Monday, December 21, 2009

pilihan

semalam aku lepak umah kakak aku sebab nak hantar kereta aku hari ni kat bengkel berhampiran umah dia. kereta ni sebenarnya arwah ayah aku yang punya, masa sebelom allahyarham pergi dia ada pesan kat ibu untuk jual kereta tu tapi last2 kami pulak sayang nak bagi kat sapa-sapa beli sebab kereta tu la satu-satu nya benda yang dia sangat sayang. aku dah banyak habis duit baiki kereta ni, nasib baik ade sikit-sikit baki gaji masa aku kerja dulu, kira boleh la baiki benda-benda yang rosak.

sampai di bengkel tadi check punya check ada sedikit masalah yang kena selesai berkaitan dengan kipas, tak cukup satu katanya, nak tukar original, spare part susah nak cari sebab kereta aku ni kereta buatan perancis. aku tak kisah sebenarnya dia nak buat cam mane, janji kereta aku tak meletup kepanasan sudah. hehe~

sebenarnya semalam aku ada niat nak tukar power steering kat kereta aku sebab berat bila dipandu. dalam otak aku aku tak kisah berapa harga power steering tu janji sedap dipandu. tapi bila dah banyak plak yang rosak kena sediakan duit lebih, terbatal la niat aku untuk tukar power steering tu. aku suruh pomen tu buatla ape yang patut, aku kata nak datang besok ambik bila dah siap.

so, berjalan la aku naik LRT Putra menuju ke rumah sewa. dalam LRT macam-macam la jumpa orang. terfikir plak dalam otak aku nak membebel pasal orang pompuan islam yang tak pakai tudung. bukan aku nk mengata kat diorang cuma tetiba je aku ada terfikir plak kenape sebenarnya mereka tak bertudung. padahal dalam islam sah jelas mengenai issue ni. wajib tu tetap wajib. aku sebenarnya terfikir masa lepak ngn pomen tadi. sebab dalam hati aku nak tukar steering tapi bila dah ada benda lain yang diluar jangkaan aku, so terpaksa ubah matlamat untuk sesuaikan dengan keadaaan. aku terfikir tadi ia adalah sebenarnya mengenai pilihan.

macam perempuan-perempuan yang aku jumpa dalam lrt tadi, mereka sebenarnya bukan tak tahu adalah salah disisi agama tak bertudung tapi mereka tetap jugak buat. sama ada didikan agama yang kurang atau pon tidak, tak mungkin menjadi isunya kerana, disekolah pastinya kita telah pon belajar pendidikan agama dan yang sewaktu dengannya. jadi, sebenarnya dimanakah silapnya? bagi aku wanita-wanita ini sebenarnya memilih untuk tidak bertudung. mereka tahu ianya salah tapi disebabkan pilihan untuk tidak bertudung itu sendiri yang menjadi faktor.

kadang-kadang ada jugak mereka yang tidak tahu langsung pasal agama atau pon mereka ini betul-betul jahil, jadi mereka ini tidak termasuk dalam kategori membebel aku ni. yang termasuk ialah wanita-wanita yang tahu tapi buat tak tahu.

firman Allah dalam kitab suci nya ada menjelaskan.

"Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka.."

(ni sebahagian terjemahan ayat 31, surah An-Nur, aku amik sikit-sikit je)

wanita-wanita yang aku sebutkan diatas memilih untuk menolak pesanan maha suci Allah. yang penah aku jumpa, mereka yang tak bertudung ini sebenarnya mereka sedar akan kesalahan tidak bertudung tapi selalunya alasan yang akan diberi ialah:

1. "aku tahu salah, tapi aku tak ready lagi la nk bertudung full-time"

2. "segan ngan kawan-kawan aku, diorang tak bertudung pon"

3. "jangan ko nak berlagak bagus ah nak lecture aku!"

