Friday, January 22, 2010

deep in our hearts

people come and go. we feel as if it was yesterday the happiness we shared together, today one special person to us passed away and leave us in this cruel world, the world with full of hatred but everything else just don't matter, we urge and seek the strength in ourselves to keep going, thinking that 'there is no God but Allah and Muhammad is His messenger'. we must go on, we must be strong, we must have faith.

everyday seems so unreal but in our hearts we know that it exists. we touch and feel our faces and breathe the fresh air like no other day. thanking the Almighty for this living moment and the past that was full of sadness, full of regrets that are never going to go away, broken hearts for all the mistakes, sins that we commit in the slightest hesitation and later we will be punished, the Day will come and some of us will be burned in fire of Jahanam.

we seek forgiveness. we seek happiness. we seek His love. it was there all along. it was vanished in front of our eyes because our hearts are too dark to see. the light from Himself that shown upon us. but we neglect the truth. reluctant to admit, to let it sink inside of us and we just cannot see. it's not meant for us to see. only the chosen one will see that light, the light to most beautiful place, like none other place we can imagine. only iman will bring this light, it will bring the truth and answers to our questions.

what fate lies upon our children and our ummah? where are they heading? towards what and whom are they seeking? living a life with no meanings, no questions and no answers. day by day will past. until the day of the fallen mountains, the earth that swallows the living soul, nothing is left but dust. on that day we will realise it is now too late for taubah. the judgement day. it is real, it's a promised that will be kept. haven't we realized it by now? some of us just don't want to admit the truth only will they fall to the satan's hands and later will only lead them to Jahanam. it's a root for us to choose. deep inside of our hearts, we already know the answer.

Sunday, January 10, 2010

dunia facebook

ibu, facebook
hubungannya erat sekali
setiap hari, sehabis mandi, selesai makan
sehabis apa pon
dalam hatiku aku berfikir
mahu kemana gerangankah ia?
notebook, tapi apa yang selalu ia lihat di notebook?
facebook, setiap hari tawanya menggema
sampai kapankah hubungan erat antara ibu dan facebook?
mungkin sampai akhir hayatnya
notebooknya akan dibawanya ke syurga.


ni la puisi budak indon yang aku tgk kat youtube, kalu rase nk tgk video ni click disini. aku rasa bapa dia yg tulis puisi ni sebab tak mungkin budak kecik bole pikir sedalam puisi ni, tapi tak kisah la sebab sindirannya memang 'ketepek' pada dahi 'facebook addict'. pertama kali aku tgk video ni memang tergolek aku gelak. mase tu aku dah pon delete account facebook aku walaupon hakikatnya facebook tak bole di delete sama sekali, ia hanya deactivate sahaja, len kali bole login katanya, kami menyimpan info anda untuk masa akan datang, hampeh, aku bingit giler, tak macam friendster dan myspace, senang je delete terus. nampak sangat facebook ni memaksa orang untuk kekal bersama mereka.

facebook dah jadi satu phenomenon, bukan baru sekarang 'social networking' ni wujud sedangkan selama ni ada juga website lain seperti friendster, myspace, beebo dan lain-lain tapi facebook dah jadi suatu yang begitu besar, teknologi yg mereka pakai begitu advance sampai chat pon bole tanpa ia 'hang'kan browser anda. dulu tak ramai pon join facebook ni, tapi sejak dua menjak ni dah ramai pulak pengguna 'switch' dari social network yang lain kepada dunia maya facebook, termasuklah aku sendiri.

hari-hari facebook, bangun tido aku pikir facebook, lepas makan facebook, balik kelas, dalam kelas, pikir facebook, terfikir apa yang kawan-kawan dah comment pada status harian aku, atau pada gambar-gambar yang telah aku postkan di wall sendiri, awek cun yang aku request dah add aku ke blom, dah reply ke message aku budak ni? ini la ecstasi yang paling mujarab mengisi ruangan hidup aku, paling sedih sampai masa sembahyang pon terfikir facebook. sampai la suatu hari aku bosan dan cuba delete account facebook aku, sekali tak bole pulak, aku bengang.

sebenarnya, video budak kecik tu memang tepat pada isinya. kita sebenarnya addicted to facebook. apa jua facebook, tak kisah lah, soalan social interview nya, soalan quiz nya, game mafia wars nya, farm ville nya, fish ville nya, dan banyak lagi lah. rakan-rakan aku bangun subuh, bukannya nk amik air sembahyang tapi bukak computer lihat facebook, nak tengok ape yang latest comment di wall mereka. benda ni dah jadi out of control. sesetengah orang memang tak leh nk control, termasuk la aku, dan disebabkan ini aku dah pon delete. tapi sbrnya sapa yang boleh control benda ni? tak ada sapa pon, kamu menipu diri sendiri jika mengatakan, "ikut diri sendiri la nak control benda ni" tipu!! tolong lah, anda menipu diri sendiri!!

