Friday, September 25, 2009

bila dah suka


ramai orang bercinta. semuanya baik bila dh suka. kadang-kadang kita menipu diri sendiri, tutup sebelah mata, seolah-olah terapung diudara, dunia maya hanya berdua yang ada, sungguh indah dan sungguh istimewa. betol orang-orang tua kata cinta itu buta.

bila dah suka, makan pon tak lalu, tido tak lena tapi mandi tetap basah. haha. ni rindu tahap cipan namenya. entah ape difikir, orang panggil pon tak perasan, makan nasi tengok pinggan, mulut mengunyah, fikiran entah kemana. dah giler. .=) sb baru dlm proses nk kenal, maklumla tak tau name, asik terbayang je si dia..hehe..

bila dah kenal, bergayut takyah cerita (bukan diatas pokok), berjam-jam lamanye, asik abis duit top-up, sampai panas cuping telinga, bateri handset asik nak low je. duduk ditepi sudut bilik, terguling bawah bantal, ade yg duduk dibawah meja, lampu mesti nk tutup, jiwang skit kot. haha.

bila dah couple, hari-hari berjumpa. tak bosan ke? balik umah borak lagi, kalu tak call sms pon jadi. nak tido duk 'good nite' tak abis-abis, tengok jam, wei dah pukul berape ni?

haa..ni beberapa kisah makhluk bername lelaki, maaf name diberi bukan name sebenar~

1. mamat yg takut

mamat: "adui..cantiknya minah ni.."
aizat: "bro, pegi la tegur, ni la peluang ko"
mamat: "isk..takut siot, org macam dia mane la pandang org cam aku ni"
aizat: "ala, bukan ko nak gigit dia pon, tegur je, sembang je ape yang patut"
mamat: "tak boleh dowh, aku tak berani la..esok la aku tegur"
aizat: "yela tu, esok-esok aku kebas baru tahu.." haha..

itulah lelaki. tak semuanya berani nk dekati perempuan. kadang-kadang kurang kepercayaan pada diri sendiri. bukan nk pegi ajak nikah, padahal pegi tegur je. sembang2 tanya name. tapi awek sekarang pon susah jugak. lelaki datang tegur pon dah pikir lain dah. kalu tak datang tegur kate sombong plak. susah-susah.

2. boy yg gatal

boy: "bro, tengok awek tu seksi giler..perghhh!
john: "mane? mane?"
boy: "tu, yang pakai baju fit tu", uih..tak tahan, kalu aku dapat!!" (sambil menyedup air liur macam pedas tergigit cili padi)

bila dah suka. tak kisah dah awek tu pakai macam mana. lagi sikit kain lagi la suka. nak awek seksi-seksi je. nak tayang kat member-member. kepala hotak dia. awek camni ape kejadahnya? pakai baju adik darjah tiga. dah la baju warna putih, nampak segala mak nenek kat dalam warna hitam. kadang-kadang saje nak kasi nampak 'bra half-cup' la kot, seksi skit. itu belom lagi yg nampak cleavage terus, sambil tunduk-tunduk ambik barang. wah..seksinya!!! (berdarah hidung macam anime)

3. zol yg pening

miji: "ko gaduh lagi ngn awek ko zol?"
zol: "ape nak buat bro, awek aku suke merajuk, cakap kuat sikit tak boleh, lambat angkat phone merajuk, ini nk merajuk, itu nk merajuk, entahla aku pening.
miji: "takkan la takleh bawak bincang?"
zol: "susah skit la, dia je nk betul, aku je yg salah, aku tak tau bole tahan lame mane ni"
miji: "kalu susah sgt ko tinggal je awek cm tu, ko gak yg sakit kepala"
zol: "takleh bro, susah nk cari awek cun cam dia tu"
miji: "ikut ko la, hidup ko bro.."

bila dah suka. perangai buruk pon buat bodoh je. sebabkan lawa susah nk lepaskan. hm..bukankah hati yg baik yg kita cari? beriman kepada Tuhan yg pasti. tapi kalu dah sayang sangat cube truskan. mane tau kot-kot lame-lame dia berubah. kalu susah sgt solat istikharah je. takut duk couple lame-lame pening-pening, akhirnya tak jadi? haha..takpe-takpe awek ramai lagi..

4. bob yg terkandas

bob: "bro, aku nk bagitau ko sesuatu la, ko sorg je aku gitau ni"
ali: "cm serius je, ko jgn buat aku cuak dowh"
bob: "aku dah berlanggar luar trek ngn awek aku" (tuk pengetahuan umum berlanggar di luar trek itu bermaksud, dah terlanjur)
ali: "(beristigfar panjang)..bob, aku tahu ko ni budak baik, ape dh jadi ni?"
bob: "entahla, bla..bla..bla..bla..bla..benda dah nk berlaku, dah masing-masing nak kot"
ali: "pastu, ko nk nikah tak ngn awek ko ni?"
bob: "tu la masalahnya, awek aku dah tak nk plak kat aku, aku dah insaf, aku nk bertanggungjawab, tapi dia tak nak"
ali: "uih, berat ni kes ko, kalu dah dia tak nak nk wat cmne, aku pon tak dpt nk nolong, bertaubat je la.."

bila dah suke. macam-macam bole jadi. pegi hotel 5 star buat taktik hebat nak kasi lepas takut org nampak. buat sekali nak lagi. bila dah serius awek plak lari. kalu biji plak dah tumbuh baru la susah. mak bapak tahu suh kawin cepat nak tutup malu. lagi teruk, buat senyap, cukup bulan buang dalam semak. manusia ke syaitan?

sebenarnya suka menyukai perkara biasa. kadang-kadang cinta tu buta. tapi kalu dah jumpe yg betol ape salahnya. perkara baik harus diteruskan. nak hidup bersama bukan sekejap. kalu bole biar sampai ke akhir hayat. tapi kalu dah suke buat yg tak baik memang tak patut. kita hidup atas name islam. org lain pandang bukan duk diam. kalu sama-sama 'nak' biar lah secara sah. jangan sesekali jadi syaitan. nnti ramai plak anak haram. mane nak letak? takkan nk buang? kesian-kesian..

wallahualam.

3 comments:

Amar san said...

wawawa.. panjang gila posting.. posting ni boleh pecah world record ni, hehe..

dah takde ape aku nak tambah pasal apa yg ko tulis tu semuanya betul.. semua senario yg ko cedok tu semua dari kisah benar belaka.. maka marilah kita semua mangambil iktibar darinya.. jangan masuk telinga kanan tapi keluar telinga kiri..

tapi sebenarnya kita yg melihat dari tepi tidaklah sama dengan mereka yg melakonkan watak2 tu, iaitu mereka yg memberatkan bahu memikul beban tanggungjawab tu.. maybe pasal tu la kita tak dapat nak 100% empathy dengan apa yg diorang lalui..

yg paling senang, islam dah ajar.. jauhi zina.. kalo rasa kapel boleh bawak ke zina, jangan lah kapel.. kalo rasa nak kawin, kawin je terus.. pegi buat pinjaman bank.. zaman skarang banyak bank boleh bagi duit utk pinjamkan wang utk menikah.. alah, bende halal watpe nak takut nak buat.. nak wat mende haram tak takut la plak... kan kan?

alamak, aku macam dah dapat idea baru je nak tulis post ni.. hahahaha

btw, nice post.. smoga boleh jadi bahan dakwah moden.. :D

Amar san said...

aku dah tau sape mamat dengan zol tu...

hahaha

sapek said...

story yg nice...
gud la apih...
semoge jd tauladan...
huk3...
ko tu,bile lg...
peti ais dah bli...