4. "entahla..hehe..(diam terus sambil sipu-sipu manja)"

sebenarnya aku tak penah lagi kena maki cam no. 3 tu bila pesan kat kawan-kawan aku tapi aku penah dengar la orang yang penah kena. yang biasa aku berdepan yang no. 4 tu. kadang-kadang nak je ketuk kepala diorang, macam chips more, sekejap ada sekejap takda.

so, tanpa segan dan tanpa malu aku katakan wanita memilih untuk melakukan dosa. (free je dapat). tapi lelaki pon sama. bukan Allah tak penah pesan dalam Al-Quran. ada. dalam surah yang sama seperti kat atas tu.

ayat 30. surah An-Nur.

"Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluanya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan"

sebenarnya Allah swt berpesan kepada lelaki dahulu dalam ayat 30 sebelum memesan benda yang sama dalam ayat 31. wanita yang beriman mesti menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluanya. maka kedua-dua ayat tersebut jelas ditujukan kepada kaum-kaum adam dan hawa.

seperti diatas, lelaki juga ada pilihan dalam apa jua yang dilakukan. contohnya. lelaki yang ingkar untuk sembahyang. sedangkan mereka tahu ia perkara wajib. tapi tetap juga untuk tidak melalukan ibadah wajib lima waktu. sebenarnya semua bergantung kepada pilihan itu. pilihan untuk takut kepada Allah atau tidak. begitu simple. mahu melihat syurga atau mahu melihat neraka, (ada ke yg nk gi neraka?) atau blur trus, free thinker kononnya. kita diberi akal untuk berfikir, hati untuk melihat kebenaran, dan untuk memilih yang mana baik atau buruk.

ada satu citer yang berlaku baru-baru ni. salah sorang kenalan kitorang accident motor, dia lepak umah sewa kami sebab dah dekat ngan exam. aku plak time tu masih lagi sibuk bekerja, jarang ada kat umah. aku tak kisah la orang sakit menompang takkan nak halau. pendekkan cerita, aku perasan mamat ni tak solat, dia buat bodoh je. kami tau dia sakit kaki kena plaster. setahu aku kalu dah injured kaki dan takleh amik wuduk, seharusnya la bertayamun. pastu kalu takleh solat berdiri kena la duduk, kalu takle jugak, solat melintang, paling busuk pon, kalu takleh jugak kena guna isyarat mata. mamat ni patah ibu jari je. aku dah bingit dah tengok orang camni nompamg umah kitorang. nak je aku sound, tapi aku memang takkan sound orang yang tak rapat ngan aku. dah masuk sebulan tak penah pon aku tgk dia solat.

sekali aku dah tak tahan, aku sindir indirect, aku buat-buat tanya rakan umah sewa aku, "wei, tayamun bahagian muka camne?" ada yang sahut. "nape ko tanya?", aku jawab, "yela, bertayamun kan wajib bagi orang-orang yang takleh nak amik wuduk..", semua terdiam, diorang dah tahu aku memang sindir khas kat mamat tu. si mamat ni plak buat-buat tak dengar. dah la menompang, pastu kuang ajar plak tak solat depan kami. selepas kena sindir pon masih berdegil. aku tak kisah pon kalu dia tak takut sindiran aku. kalu ikutkan nafsu memang la malas nak solat tapi kena la takut azab Allah diakhirat kelak. api neraka! api neraka! tak takut ke?

itulah dia, contoh manusia yang memilih keburukan dari melakukan kebaikan. tapi apa-apa pon, itu si mamat tu punya dugaan. orang lain mungkin lain pulak Allah akan uji. setiap orang mesti akan diuji. aku pon takleh nak mengata lebih kat dia sebab itu dugaan dia. sendiri kena handle la. nak tak nak kena la solat, tebalkan keimanan, barula tak rase lost je, blur je kat dunia ni. cari la ketenangan dengan solat. aku harap mamat ni dan sapa-sapa yang camni sedar la silap masing-masing dan kembali kejalan Allah swt. solat la sahabat sebelom terlamabt. semoga korang mendapat hidayah. insyaAllah.

