Tuesday, April 27, 2021

Fuh! 3 tahun berlalu macam tu je sejak aku menulis kat sini. Zaman pon dah berubah, kebanyakkan bloggers dah beralih kepada Vlog di Youtube. Ada bloggers diam terus cam aku. haha. Tapi aku masih seperti dulu, tidak suka tunjuk muka kepada umum. Tak apalah, tak glamer pon tak apa atau dapat duit youtube dengan views. Cukup sekadar berkongsi pengalaman atau pendapat disini.

Harini tiba-tiba aku teringat kepada seorang sahabat yang berkongsi pengalaman suatu ketika dahulu. Dialah yang mempromosikan kepada aku blogging ni. Tanpa dia, tidaklah aku kenali dunia bloggers, dan tanpa blogging, tak jumpalah isteri aku disini. haha. Walauponbagaimanapon, Allah SWT jua yang menentukan segala sesuatu itu, menggerakkan hati manusia untuk melakukan sesuatu perkara. Dia Maha Tahu. Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk bernafas lagi walaupon kita tidak tahu penghujung hayat kita.

Tahun ini aku sudah mencecah umur 38 tahun. Setiap kali hari birthday, aku akan merasa pasrah akan umur aku yang semakin meningkat. Melihat wajah anak sulong aku, yang semakin matang dan semakin bijak berpetah (bulan 11, dah 5 tahun umur dia), membuatkan aku merasa sedikit sedih. Sedih memikirkan, sempatkah aku melihat hari esok? Sempat ke aku melihat anak sulong aku berkahwin? Dalam memikirkan ini, aku hanya berserah sahaja kepada Allah SWT akan masa hadapan. Sesungguhnya, masa itu milik Dia, anak dan isteri juga milik Dia dan juga dibawah jagaan Dia. InshaAllah.  

Pada 1.1.2021, tahun baru. Tengahari aku bergegas ke Banting, ada BBQ keluarga sebelah isteri. Ketika itu isteri aku sudah sakit-sakit, tapi dah bersetuju, jika terlampau sakit, kami akan balik ke Ampang untuk urusan bersalin. Lebih kurang 9pm, kami dihalau balik oleh makcik-makcik kerana risau isteri aku akan bersalin didalam kereta. haha. Sampai di Ampang lebih kurang pukul 10.30pm. Isteri aku kali ini sangat relax, tapi aku tahu dia menahan sakitnya. Jenis yang degil juga kerana dapat melawan kesakitan yang dialami. Isteri aku sempat mandi dan mengambil wuduk, lalu membentang sejadah. "Nak solat hajat ke?" Tanyaku. "Aah", sahut isteriku. Aku pon mengambil wuduk dan solat hajat juga dan memohon segalanya akan baik-baik. Dalam pukul 11.30pm kami berjalan kaki ke hospital, nak cepatkan beranak katanya, aku ikut sahaja. haha. 

Kali ini, suami tidak dibenarkan masuk ke dalam wad bersalin kerana isu Covid-19 yang entah bila akan reda. Aku balik tidur dirumah (nasib baiklah, umah disebelah hospital sahaja), sedangkan isteri aku berjihad akan nyawanya untuk melahirkan si puteri kami. Rasa sedih juga kerana tidak dapat menemani isteri aku untuk berjihad, melihat wajah anak kedua aku dilahirkan. Tapi apakan daya, jika Allah tidak mengizinkan, aku redha saja. 

Masa meninggalkan isteri aku di hospital, jam menunjukkan pukul 1 pagi lebih. Isteriku kelihatan sedih kerana aku tidak dapat bersamanya di wad nanti. Aku tahu dia berasa takut, kerana kali ni dia akan keseorangan tanpa aku menemaninya di wad bersalin. Aku lihat isteriku menahan tangisan tapi dia gagahkan jua bersalam dengan aku. "Abang pegi la tidur, apa-apa nanti saya akan call", "okay", jawabku. Sebenarnya, aku mahu cakap lagi banyak, tapi tiada kata-kata yang terkeluar. 

Aku terus balik umah dan cuba untuk tidur untuk mendapatkan sedikit tenaga bagi urusan keesokkannya. Dalam pukul 3.20am aku terbangun dan ke tandas. Tiba-tiba aku terdengar telifon aku mendering. "Alamak, ape pulak ni? harap-harap bersalin la hendakNya", bermain difikiranku. Betol sangkaan aku, Alhamdulillah syukur kepadaNya, beberapa jam sahaja isteri aku daftar masuk hospital, Allah mengizinkan doa kami dan semuanya 'smooth' belaka, isteriku bersalin pada pukul 3.09 am.

