk dengan kerja, semua rakan-rakan aku adalah auditor. (kebetulan pulak, haha~), tau-tau aja, kami “very busy people”. ehem..:)

seorang rakan aku intercom (kami kerja satu ofis tapi lain floor):

rakan: “hansuke, bukak kat surau tak?”

aku: “yup, jom”

untuk berbuka kami sempat belikan pisang untuk makan ramai-ramai, pisang tu dipotong untuk jadi banyak. lepas bukak posa, aku sebenarnya tak sempat pon makan pisang yang dibeli tu, tapi takpela, aku sempat makan kuih-kuih yang dibawa orang lain (sedap betol kuih-kuih tu..haha~) tapi aku tak kisah pon tak dapat rasa pisang tu, sebab yang paling penting kami dapat bagi orang lain makan, memang seronok. itulah nikmat berbuka puasa secara ramai-ramai..:)

semalam tiba-tiba je teringat kat budak-budak lama yang pernah sewa umah ngan aku (semua dah takda sebab mereka sambung degree kat uitm). mereka ni sangat baik dan kelakar. paling aku ingat ialah mereka ni akan berebut nak bagi aku makanan untuk berbuka. sorang tu akan bagi aku roti dan yang lain tu bagi aku air (air masak pon jadi..ehe~). yang kelakarnya, mereka ni siap tunggu waktu azan maghrib sambil pegang segelas air dan makanan untuk bagi kat aku. bila dah azan, mereka akan hulurkan makanan sambil perhati aku berbuka. lepas tu mereka akan cakap: “Alhamdulillah, aku dapat pahala bagi hansuke bukak puasa”. yang lain tu akan cakap: “takpe, next time hansuke puasa aku pulak nak bagi dia makan”. lain harinya bila aku puasa lagi, berebut-rebut budak-budak tu lagi, sapa yang dapat bagi makan dulu. itulah yang berlaku setiap kali ada orang berpuasa dalam umah sewa aku. memang bunyi cam lawak tapi semua tu kenangan sangat manis..:)

tak salah pon sebenarnya kita mengejar untuk melakukan kebaikan. bunyi macam kecik je benda ni, tapi ia sangat lah besar ganjaran dari Allah swt. bila kita bagi orang puasa makan, sangat la besar pahalanya. sebab itu la budak-budak umah lama aku berlumba-lumba nak bagi aku atau rakan-rakan yang berpuasa makan. walaupon suasana itu agak kelakar tapi ia sangat bermakna.

sebenarnya semakin ramai jumlah orang yang dijamu makan, semakin tinggilah jumlah gandaan pahalanya. sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.” – Hadis riwayat al-Tirmizi no: 735.

maka, berlumba-lumbalah menuju kebaikan kerana Islam sangat menganjurkannya.

wallahua’lam

p/s: semalam, sempat tengok malaysia lawan Lubnan. aku memang tabik la bola malaysia sekarang, terbaik!!! goal through ball tu..haha~ hebat!!

Monday, June 20, 2011

Deja vu

duduknya aku di tempat ramainya orang, sebelah aku ialah seorang gadis, tapi aku tidak tahu siapa gadis itu. tiba-tiba datang seorang lelaki agak tua. beliau berborak dengan aku. aku tidak mendengar apa-apa kerana aku sedang bermimpi. lelaki itu kelihatan dalam kesusahan. aku kemudian menghulurkan wang kerana orang itu sangat memerlukannya.

tammat mimpi.

----------------------------------------------------------------------

dah lama mimpi aku tu, aku pon dah lupa. tapi semuanya jadi deja vu sebab tempoh hari mimpi aku itu betul-betul berlaku. orang tua itu adalah seorang indian. lepas sahaja aku memberikan bantuan padanya, aku terus teringat mimpi aku sebelom ni. dan itu la dinamakan deja vu.

aku pernah bertanyakan ustaz mengenai mimpi atau keadaan yang kita merasakan pernah dialami sebelom ini. kenapa ia benar-benar berlaku? ustaz kata sebab semuanya sudah pon tersurat. semuanya kerja Allah swt. semua perkara sudah pon tertulis oleh-Nya dan kita tidak dapat mengelak sedikit pon dari takdir yang Allah telah pon tetapkan. dan apabila perkara yang kita telah lalui itu, kita akan merasakan deja vu.

maksud Deja vu mengikut Wikipedia.