kalu bole control, macam mana bila post je comment tertentu atau gambar atau status, cepat je akan dibalas atau di delete oleh pengguna yang lain. ini bermakna pengguna facebook kebanyakan tunggu didepan pc atau notebook melihat atau menyemak latest comment yang ada. pernah tak anda menunggu durian runtuh di dusun? kalu pernah anda mungkin tahu perasan tu, kalu tak pernah pergi la tunggu durian jatuh di dusun-dusun dan anda akan tahu ia perasaan yang seakan sama ketika menanti di depan pc atau notebook. bagi aku baik tunggu durian runtuh sebab bila dah jatuh boleh gak kenyang perut. hehe.

aku sakit hati dengan diri sendiri sebab selalu nak bukak facebook. menanti comment-comment yang takda maknenya. setiap hari setiap waktu. ia seolah-olah menghantui diri. kawan aku yg dah delete facebook mereka pon cakap benda yang sama, sakit hati dan bosan. maka aku tak keseorangan dalam bab ni.

aku rase sesetgh orang dia terlalu seek attention. mengeluarkan statement yang akan orang comment, kadang-kadang sampai puluhan comment, oh seronoknya dapat comment yang banyak, cube bukak tgk sapa yg comment, 2 orang je sebenarnya, tuan punya account dan yang mengomen, sama seperti chat room, kalau macam tu la kan, baik bukak Yahoo Messenger je, bole sembang sampai ke pagi. bila statement yang di post kan kat wall tak laku, owner facebook tersebut mesti terus delete post tu. hallo, ko nak ape sebenarnya?

ada lagi, pasal shoutout orang bercinta, tak payah aku ulas benda ni sebab semua orang dah tahu macam mane attention seeker menulis shoutout di wall-wall masing-masing nak bagi tahu seluruh dunia kisah cinta mereka. aku bukan jeles, tapi meluat je sikit-sikit. hehe. sori. bukan ape, aku ade kenal pasangan ni, kawan aku jugak, kat kolej, hari-hari jumpa, tapi bila di facebook, "sayang, i miss u!!", rindu itu ini, padahal baru tengahari tadi aku jumpe diorang tengah dating. hallo, tak cukup ke kat dalam sms? aduhai.

aku rase isu ni dah ramai orang bincangkan, bukan aku sorang je yang rasa camni, alhamdulillah. dalam surat khabar pon dah byk keluarkan article yang menyentuh phenomenon facebook ni, tapi aku dah tak ingat bila article tu keluar. penulis tu kata facebook ni tak bagus dan 'something has to be done', sebab produksi syarikat banyak yang menurun kerana terlalu ramai pekerja lebih sibuk dengan facebook mereka dari menyiapkan kerja masing-masing, dengan ini kerja-kerja jadi slow dan production menurun. bukan tu je, study rate ade jugak yang jatuh sebab terlalu 'facebook', daripada study lepak di facebook lagi best agaknya. sia-sia je fail paper.

yang latest aku dapat tahu, facebook kate je private, tapi sebenarnya tak, sekarang mereka (facebook admin) dah buat access kepada boss-boss yang nak tahu pekerja mereka sedang buat kerja ke tengah busy berfacebook, sekarang boss pon bole tahu atau trace korang tengah buat ape melalui internet di office. pikir dua kali la kalu rase boss korang tak tahu korang buat ape. private ke camtu? satu lagi, dengar khabar, facebook ni sbrnya ada terlibat dengan CIA, cara facebook la diorang nak kumpul maklumat seluruh dunia. pengguna pulak ada yang letak nama penuh, asal mana, suka apa, status apa dan lain-lain lagi la, apa motif kita pon tak tahu. kalu benar lah benda ni, kan dah senang-senang maklumat diri anda di access oleh pihak tertentu. private la sangat..hm..

aku sebenarnya nak tulis panjang lagi tapi cam dah malas. apa pon terpulang la pada individu untuk menilai phenomenon facebook ni. bagi aku benda ni memang laro, kalu tak setuju pon tak apa sebab ni bebelan aku sahaja, semua orang ada pendapat mereka sendiri, pandai-pandai la menilai.

selamat tahun baru semua.