Mendapat berita pada pagi yang sama, isteriku dapat keluar wad pada pukul 12pm macam tu. Setelkan bil, xda charge apa2 pon sebab isteri staff hospital (Alhamdulillah). Naik atas wad untuk pickup anak dan isteri. 

Macam aku dh sebut kat atas, suami xdibenarkan langsung masuk wad, hanya dibenarkan tunggu dia depan pintu wad sebelah mak guard. Tibe-tibe ternampak isteriku menolak baby dalam trolly. Serta merta aku tibe rasa sebak. Masa tu, lantak la jika ada orang nampak mata aku berair. Rasa syukur x terhingga pada Allah swt kerana selamatkan isteri dan anak kami yang kedua ni. Al-maklum, setiap kelahiran itu adalah jihad bagi si ibu, aku hanya mampu berdoa Allah selamatkan mereka dan syukur doa aku dimakbulkan. 

Ntah la, masa azankan baby kat rumah, aku menangis macam ntah pape, isteriku rakam pula dalam video untuk kenangan (hahaha). mengalir air mataku bila menyebut "Allah maha besar, Allah maha besar", syukur kepadaNya, betapa Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada aku dan family selama ini.

Alhamdulillah, 5 tahun dah berlalu sejak bernikah, kini aku mempunyai 2 orang anak. Time flies too fast they say. Semoga Allah terus memberi ketenangan jiwa kepada kita untuk terus hidup dan terus beribadah. InshaAllah.

Semoga berjumpe lagi.

Thursday, November 9, 2017

Masa berlalu begitu pantas

assalamualaikum. ada orang baca ke ni? hahaha. lama x kesini. dah lama rasa nak menulis balik sebenarnya cuma masa tidak mengizinkan. jika ada kesempatan InshaAllah aku akan cuba menulis balik (itu niat aku hehe).

dah banyak berlaku sejak aku tinggalkan penulisan blog. pertamanya, aku telah bernikah dan juga mempunyai seorg anak lelaki berumur 1 tahun, genap umurnya beberapa hari lepas. berakhirnya penyiksaan seorg lelaki bujang dan kini aku bergelar seorang suami. cia cia cia. kedua, aku telah tamat pembelajaran MBA pada october 2016. alhamdulillah, siksa sungguh amik MBA, sampai xtido malam. ketiga, aku telah berhenti kerja di sebuah syarikat MNC di puchong. keempat, setelah 10 tahun mencuba menjadi seorang lecturer aku berjaya mendapat tempat di sebuah college di area sri damansara, tapi dimana aku tidak menjangka impian itu tidak seperti yang aku sangkakan, bila aku sedar dan munajat kepada Allah, keesokan harinya aku dibuang kerja serta merta (akan di ceritakan kisahnya akan datang..hahahhaa). oh, kelima, aku berjaya menyambung pembelajaran PhD di sebuah local universiti. tajuk PhD agak menarik juga sebab ia berkaitan dengan Islamic Finance. tapi aku berhenti sebab tak best dan tak ada motif untuk teruskan. hahaha. kini aku menguruskan syarikat (firma) sendiri di area kuala lumpur. alhamdulillah rezeki.

Allah lagi tahu siapa kita. walaupon aku x abiskan pembelajaran ACCA, tapi tidak bermakna aku gagal dalam hidup aku sepenuhnya. kini bekerja sendiri, aku sangat bersyukur kerana masa sangatlah banyak untuk isteri, anak, dan keluarga. betapa nikmatnya Allah bagi peluang ini untuk aku. cuma business baru sahaja bermula, client semakin ramai, cuma kerja perlu disiapkan sebelom aku mendapat pembayaran. boleh dikatakan 'sakit' sedikit kehidupan, tapi seperti biasa, adat berbisnes, memang macam ini pada permulaan, bak kata orang pengalaman.

itulah serba sedikit kisah hidup aku yang tak seberapa. aku masih seperti dulu, masih lagi tak aktif di media social (facebook). oklah, until next time. 