Déjà vu (literally "already seen") is the experience of feeling sure that one has already witnessed or experienced a current situation, even though the exact circumstances of the previous encounter are uncertain and were perhaps imagined.

dalam bahasa melayunya, lebih kurang aku terjemahkan, ialah keadaan yang kita baru sahaja lalui dan merasakan kita sudah pon atau pernah melaluinya sebelom ini. itu perasaan deja vu.

sambung lagi ustaz, kita melalui keadaan deja vu ialah kerana Allah swt mahu kita tahu dan rasa bahawa semuanya Dia yang rancang dan aturkan untuk manusia, dan Dia mahu kita merasakan perkara yang tersurat itu adalah benar belaka.

indahnya deja vu bila kita dapat merasakan perasaan itu. kerana ia benar-benar dapat menambahkan yakin dalam diri bahawa, kita tiada kuasa untuk menolak takdir Allah swt, walaupon sedikit, kita kena redha dengan apa jua yang Dia telah aturkan untuk kita.

Allah swt sangat sayang pada makhluk-Nya. tidak pernah sekali Dia menyiksa makhluk ciptaan-Nya kerana semua ujian-Nya adalah untuk kesedaran kita dan untuk kita mendapat kesenangan dihujung cerita hidup, iaitu syurga diakhirat.

semuanya tersurat dan sudah tercatat. itu lah kebenaran yang nyata.

wallahua'lam

Sunday, June 19, 2011

aku bukan 'ya-au-au'

Ye, aku bukan bapuk atau lembut atau ‘ya-au-au’. Haha. Tajuk macam pelik kali ni, tapi ada perkara yang aku baru sedar sebab dah ada orang tegur aku..:)

Sebenarnya, semalam ada seseorang cakap aku ni lembut macam bapuk. Tanpa disedari, bila aku pikir balik, memang ada pon sikit. Haha~ Tapi sebenarnya aku tak sedar dengan perkara ni sebab aku dah terbiasa bercakap lembut dengan perempuan. Tak pernah lagi ada sebelom ini orang cakap aku lembut macam ‘ya-au-au’ tapi rasanya, kalu dah ada orang yang cakap mengenai kita maka aku rasa ada kemungkinan besar ia adalah betol. Sebab kita tak mungkin dapat menilai diri sendiri jika bukan orang lain yang beritahu kita. Tapi walaupon demikian, aku sangat “happy” ditegur macam itu kerana aku dapat kenal pasti dimanakah sifat yang ada pada diri aku ni yang perlu aku buang.

Aku rasa sangat kelakar sebenarnya bila diberitahu aku ni macam lembut, atau lebih spefiknya ayat itu, “tak manly”..haha~ ok la, “I guess it’s reasonable enough”. Tapi bila dah diberitahu seperti itu aku terlintas dan teringat pelbagai “first impression” rakan-rakan terhadap aku. Sebelom ini yang paling best ialah masa aku belajar di kampus uitm, ramai yang bertanya samada aku ini seorang yang straight? Atau maksud lainnya, adakah aku ni seorang gay? Tapi soalan ni, lepas aku soal siasat, rakan-rakan menimbulkan soalan seperti itu sebab aku tak pernah ada “girl friend”, walaupon ramai yang cuba untuk berkenalan dengan aku. Hm..jadi persoalan seperti itu berjaya aku tepis dan elak kerana sesungguhnya aku bukanlah dari golongan yang dimungkari Allah swt. Maka, isu ini bukan lagi jadi persoalan rakan-rakan. Alhamdulillah.