aku membebel:
kadang-kadang aku pon kalah dengan nafsu. contohnya, bila seorang wanita yang seksi pakaiannya, menampakkan buah dadanya, berjalan didepan kami-kami yang bergelar lelaki. pastinya kawan-kawan lelaki aku akan terbeliak mata mereka sambil membisik "mak ai..gempa bumi..sekala rektor 7!!" kebaboom, gunung berapi meletup! sah-sah aku akan melihat lava-lava panas yang mengalir itu. teringat kata-kata ustazah dulu. "ingat, kalu kamu lihat sekali, itu namanya rezeki, tapi bila yang kedua kali, berdosalah kamu yang melihat itu". maka, budak-budak lelaki akan melihat agak lama sedikit, asalkan ia sekali saja. haha.

ini lah namanya ujian bagi ayat 30 tadi. supaya kita memelihara pandangan kita. aku penah memilih untuk melihat lava-lava. (yela, aku laki, ada nafsu, kena cepat kahwin hehe) tapi balik umah menyesal sebab telah melakukan dosa melihat kedua kali. tapi sebenarnya jika kita memilih untuk merendahkan pandangan seperti yang dipesan Allah dan Rasul-Nya, maka terpeliharalah pandangan kita terhadap benda-benda yang dilarang Allah dalam kitabnya. so, semuanya adalah berkaitan dengan pilihan untuk melalukan kebaikan atau dosa. sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Mengetahui segala.

pilihan. nak buat atau tidak. nak baik atau buruk. nak berubah atau tak berubah. semuanya untuk kebaikan kita jugak. dalam mencari keredhaan ilahi, kita haruslah menjauhi yang dilarang dan mendekati kebaikan. kedua-dua kaum adam dan hawa harus memainkan peranan masing-masing untuk memelihara keimanan bagi mengelak hasutan iblis yang sentiasa berada di mana jua kita berada. aku manusia ko pon manusia. kita ada pilihan. korang pilih la yang terbaik, semuanya ada akal untuk berfikir.

chotto matte kudasai, kalu pompuan tak pakai tudung dan dedah sini sana, maka mesti la ada yang mahu melihat kerana sifat manusia sejak azali begitu (campur hasutan iblis), jika ia ditutupi dengan tudung dan menjaga auratnya seperti yang dipesan Allah swt, maka bahagia lah kita yang beriman kepada Tuhannya di dunia dan diakhirat.

sama juga aku ni, tak terkecuali. mestilah jaga setiap tingkah laku untuk mendapat keredhaan-Nya. yang tak solat tu pegi la solat. pompuan pon sama, pegi la solat kalu tak datang haid. jangan tunggu kena laggar lori dulu baru nak insaf. kita hidup sekejap je. esok lusa pon dah takda. dalam kubur, malaikat datang tanya, "siapakah Tuhan kamu?", "aku..aku..aku tidak tahu....!!!" (pweeeeshhhhhh, bunyi angin bertiup) tetibe tringat lagu sakaratulmaut tu. meremang bulu-bulu romer. so, nak syurga ke nak neraka? pilih-pilih.

abis membebel.

Wednesday, December 16, 2009

beruk pak man

di pagi yg indah, di sebuah desa, angin bertiup dingin, pak man (bukan nama sebenar) dan beruk nya menaiki basikal menuju destinasi mencari rezeki.

pak man: "huh..huh..huh...tepi..tepi..sana skit.." sambil mendongak ke atas.

beruk: uh..uh..uh..(aku tak tau bunyi beruk camne) memusing tangkai kelapa dengan penuh semangat.

pak man: "woi..woi..nanti la makan semut tu..kelapa tu dulu..nate beruk sungguh!!"

walau macam mane pon beruk nya kena marah, tetap ia akan buat kerja nya sambil mencuri tulang makan semut-semut di atas pokok kelapa. tak penah ia merajuk dikala kena marah atau dimaki 'nate beruk' oleh tuannya pak man. itu la sifat seekor beruk pak man, yang rajin (atau terpaksa) bekerja dan tak penah merajuk.