Wednesday, October 22, 2014

Terus bersabar

Tepat jam 6pm, tamat la kelas mba pertama aku. Hujan lebat yang amat sangat, aku terus ke surau untuk solat asar sebelom pulang. Rupenya surau dah tutup, sebab level 9 sama level ngan library, satu level di kunci rapi termasuk la laluan ke surau. Turun balik lift ke level 1, mencari tandas untuk ambil wudhuk. Nasib baiklah aku ada bawa kain pelekat, dapat juga aku guna untuk jadikan ia sejadah.

Selesai solat, hujan masih lebat. Memikirkan aku perlu balik cepat, sebab aku berjanji untuk pulang seawal mungkin untuk balik raya di kampung bersama adik-adik aku. Tempoh hari aku ada terfikir nak beli baju hujan. Tapi asik menangguh pembelian. Inilah akibatnya. Bila hujan lebat, tiada baju hujan untuk dipakai. Pasrah.

Basah kuyup. Terfikir hanya nota kelas yang berada dalam beg, takut basah terkena hujan. Tak sangka, rupenya, jauh juga dari subang ke wangsa maju. Mungkin sebab aku tak terdaya menaiki motor sambil basah. Sejuk teramat sangat aku ketika itu, sampai hampir menitiskan air mata. Tak putus aku menyebut nama Allah, menahan kesakitan sejuk yang aku alami. Perasan sedih memikirkan nasib, orang lain memiliki kereta, aku sudah pon cecah umur 31 belom miliki apa-apa, bagaimana untuk memiliki seorang isteri? Berlegar-legar otak sambil beristigfar untuk tidak berlebihan.

Tempoh hari dapat berita, aplikasi pinjaman mara aku ditolak. Sebab kursus aku xda dalam senarai. Kolej kena apply dulu baru boleh dipertimbangkan. Habis niat nak beli kereta sebab dah kena bayar sendiri yuran pengajian. Rakan sekelas aku dapat mara sebab mak dia kije di anak syarikat mara. Inilah dunia. Sedih lagi. Tapi tambah lagi sabar.

Banyak lagi hal lain yang aku tengah lalui. Aku terfikir, kali ni Allah sangat menguji aku. Bertubi-tubi ujian Dia berikan. Aku terus bersabar. Semoga aku dapat lalui ujian kali ni seperti mana aku dapat lalui sebelom ni. Semuanya ada hikmah. Semua untuk kebaikan diri aku. Untuk meningkatkan iman, inshaAllah.

Saturday, September 27, 2014

Seeking Strength

No matter how hard it is I must bear. 
Deep in my heart says we are two. 
Part of me says it could end both ways. 
Even though I don't want to say it, but it could be true.

High power that I seek for strength and patient. When will it end?
That, I cannot answer. 
Shall I wait silently and flood a river tear? I try, but I cannot, not anymore.

Could we be? Or could we be not. 
I leave it to You, my love, my guide, my breath, my everything. 
I have no power over Your doing. 
I seek Your forgiveness and I seek Your lead.

-hansuke roma

Friday, January 3, 2014

Hari esok masih jauh

Alhamdulillah. akhirnya, practical experience requirement (PER) tuk acca aku dah berjaya abiskan. sekarang tinggal lagi paper acca je yang belom pass, dan inshaAllah kalu ada rezeki, semoga aku dapat abiskan semua balance 5 papers akan datang, semoga Allah perkenakan doa aku untuk bergelar chartered accountant. inshallah.

dulu target dalam hidup aku nak jadi chartered accountant, motif utama sebab nak jadi orang kaya! haha~(gelak jahat) ya..kaya!! (macam filem P-Ramli la plak..ehe) tapi sejak dua menjak ni, kemahuan tinggi aku ke arah tu sebenarnya dah hilang. eagerness tuk mendapat qualification acca ni tak lagi berkobar2 cam dulu. dah banyak yang berlaku dalam hidup aku, banyak keputusan aku terpaksa buat. dan alhamdulillah, Allah buka hati aku untuk sedar kesalahan diri dan Dia juga beri aku kekuatan untuk menarik diri dari landasan pekerjaan yang sangat sibuk ni.