Masa dalam alam perkerjaan pula, pernah ada anasir ‘gay’ yang datang approach aku untuk mendapatkan nombor telipon. Aku sangat komfius sebab perkara seberat ini bukan selalu kita akan lalui dalam hidup, sampai ia benar-benar buat aku takut pada dunia. Tapi setelah terkena tempoh hari, aku sudah pon berjaga-jaga sebab dah tahu apakah signal-signal yang tak patut aku berikan kepada orang ‘gay’ kerana mungkin mereka tertarik dengan muka macam aku ni (mungkin, wallahua’lam), jadi inshallah pada masa akan datang aku akan lebih berjaga-jaga supaya dipihak seberang itu tidak terkeliru dengan aku yang straight ni.

Soal aku lembut dengan perempuan sebenarnya ada sebabnya. Bila difikirkan balik, sejak dari zaman sekolah lagi kebanyakkan kawan aku ialah perempuan, sampai la pada zaman di kampus uitm (lagi ramai). Maka, aku yakin disitu la penyebabnya aku terikut sifat lembut orang perempuan bila bercakap dengan perempuan lain. Haha~ aku terfikir, bila aku dengan rakan-rakan lelaki, tak ada pula aku macam lembut, aku jadi sangat tegas dan kasar dengan mereka, semua yang kenal aku sangat tahu dan faham dengan sifat aku yang tegas. Tapi takpe, bila ditegur seperti itu, aku mengambil positif teguran untuk membaiki diri lagi, inshallah. :)

Sebenarnya, sifat dalam diri kita, boleh dibuang. Sebab sifat yang ada dalam diri kita boleh dipilih untuk disimpan atau sebaliknya. Pilihan itu ditangan kita. Sifat-sifat yang ada, i.e sifat lembut aku yang ada boleh dibuang kerana aku yakin (dan kemungkinan besar) sifat seperti ini adalah habit yang aku terbawa dan sekian lama terbiasa. Maka kita boleh ubah.

Jadi apa yang aku cuba sampaikan sebenarnya ialah dalam apa jua perkara kita boleh dan ada pilihan untuk berubah menjadi lebih baik untuk Allah swt. Apa-apa sifat yang kita ada dan jika kita merasakan ia perlu diubah maka kita kena berusaha untuk mengubahnya. Bukan bermakna kita perlu menjadi orang lain selain diri kita yang sebenar tapi kita perlu sedar dan kenal pasti sifat yang ada dalam diri kita bila berdepan dengan orang lain supaya tidak berlakunya fitnah. Rakan-rakan adalah cermin kita. Tak mungkin kita dapat menganalisa diri sendiri jika tidak diberitahu atau ditegur. Kali ini aku ditegur, dan Alhamdulillah, dapat juga aku kenal pasti dimanakah kelemahan diri sendiri.

Sesiapa yang terbaca post aku ni jangan salah faham dengan isinya. Tidak menjadi salah jika kita ada sifat lembut yang bertempat pada masa dan keadaan, misalnya ketika bersama isteri tercinta didalam rumah. Sebab Rasulullah merupakan seorang yang sangat lembut sifat peribadinya dengan semua orang terutamanya pada isteri-isteri baginda. Cuma lembut Rasulullah tidaklah seperti menyerupai seorang wanita, kerana sifat baginda bertempat dan bersesuaian dengan segala keadaan. Sudah ada pertunjuk bagaimana sifat seorang lelaki harus ada dan dimiliki, ini kita kena betol-betol faham perbezaannya.

Akhir kata, saja nak bagitau, aku sangat aktif dalam sukan, i.e Futsal, Extreme Sport, Jungle Tracking, Rugby, Wall Climbing, dan segala sukan yang boleh menyebabkan luka pada lutut dan tangan. Haha~ jadi aku bukan la seorang yang lembut melampau kerana sesungguhnya aku sangat manly dan macho (ok, perasan giler..:P). Maka dengan ini, aku mengistiharkan, aku bukan seorang ‘ya-au-au’. Haha~ (ok, merepek..:P)

Wallahua’lam

Tuesday, June 7, 2011

lemas

penantian pastinya pedih
mengenang kesudahan
mungkin hasil peluh sia-sia sahaja
letih, penat, gelisah

berjalan diawangan
terbang tinggi bersama sang helang
menumpang destinasinya
entah kemana hendak dituju

disaat hujan lebat
basah baju hingga ke kaki
air membelai pipi lembut
yang mengalir itu hujankah ataupon
airmataku?

kuatkan semangat hati memujuk sayu
bergegar naluri menahan gelora jiwa
memanggil-manggil nama Tuhan
jauh dari telinga sang bergelar manusia

air terus mendaki laju
dengan penuh daya ku capai darat
kini tenggelam semakin dalam
meronta-ronta, tiada sesiapa
yang tahu.

aku lemas
dan terus lemas..