Monday, December 21, 2009

pilihan

semalam aku lepak umah kakak aku sebab nak hantar kereta aku hari ni kat bengkel berhampiran umah dia. kereta ni sebenarnya arwah ayah aku yang punya, masa sebelom allahyarham pergi dia ada pesan kat ibu untuk jual kereta tu tapi last2 kami pulak sayang nak bagi kat sapa-sapa beli sebab kereta tu la satu-satu nya benda yang dia sangat sayang. aku dah banyak habis duit baiki kereta ni, nasib baik ade sikit-sikit baki gaji masa aku kerja dulu, kira boleh la baiki benda-benda yang rosak.

sampai di bengkel tadi check punya check ada sedikit masalah yang kena selesai berkaitan dengan kipas, tak cukup satu katanya, nak tukar original, spare part susah nak cari sebab kereta aku ni kereta buatan perancis. aku tak kisah sebenarnya dia nak buat cam mane, janji kereta aku tak meletup kepanasan sudah. hehe~

sebenarnya semalam aku ada niat nak tukar power steering kat kereta aku sebab berat bila dipandu. dalam otak aku aku tak kisah berapa harga power steering tu janji sedap dipandu. tapi bila dah banyak plak yang rosak kena sediakan duit lebih, terbatal la niat aku untuk tukar power steering tu. aku suruh pomen tu buatla ape yang patut, aku kata nak datang besok ambik bila dah siap.

so, berjalan la aku naik LRT Putra menuju ke rumah sewa. dalam LRT macam-macam la jumpa orang. terfikir plak dalam otak aku nak membebel pasal orang pompuan islam yang tak pakai tudung. bukan aku nk mengata kat diorang cuma tetiba je aku ada terfikir plak kenape sebenarnya mereka tak bertudung. padahal dalam islam sah jelas mengenai issue ni. wajib tu tetap wajib. aku sebenarnya terfikir masa lepak ngn pomen tadi. sebab dalam hati aku nak tukar steering tapi bila dah ada benda lain yang diluar jangkaan aku, so terpaksa ubah matlamat untuk sesuaikan dengan keadaaan. aku terfikir tadi ia adalah sebenarnya mengenai pilihan.

macam perempuan-perempuan yang aku jumpa dalam lrt tadi, mereka sebenarnya bukan tak tahu adalah salah disisi agama tak bertudung tapi mereka tetap jugak buat. sama ada didikan agama yang kurang atau pon tidak, tak mungkin menjadi isunya kerana, disekolah pastinya kita telah pon belajar pendidikan agama dan yang sewaktu dengannya. jadi, sebenarnya dimanakah silapnya? bagi aku wanita-wanita ini sebenarnya memilih untuk tidak bertudung. mereka tahu ianya salah tapi disebabkan pilihan untuk tidak bertudung itu sendiri yang menjadi faktor.

kadang-kadang ada jugak mereka yang tidak tahu langsung pasal agama atau pon mereka ini betul-betul jahil, jadi mereka ini tidak termasuk dalam kategori membebel aku ni. yang termasuk ialah wanita-wanita yang tahu tapi buat tak tahu.

firman Allah dalam kitab suci nya ada menjelaskan.

"Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka.."

(ni sebahagian terjemahan ayat 31, surah An-Nur, aku amik sikit-sikit je)

wanita-wanita yang aku sebutkan diatas memilih untuk menolak pesanan maha suci Allah. yang penah aku jumpa, mereka yang tak bertudung ini sebenarnya mereka sedar akan kesalahan tidak bertudung tapi selalunya alasan yang akan diberi ialah:

1. "aku tahu salah, tapi aku tak ready lagi la nk bertudung full-time"

2. "segan ngan kawan-kawan aku, diorang tak bertudung pon"

3. "jangan ko nak berlagak bagus ah nak lecture aku!"

4. "entahla..hehe..(diam terus sambil sipu-sipu manja)"

sebenarnya aku tak penah lagi kena maki cam no. 3 tu bila pesan kat kawan-kawan aku tapi aku penah dengar la orang yang penah kena. yang biasa aku berdepan yang no. 4 tu. kadang-kadang nak je ketuk kepala diorang, macam chips more, sekejap ada sekejap takda.

so, tanpa segan dan tanpa malu aku katakan wanita memilih untuk melakukan dosa. (free je dapat). tapi lelaki pon sama. bukan Allah tak penah pesan dalam Al-Quran. ada. dalam surah yang sama seperti kat atas tu.

ayat 30. surah An-Nur.

"Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluanya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan"

sebenarnya Allah swt berpesan kepada lelaki dahulu dalam ayat 30 sebelum memesan benda yang sama dalam ayat 31. wanita yang beriman mesti menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluanya. maka kedua-dua ayat tersebut jelas ditujukan kepada kaum-kaum adam dan hawa.

seperti diatas, lelaki juga ada pilihan dalam apa jua yang dilakukan. contohnya. lelaki yang ingkar untuk sembahyang. sedangkan mereka tahu ia perkara wajib. tapi tetap juga untuk tidak melalukan ibadah wajib lima waktu. sebenarnya semua bergantung kepada pilihan itu. pilihan untuk takut kepada Allah atau tidak. begitu simple. mahu melihat syurga atau mahu melihat neraka, (ada ke yg nk gi neraka?) atau blur trus, free thinker kononnya. kita diberi akal untuk berfikir, hati untuk melihat kebenaran, dan untuk memilih yang mana baik atau buruk.