semuanya bermula pada bulan puasa beberapa bulan lepas. aku mula bekerja ditempat klien dari jam 9am setiap hari. kebetulan pulak, pada masa tu aku audit syarikat besar di taman midah, 40 company, tapi aku audit 3 je dan tolong rakan2 lain..ehe. tepat jam 7pm, aku bergegas ke masjid berhampiran, cari nasi nak bukak puasa. masjid di taman shamelin jadi sasaran aku, sebab masjid tu sgt best, pakcik2 semuanya baik2 belaka. Abis bukak puasa dan solat maghrib berjemaah, aku terus pulang ke sentul untuk mandi dan untuk solat terawih di surau sebelah rumah sewa aku. selesai tewarih dalam pukul 9.30pm (8 rakaat je kat surau ni sb ramai orang tua dan cepat abis ehe :P), aku akan balik umah tukar pakaian, dan kembali ke main ofis untuk siapkan kerja. Time puasa2 ni la, dan2 je manager aku nak tengok file *bengang*. Kat ofis, tak sedar, sampai 3am aku kije. kadang-kadang sampai jam 4am. *sedih*

itulah rutin aku setiap hari sepanjang ramadhan, sampai aku terfikir, "kenapalah aku kije cam ni?" "Ko nak ape sebenar?" *bingung*

pada hari raya puasa pertama, kebetulan pulak keputusan acca diumumkan. aku dapat sms dari acca, aku baca dengan tenang. Tengok keputusan kat handphone, terdiam. aku gagal lagi, kedua-dua paper plak tu. Tapi pada masa sama rs cam kelakar, terus aku senyum sendiri. dari saat tu, dalam hati terdetik, "jalan ni bukan untuk aku, Allah nak bagitau aku something". Aku pasti.

sebenarnya, aku anggap ape yang berlaku jawapan istikharah dari Allah. Dah lama aku solat mintak pertunjuk, akhirnya dapat, aku pasrah. aku redha dengan ketentuan Allah. Tanggal 16 October 2013 aku letak jawatan sebagai juru audit. Tapi itulah saat paling gembira aku sebab aku yakin ia jawapan yang Allah nak aku nampak dan rasa sendiri, jalan ni bukan untuk aku. selama ni aku yang beria2 nak kerja kat firma terbesar dunia. Nak gak rasa. Alhamdulillah Allah perkenankan doa aku. tapi, walaupon Allah beri rezeki ni, Dia juga tunjuk kat aku yang hati aku tak sesuai dengan semua tu. aku akur dan aku pasrah. Allah telah memberikan aku kekuatan untuk melepaskan semuanya. dan kembali ke fitrah sebenar aku. Alhamdulillah.

esok merupakan hari terakhir aku berkhidmat di tempat kerja. masa akan datang belom lagi aku pasti ape aku mahukan. namun, didalam hati, tergerak untuk meneruskan pembelajaran sepenuh masa. aku akan cuba untuk menghabiskan semua paper acca aku jugak. dan inshallah pada masa yang sama aku berniat untuk menyambung master dan juga jika ada rezeki sambung pula keperingkat PhD. setelah Allah memberikan jalan keluar ini, Dia juga memberi hasrat didalam hati aku untuk menunaikan harapan arwah ayah semasa beliau masih hidup. iaitu, ingin melihat aku mendapat master dan PhD dalam bidang perakaunan. baru sekarang aku sedar dan ujian yang Allah berikan semuanya adalah untuk aku mengharungi jalan baru ini. mana tahu, suatu hari, setelah mendapat master dan PhD, rezeki aku rupenya menjadi seorang pensyarah? *senyum sendiri*

Hari esok masih lagi jauh, jika aku masih lagi bernafas ketika itu.

Sunday, August 18, 2013

bullet train

time passed by like a bullet train, seems like yesterday i was living in scotland, going to school, playing football at the park until 10pm (in UK, around summer, 10pm is still not dark :P). but its been 16 years since i've moved back to malaysia and living a busy life, studying and working.

life has been a roller coaster for me. never had been enough to fulfil my hollowed heart. always chasing wealth, chasing this and that and the list goes on.

i've been living in-denial, forgetting the most precious thing that i wanted most, which is redha Allah. all this while i've been putting a side my interest and forgotten the things i liked most.

no more, my heart say. put a stop to it. you will still find happiness as long you have Him by your side. hopefully He will guide me still tomorrow, for i shall not regret for any decision i take in the future. inshaAllah.


Thursday, May 2, 2013

A plan for all

Allah SWT always has something for you,
a key for every problem,
a light for every shadow,
a relief for every sorrow and;
a plan for every tomorrow

- Islamic thoughts