Thursday, June 2, 2011

Allah Maha Mengetahui

saat memuncak. hati aku gelisah memikirkan kerja banyak lagi belom siap. dalam otak berputar-putar mencari jawapan, "tak mungkin aku akan siap", aku terfikir. tapi aku terus melawan, terus berusaha untuk menyiapkan kerja.

"hansuke, exit meeting pukul berapa?" tanya rakan sekerja aku.

"hm..kalu pukul 4pm boleh?" jawapan aku sambil berfikir.

"boleh je, saya tak kisah", dan rakan sekerjaku terus menyambung kerjanya.

aku cuba elak dari memikirkan pukul 4pm itu tidak mungkin sempat untuk kami meeting dengan client.

sebelom tengahari, aku terserempak dengan Big Boss client. aku terus setkan masa kami meeting.

"selamat pagi sir, nanti exit meeting kita pukul 4pm ye, is that okay with you?" tanya aku.

"oh, pukul 4pm tak boleh, saya takda free. ok macam ni, you buat semua kerja sampai siap, next week kita meeting, let say pukul 10.30am monday? client menjawap dengan selamba.

"oh, boleh, okay kalu macam tu, next week la". jawab aku dengan yakin.

sebenarnya aku sangat lega. Allah sangat memahami keadaan kami. terus aku bersyukur di dalam hati, dan menarik nafas, sambil tersenyum.

petang itu, kerja aku siap pada pukul 7.30pm. bila lihat jam 7 lebih, memang tak sempat pon. tapi aku bersyukur, alhamdulillah, meeting dengan client ditangguhkan. Allah maha mengetahui segala.

---------------------------------------------

bila kita susah, Allah sentiasa mendengar. bila kita tak susah pon Allah tetap akan dengar juga. cuma bila kita sangat memerlukan bantuan, Allah akan menolong secara direct pada bila-bila masa. cuma terpulang pada kita untuk sedar atau tidak. maka bersabar, bersabar dan terus bersabar menghadapi ujian Allah. Alhamdulillah, Allah masih lagi menolong aku pada saat aku hampir jatuh tersungkur.

wallahua'lam

Thursday, May 19, 2011

aku yang sering alpa

di mana hala tuju aku ini yang sering berdosa? dimana malu? disetiap sudut aku diperhatikan Engkau, tapi tetap sama aku kalah lagi, kata syaitan mencengkam hebat. menyesali berkali-kali tiada gunanya, pasti bukan syurga milik aku. bila? bilakah harus berhenti? bilakah harus aku hentikan dari keji yang Engkau mungkari? benci dengan diri sendiri.

jauh disudut hati aku mahu. walaupon tahu aku tidak layak. malu kerana terlintas walaupon sesaat. baunya mungkin jauh bagi diri ini, apetah lagi untuk menjejak kaki.

rezeki sering Kau beri, tapi aku tetap alpa. mana satu nikmat-nikmat Engkau yang aku hendak dustakan? kata-kata ini terus bermain diminda, bagaikan rakaman suara tanpa henti seolah-olah terus mengatawakan aku.

tolonglah hambaMu ya Allah. bimbinglah hati supaya suci. aku tidak mahu merasa panas dibakar bertubi-tubi, diazab berkali-kali. aku mahu yang hakiki, yang kekal, yang maha indah. aku mahu kasih sayang-MU. jangan lah Engkau biar aku terus berdosa. ampunkan dosa hamba-Mu ini, semoga aku ditempatkan di istana-Mu ya Allah, dengan dia, selama-lamanya.