ada satu citer yang berlaku baru-baru ni. salah sorang kenalan kitorang accident motor, dia lepak umah sewa kami sebab dah dekat ngan exam. aku plak time tu masih lagi sibuk bekerja, jarang ada kat umah. aku tak kisah la orang sakit menompang takkan nak halau. pendekkan cerita, aku perasan mamat ni tak solat, dia buat bodoh je. kami tau dia sakit kaki kena plaster. setahu aku kalu dah injured kaki dan takleh amik wuduk, seharusnya la bertayamun. pastu kalu takleh solat berdiri kena la duduk, kalu takle jugak, solat melintang, paling busuk pon, kalu takleh jugak kena guna isyarat mata. mamat ni patah ibu jari je. aku dah bingit dah tengok orang camni nompamg umah kitorang. nak je aku sound, tapi aku memang takkan sound orang yang tak rapat ngan aku. dah masuk sebulan tak penah pon aku tgk dia solat.

sekali aku dah tak tahan, aku sindir indirect, aku buat-buat tanya rakan umah sewa aku, "wei, tayamun bahagian muka camne?" ada yang sahut. "nape ko tanya?", aku jawab, "yela, bertayamun kan wajib bagi orang-orang yang takleh nak amik wuduk..", semua terdiam, diorang dah tahu aku memang sindir khas kat mamat tu. si mamat ni plak buat-buat tak dengar. dah la menompang, pastu kuang ajar plak tak solat depan kami. selepas kena sindir pon masih berdegil. aku tak kisah pon kalu dia tak takut sindiran aku. kalu ikutkan nafsu memang la malas nak solat tapi kena la takut azab Allah diakhirat kelak. api neraka! api neraka! tak takut ke?

itulah dia, contoh manusia yang memilih keburukan dari melakukan kebaikan. tapi apa-apa pon, itu si mamat tu punya dugaan. orang lain mungkin lain pulak Allah akan uji. setiap orang mesti akan diuji. aku pon takleh nak mengata lebih kat dia sebab itu dugaan dia. sendiri kena handle la. nak tak nak kena la solat, tebalkan keimanan, barula tak rase lost je, blur je kat dunia ni. cari la ketenangan dengan solat. aku harap mamat ni dan sapa-sapa yang camni sedar la silap masing-masing dan kembali kejalan Allah swt. solat la sahabat sebelom terlamabt. semoga korang mendapat hidayah. insyaAllah.

aku membebel:
kadang-kadang aku pon kalah dengan nafsu. contohnya, bila seorang wanita yang seksi pakaiannya, menampakkan buah dadanya, berjalan didepan kami-kami yang bergelar lelaki. pastinya kawan-kawan lelaki aku akan terbeliak mata mereka sambil membisik "mak ai..gempa bumi..sekala rektor 7!!" kebaboom, gunung berapi meletup! sah-sah aku akan melihat lava-lava panas yang mengalir itu. teringat kata-kata ustazah dulu. "ingat, kalu kamu lihat sekali, itu namanya rezeki, tapi bila yang kedua kali, berdosalah kamu yang melihat itu". maka, budak-budak lelaki akan melihat agak lama sedikit, asalkan ia sekali saja. haha.

ini lah namanya ujian bagi ayat 30 tadi. supaya kita memelihara pandangan kita. aku penah memilih untuk melihat lava-lava. (yela, aku laki, ada nafsu, kena cepat kahwin hehe) tapi balik umah menyesal sebab telah melakukan dosa melihat kedua kali. tapi sebenarnya jika kita memilih untuk merendahkan pandangan seperti yang dipesan Allah dan Rasul-Nya, maka terpeliharalah pandangan kita terhadap benda-benda yang dilarang Allah dalam kitabnya. so, semuanya adalah berkaitan dengan pilihan untuk melalukan kebaikan atau dosa. sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Mengetahui segala.

pilihan. nak buat atau tidak. nak baik atau buruk. nak berubah atau tak berubah. semuanya untuk kebaikan kita jugak. dalam mencari keredhaan ilahi, kita haruslah menjauhi yang dilarang dan mendekati kebaikan. kedua-dua kaum adam dan hawa harus memainkan peranan masing-masing untuk memelihara keimanan bagi mengelak hasutan iblis yang sentiasa berada di mana jua kita berada. aku manusia ko pon manusia. kita ada pilihan. korang pilih la yang terbaik, semuanya ada akal untuk berfikir.