Tuesday, May 3, 2011

berkat ibubapa sangat penting


Surah Al-Taghabun, ayat 11:

“Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. “

Potongan ayat 286, Surah Al-Baqarah:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…”

Potongan ayat 87, Surah Yusuf:

“..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."

Semua ujian datangnya dari Allah. Kita harus tabah menghadapi segala yang bakal atau pon yang sedang kita lalui. setiap ujian ada rahmatnya, kita sahaja yang belom menyedarinya. harus lah kita muhasabah diri, dan cuba mencari jawapan kepada apa yang telah diuji, mungkin ada sesuatu yang kita terlepas pandang, atau pon mungkin juga ia sekadar ujian untuk menaikkan lagi keimanan kita kepada Allah, sesungguhnya Allah tidak pernah membebani manusia kerana ujian yang Dia berikan adalah kesusuaian bagi kita yang sedang diuji. Allah sangat Maha pemurah lagi maha penyayang.

jangan lupa juga berkat ibu bapa. jangan sesekali kita menolak pandangan kedua ibu bapa kita, kerana sesungguhnya, kata-kata mereka kadang kalanya datang direct dari Allah juga. kadang-kadang kita ada target dalam hidup dan enggan mengikuti kata-kata ibu bapa dan akhirnya kita menghadapi jalan buntu untuk teruskan impian, maka sedarlah bahawa kita kena berpatah balik dan mengikuti kata-kata ibu bapa supaya ada kembali berkat kepada kita untuk terus menuju impian yang di inginkan.

ramai yang memandang remeh akan berkat ini dan akhirnya menghadapi kesusahan dalam hidup. itu yang pernah berlaku pada diri aku. dulu aku mengingkari kata ayah. ayah mahukan aku sambung degree dan masters dan phd. tapi aku ada plan sendiri, maka aku tidak mahu ikut ayah kerana aku ingin mengambil kursus profesional. akhirnya ayah bersetuju juga, mungkin kerana itu yang aku mahukan, kerana dia sayang aku dan tidak mahu aku kecewa, tapi setelah ayah pergi meninggalkan kami aku yakin beliau sebenarnya ada sedikit kecil hati. dan kecil hati itu lah yang telah menyebabkan aku gagal dalam peperiksaan profesional dan aku yakin semuanya kerana tidak berkat itu. aku yakin sebab itu.

3 tahun aku gagal dalam peperiksaan, dan pelbagai dugaan lain telah aku tempuhi, sampai la aku membuat keputusan untuk bertanya pada Allah, dimanakah hala tuju aku, dimanakah silap aku jika ada. alhamdulillah, Allah memberi ilham bahawa aku sudah tersalah langkah, aku sudah hilang berkat. lepas pada itu, Allah telah pon membuka hati aku untuk sambung degree. dan sampai hari ini, hidup aku semakin tenang, pembelajaran degree juga senang, hati aku sentiasa gembira kerana aku telah pon memceburi bidang yang arwah ayah mahukan. walaupon berat sebenarnya untuk melangkah masuk degree pada mulanya kerana merasakan usia aku tidak sesuai, tapi aku nekad untuk mencari berkat yang selama ini aku tinggalkan.

sekarang rezeki aku semakin bertambah. aku mendapat pekerjaan yang amat baik, tidak seperti tempat kerja aku yang sebelom ini. insya Allah lepas degree aku akan sambung pula master dan jika ada rezeki lagi sampai tahap phd. satu persatu rezeki Allah telah berikan kepada aku setakat ini, dan aku yakin ini kerana berkat yang telah aku genggam. alhamdulillah.

rezeki Allah itu datang dari mana sahaja kita berada. capailah supaya kita bahagia. muhasahabah lah diri, cari dimana silap diri dulu, mungkin ada, cuma kita saja yang terlepas pandang, mungkin. semoga Allah sentiasa memberi pertunjuk kepada orang-orang beriman insya Allah (dan aku juga, jika aku tergolong dikalangan orang-orang beriman).

wallahua'lam