chotto matte kudasai, kalu pompuan tak pakai tudung dan dedah sini sana, maka mesti la ada yang mahu melihat kerana sifat manusia sejak azali begitu (campur hasutan iblis), jika ia ditutupi dengan tudung dan menjaga auratnya seperti yang dipesan Allah swt, maka bahagia lah kita yang beriman kepada Tuhannya di dunia dan diakhirat.

sama juga aku ni, tak terkecuali. mestilah jaga setiap tingkah laku untuk mendapat keredhaan-Nya. yang tak solat tu pegi la solat. pompuan pon sama, pegi la solat kalu tak datang haid. jangan tunggu kena laggar lori dulu baru nak insaf. kita hidup sekejap je. esok lusa pon dah takda. dalam kubur, malaikat datang tanya, "siapakah Tuhan kamu?", "aku..aku..aku tidak tahu....!!!" (pweeeeshhhhhh, bunyi angin bertiup) tetibe tringat lagu sakaratulmaut tu. meremang bulu-bulu romer. so, nak syurga ke nak neraka? pilih-pilih.

abis membebel.

Wednesday, December 16, 2009

beruk pak man

di pagi yg indah, di sebuah desa, angin bertiup dingin, pak man (bukan nama sebenar) dan beruk nya menaiki basikal menuju destinasi mencari rezeki.

pak man: "huh..huh..huh...tepi..tepi..sana skit.." sambil mendongak ke atas.

beruk: uh..uh..uh..(aku tak tau bunyi beruk camne) memusing tangkai kelapa dengan penuh semangat.

pak man: "woi..woi..nanti la makan semut tu..kelapa tu dulu..nate beruk sungguh!!"

walau macam mane pon beruk nya kena marah, tetap ia akan buat kerja nya sambil mencuri tulang makan semut-semut di atas pokok kelapa. tak penah ia merajuk dikala kena marah atau dimaki 'nate beruk' oleh tuannya pak man. itu la sifat seekor beruk pak man, yang rajin (atau terpaksa) bekerja dan tak penah merajuk.

cam pelik je intro aku. sebenarnya aku nk tulis pasal issue merajuk tetiba je teringat zaman kecik-kecik masa tengok beruk panjat pokok kelapa. haha.

nak cakap pasal merajuk ni banyak la bole bincangkan. issue ni memang la glamer. aku dah lama nk tulis pasal ni, tapi kali ni ada kesempatan untuk siapkan isi nya. cam biasa aku nak story je skit-skit pada sapa-sapa yang sudi baca blog aku ni. kalu ade. kalu takde. takpela aku memang suka membebel sorang-sorang. (macam tak biasa plak).

cerita ni berlaku pada 3 tahun lepas, masa aku bekerja si sebuah firma audit kecil di sekitar kuala lumpur. dalam ofis tu ada 7 orang trainee degree accounting baru masuk, aku antara 3 orang staff tetap (kuli) je kat situ. pada suatu petang pas lunch, dua orang trainee perempuan mula berborak pasal bf diorang. aku tengah buat kerja tapi pasang telinga. hehe. (cerita lebih kurang sebab dah lama aku lupa)

cast:
kak Y (sudah bertunang ketika itu, 2 tahun tua dari aku)
si J (wanita, seusia aku, ramai orang minat)
si K (lelaki, sangat baik dan kelakar dan sangat matang pada usia nya ketika itu)

tenene..tenene..tenene ne..(handphone nokia berbunyi)

si J: "ala, malas betol nak balas message bf aku, ajak tengok wayang la plak, aku tengah merajuk ni"

kak Y: "haha. ape citer? story ah skit"

lalu si J pon menceritakan kisah merajuk nya ng bf dia. bla..bla..bla..

lalu si K pon menyampuk (mane tak nya ofis kecik semua org boleh dengar citer si J)

si K: "nape budak pompuan kena merajuk? tak boleh ke buat biasa je? benda kecik ko nak besarkan buatpe? saje je ko nk buat-buat gaduh. perlu ke? (lebih kurang la ayat dia)

lalu 2 orang minah ni start melawan kata-kata panas si K tadi. tapi ala-ala mesra gitu sebab kitorang memang rapat, macam adik beradik.

si J: "eh, mestila, merajuk boleh merapatkan lagi hubungan, boleh jadi lagi mesra..bla..bla.." disahut betul-betul oleh kak Y sebab mereka sependapat.

si K: "aku tak setuju!! banyak je cara lain nak bagi rapatkan hubungan tu selain dari merajuk, bagi aku, tak patut sama sekali merajuk, tak perlu pon takpe. lagi baik kita duduk berbincang kalu timbul masalah..bla..bla.."

panjang lebar si K ni bagi ceramah ala-ala berpidato, sebab si K ni memang budak debate kat tempat dia belajar.

si J & kak Y: "mane ade couple tak merajuk sama sendiri, tak fun la"

si K: "ade..percayalah cakap aku"

debate ni pon berterusan dengan seronoknya sebab boss takde kat ofis, sebab hari jumaat. hehe.

tetiba si K cakap.

si K: "camne bro, apa pendapat ko?"

aku terkejut sebab dia libatkan aku sekali. dengan tak segan, aku mintak maaf dengan minah-minah tu lalu cakap aku sangat setuju dengan pendapat si K. (kantoi la plak buat kerja sambil pasang telinga. haha.)

merah muka minah-minah tu sebab aku tambah lagi si K punya hujah kenapa tak perlu merajuk. (merah sebab malu kot, si K dah la muda, tapi mampu berfikir diluar jangkaan diorang). tetibe boss pon masuk, perbincangan hangat pon terhenti. tamat.

aku membebel:
sebenarnya aku bukan nak berbelah pihak pada si K tadi tapi aku memang setuju dalam hubungan tak perlu ada merajuk, tak kisah la saja-saja nk merajuk ke nak bf pujuk, atau nak gf pujuk, cuma bagi aku benda ni (merajuk) boleh memburukkan lagi keadaan dalam perhubungan. lama-lama kalu di amalkan, ia akan jadi tabiat, sikit-sikit merajuk, tak jadi kerja la jawabnya.

ramai yang berpendapat merajuk ni sesuatu yang baik tapi bagi aku merajuk ni sebenarnya membohong. full stop. mereka sebenarnya berpura-pura, hanya kerana nak memuaskan hati diri sendiri. tabiat ni sangat la buruk sebenarnya. hentikan.

jangan sibuk nak cari salah orang lain untuk merajuk, mengungkit hal semalam, salah sapa dan apa-apa saja, especially pasangan, periksa la diri sendiri dulu kalau-kalau kita yang silap, jangan terus tunding jari dan merajuk tak ingat dunia, muncung mulut 3 inci, masam muka, tak bertegur dll. cuba cari 'the positive side' dalam hubungan tu. kalu ada masa cari mesti jumpe punya. yang paling penting, duduk dan bincang, mesti bincang, kalu tak puas hati, bincang, kata sayang nape tak nak bincang?

bila lagi nak bersifat matang? nanti bila dah kahwin, banyak lagi hal korang nak kena pikir, bil air, bil itu, bil ini, merajuk tak tentu pasal tak membawa apa-apa faedah pada sesiapa pon, nanti anak-anak tengok jadi ikutan, tercetus la evolusi tabiat merajuk turun temurun. sapa nak start ubah ni, kalu bukan dari kita sendiri. islam tak ajar kita perkara yang sia-sia cam ni.

ikut korang la nak handle camne hubungan masing-masing tapi elakkan merajuk sebab ia perkara buruk. beruk pak man pon tak merajuk ape..

lastly. kawan laki sama laki. kawan pompuan sama pompuan. sama je. kawan ngn kawan pon nak merajuk ke? kalu pompuan datang bulan kira ok gak, ada alasan. kalu laki merajuk ngn member datang apa plak? belajar la ngn beruk pak man lagi bagus, tak susahkan orang.

bak kata aku kat kawan-kawan laki aku, "nak merajuk masuk gua"

aku nobody. takde sape yang lebih. bawak la bincang dalam apa saja perkara. face to face dengan masalah lagi bagus. insyaAllah dapat rapatkan lagi persahabatan. sapa la kita tanpa sahabat. hanya sunyi dimuka bumi, mencari keredhaan ilahi.

abis membebel.

(perasan jadi Dr. Love kejap. haha)

p/s: kak Y dan si K selamat kahwin dengan pasangan masing-masing tak lama lepas grad degree dan mendapat kije tetap. alhamdulillah. si J, tidak dapat dikesan.

Wednesday, November 25, 2009

perbuatan sia-sia

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;


Surah Al-Mukminun ayat 1 - 3.

teringat masa sem 3 diploma, ustaz minta kami menghafal surah ni dan membaca didepan beliau untuk diuji, ayat dan terjemahannya sekali. aku tekun menghafal di kotak library sehari suntuk. ayat yg hendak diuji ialah sampai ayat ke 11 (Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya). aku sgt suka akan surah ni. Allah sgt jelas dgn kata-kata Nya. sedkit sebanyk mengubah diri aku untuk menjadi lebih baik.

kadang-kadang kita lupa pesanan tuhan di dalam kitab Nya. kita sering kali mengucapkan perkataan-perkataan kesat yg keluar dari mulut kita jika memarahi sesuatu atau seseorang. perkataan-perkataan ini jelas sia-sia. dan rasulullah pernah berpesan, jika tiada apa-apa hendak diucapkan, lebih baik diam saja. aku rase lebih baik kita bykkan berdiam diri dari berkata yg bukan-bukan.

semestinya, ujian kepada orang beriman, tidak pernah putus. cuma kita sahaja yg mesti bersabar menghadapi setiap cubaan yg dikenakan. berbuat baik adalah kewajipan setiap ihsan. bukankah berkata yg baik itu merupakan perbuatan yg baik? walau sekecil zarah sekali pon akan dibalas dengan yg baik, betapa terperinci nya pesanan Allah kepada kita didalam kitab Nya. kita saja yg kadang-kadang lupa untuk menghayatinya, sedangkan kita tahu, bukannya tak tahu.

pendek je post aku kali ni. entry ini adalah sekadar perkongsian sahaja. tiada niat aku untuk menyindir sesiapa. ia adalah pesanan untuk diri aku jugak untuk dibaiki. kadang-kadang aku pon lupa sebab aku pon manusia biasa. kepada sahabat yg beriman teruskan perjuangan mu. semoga Allah sentiasa bersama kita dalam ape jua keadaan. Insya Allah.

Monday, November 23, 2009

bersikap dewasa

aku suka tengok org bercouple (bahasa rojak) terutama mereka2 yg dalam process mengenali sama sendiri. bagi aku, ni sume perkara biasa jika mereka tak melakukan maksiat. janji ada batas islam yg harus mereka ingatkan. sesetgh pendapat mengatakan tak baik sama sekali bercouple, ade juga yg mengatakan kalu bole kawal keadaan ia dibolehkan. bab ni aku tak nk komen banyak2 sebab aku pon tak arif sgt.

biasa kita melihat mereka yg couple meluahkan kata-kata cinta mereka di internet. selalunya yg aku perasan ade diantara mereka yg menyatakan perasaan cinta mereka seolah-olah ingin memberitahu seluruh dunia yg mereka sedang hebat bercinta (deep in love). aku bukan cemburu. oh, tidak. cume aku rase perbuataan seperti ini sgt kebudak-budakan. tak cukupkah mereka saja yg tahu mereka saling cinta mencintai? sampai nk bagitau semua org tu kenape?.

aku sgt hormat kawan2 aku yg bercinta tapi buat2 biasa saja. seolah-olah benda tu takde benda pon nk dihebohkan. memang pon. tak perlu sebenarnya. sebab hubungan tu kita tak tahu sejauh mana boleh berkekalan. cukup sekadar kita berdoa pada Tuhan supaya hubungan tu kekal. kalu ada jodoh pasti tak kemana.

mengapa mereka2 ni suke buat macam tu? ini teori aku. aku rase ia adalah sekadar warning kepada individu yg dianggap ingin memasuki "line" cinta mereka. contoh. jika seseorang pompuan tu cantik dan di website beliau (fb, ms, fnster or blog dll) ada ramai pengikut-pengikut (friends list) lelaki misalnya. sah-sah beliau sgt glamer dan ramai lelaki yg akan cube untuk memikat si cantik itu tadi. untuk mengelak ada org 'men-tackle' dirinya, beliau akan membuat 'statement' yg berbentuk cinta atau rindu akan pasangannya. statement seperti, "aku sgt merindui mu", "engkau saja untuk diriku", "bilakah hendak kita bersua" dan sebagainya. selain itu, mereka2 ini akan letak gambar si kekasihnya untuk diperlihatkan pada semua org. atau di blog pulak, mereka akan menulis post/entry beserta gambar khas buat kekasih. satu lagi contoh 'warning' supaya tidak memasuki line tadi. (tapi mungkin jugak saje nk bangga2 dgn semua org, nk tayang muka kekasih..haha)

tidak cukupkah sekadar meletak status: "in a relationship"? aku rase status ini sudah cukup mantap untuk difahami. bukankah, website fb, ms, or friendster adalah website untuk kenal mengenali? atau untuk networking? jika 'di-tackle' oleh seseorg sekali pon, bagi aku cukup sekadar berterus terang saja, mengatakan "maaf saya sudah ade kekasih", "kita kawan saja tak boleh lebih-lebih" sudah cukup. tak perlu bersikap kebudak-budakan, sebab perbuatan seperti itu amat memalukan.

mesti ada yg perasan aku tak bagi contoh lelaki dalam post ni. sebenarnya ade jugak lelaki yg sama camtu tapi tak lah begitu ketara dibandingkan perempuan. (maaf ini realiti). tapi ini semua hanya sekadar pemerhatian aku saja, teori aku, pendapat aku. tak penah pulak aku cube memikat perempuan dalam internet sebelom ni dan tak terlintas pon tuk mencuba, try, test, tengok. oh, tidak aku pemalu orgnya. yeke ni? haha.

kita haruslah bersikap dewasa dalam ape jua keadaan. jika ade yg ingin mengenali diri anda, bersyukur lah. jika anda sudah berpunya, berterus terang lah supaya pihak yg satu lagi itu memahami status anda. jika anda masih single, tapi anda tak berminat dgn si 'pen-tackle' anda itu, berterus terang saja. lebih baik berterus terang dari hilang seorang kawan. manalah tahu yg ingin berkenalan itu ialah kawan yg sgt beriman kepada Tuhannya dan mungkin akan membantu anda menuju ke jalan yg diredhai Allah swt. ape lagi kalu bukan redha Allah yg kita cari? setuju atau tidak, anda tentukan.

wallahualam.

Sunday, November 22, 2009

am i psycho?

ramai kawan2 aku kate aku saiko. aku pon tak tau nape. tapi pas lame2 pikir, aku rase aku bole agak ape diorg maksudkan. aku rase macam ni:

(i)
masa aku amik diploma kat uitm dulu, pelajar2 byk terlibat dalam aktiviti kampus. kebanyakkan pelajar start dari bawah. mula2 jadi ahli, pastu naik jadi AJK, last2 jadi Presiden club. tapi bila time aku, dari ahli biasa, dilantik jadi ketua part, dari situ aku terus lompat jadi wakil pelajar (MPP). aku rase mungkin sebab ni org kate aku saiko kot. tapi diorg tak tau aku asik fail je exam sb terlalu busy.

(ii)
mase di uitm. aku ramai kawan2 pompuan. ade je nampak muka aku kat cafe uitm tu. arini awek lain, esok awek lain. suatu hari tu ade la kawan aku sorg ni bagitau yg budak2 pompuan duk men teka2 yg mane satu awek aku antara yg ramai2 tu. adakah sebab aku ramai kawan pompuan sampai aku layak digelar saiko?
tapi sbrnya, yg diorg tak tau, budak2 pompuan yg aku penah keluar tu, semuanya dah berpunya. yg dah tunang pon ade. mereka tu semuanya aku anggap adik2. aku keluar pon sebab diorg byk masalah. aku la tempat mengadu. maklumla org bercinta mesti la byk masalah. apa la salahnya seorg abang dgr masalah adik2 dia? balik2 aku gak kena tuduh bukan2.

(iii)
pas grad, kawan aku ramai kawen. pastu memandai je nk kenen2kan aku ngn kawan kami yg masih single. bila aku tak nak, mereka kata aku memelih la apelah. yg paling best ade gak yg kate aku saiko sebab tak couple. saiko ke tak couple? aduih..kalu dah kawan baik takkan tetibe je nk couple. kena plak sebaya. sesetgh org mmg tak kisah sebaya. tapi aku kisah. bukan ape, aku cume ikut pesanan parents aku je. kate mereka, kalu nk cari pasangan, cari la muda dari kita. kata2 ibu bapa ni berkat!! tapi jodoh kita tak tahu ngn sapa. aku pon tak sibuk nk cari.

(iv)
pas diploma, budak2 aku ramai yg sambung degree accounting uitm. aku plak pas grad trus kije. tetibe suatu hari tu diorg dapat tahu aku sambung ACCA. mak ai, ramai la ckp aku giler. ade yg kate "bole ke ko bwk? masa dip aku tgk ko biasa2 je?" perghh..giler pandang rendah kat aku. lagi la aku semangat nk buktikan kat diorg yg aku bole. tapi yg kate aku giler tu ade kebenaran la jugak. sebab ACCA memang susah. kursus paling tinggi dalam bidang accounting. name pon kursus professional dari UK. kalu degree, 1 subject, 3 sem syllabus kena amik, kami ACCA 1 subject, 3 sem syllabus tu, 1 sem je belajar, pastu exam. tak ke pecah kepala? memang aku giler la pegi amik. tapi ramai je budak melayu dah grad ACCA ni. tak salah pon aku amik cube nasib. kalu kita usaha InsyaAllah bole pass. ade pon paper yg aku dah pass. sape kate aku tak bole. sume org bole lakukan keajaiban sbrnya. cume kena mintak dgn yg maha esa je. ape2 bole jadi. pada kawan2 yg bagi aku semangat tu. terima kasih. aku bersyukur ade kawan macam kamu.

hm..aku pon tak tau nape aku nk sentuh issue ni. ni sume gara2 pas study otak jadi weng skit. sbrnya aku tak kisah org ckp pasal aku. samada aku ni saiko ke ape ke tu terpulang pada pendapat masing2. hidup kita masing2. liku2 hidup pon Allah bagi lain2, sebab Allah je yg tahu diri kita mampu ke tak nk tanggung dugaan yg Dia uji tu. semuanya menguji keimanan tuk kebaikan kita jugak. so pesanan dari seorg sahabat yg bernama aku, tabahkanlah hatimu dalam merempuh dugaan dan ujian Allah swt. semoga hidup kita diberkati dan dibimbing dgn kasih sayangNya.

InsyaAllah.