cam pelik je intro aku. sebenarnya aku nk tulis pasal issue merajuk tetiba je teringat zaman kecik-kecik masa tengok beruk panjat pokok kelapa. haha.

nak cakap pasal merajuk ni banyak la bole bincangkan. issue ni memang la glamer. aku dah lama nk tulis pasal ni, tapi kali ni ada kesempatan untuk siapkan isi nya. cam biasa aku nak story je skit-skit pada sapa-sapa yang sudi baca blog aku ni. kalu ade. kalu takde. takpela aku memang suka membebel sorang-sorang. (macam tak biasa plak).

cerita ni berlaku pada 3 tahun lepas, masa aku bekerja si sebuah firma audit kecil di sekitar kuala lumpur. dalam ofis tu ada 7 orang trainee degree accounting baru masuk, aku antara 3 orang staff tetap (kuli) je kat situ. pada suatu petang pas lunch, dua orang trainee perempuan mula berborak pasal bf diorang. aku tengah buat kerja tapi pasang telinga. hehe. (cerita lebih kurang sebab dah lama aku lupa)

cast:
kak Y (sudah bertunang ketika itu, 2 tahun tua dari aku)
si J (wanita, seusia aku, ramai orang minat)
si K (lelaki, sangat baik dan kelakar dan sangat matang pada usia nya ketika itu)

tenene..tenene..tenene ne..(handphone nokia berbunyi)

si J: "ala, malas betol nak balas message bf aku, ajak tengok wayang la plak, aku tengah merajuk ni"

kak Y: "haha. ape citer? story ah skit"

lalu si J pon menceritakan kisah merajuk nya ng bf dia. bla..bla..bla..

lalu si K pon menyampuk (mane tak nya ofis kecik semua org boleh dengar citer si J)

si K: "nape budak pompuan kena merajuk? tak boleh ke buat biasa je? benda kecik ko nak besarkan buatpe? saje je ko nk buat-buat gaduh. perlu ke? (lebih kurang la ayat dia)

lalu 2 orang minah ni start melawan kata-kata panas si K tadi. tapi ala-ala mesra gitu sebab kitorang memang rapat, macam adik beradik.

si J: "eh, mestila, merajuk boleh merapatkan lagi hubungan, boleh jadi lagi mesra..bla..bla.." disahut betul-betul oleh kak Y sebab mereka sependapat.

si K: "aku tak setuju!! banyak je cara lain nak bagi rapatkan hubungan tu selain dari merajuk, bagi aku, tak patut sama sekali merajuk, tak perlu pon takpe. lagi baik kita duduk berbincang kalu timbul masalah..bla..bla.."

panjang lebar si K ni bagi ceramah ala-ala berpidato, sebab si K ni memang budak debate kat tempat dia belajar.

si J & kak Y: "mane ade couple tak merajuk sama sendiri, tak fun la"

si K: "ade..percayalah cakap aku"

debate ni pon berterusan dengan seronoknya sebab boss takde kat ofis, sebab hari jumaat. hehe.

tetiba si K cakap.

si K: "camne bro, apa pendapat ko?"

aku terkejut sebab dia libatkan aku sekali. dengan tak segan, aku mintak maaf dengan minah-minah tu lalu cakap aku sangat setuju dengan pendapat si K. (kantoi la plak buat kerja sambil pasang telinga. haha.)

merah muka minah-minah tu sebab aku tambah lagi si K punya hujah kenapa tak perlu merajuk. (merah sebab malu kot, si K dah la muda, tapi mampu berfikir diluar jangkaan diorang). tetibe boss pon masuk, perbincangan hangat pon terhenti. tamat.

aku membebel:
sebenarnya aku bukan nak berbelah pihak pada si K tadi tapi aku memang setuju dalam hubungan tak perlu ada merajuk, tak kisah la saja-saja nk merajuk ke nak bf pujuk, atau nak gf pujuk, cuma bagi aku benda ni (merajuk) boleh memburukkan lagi keadaan dalam perhubungan. lama-lama kalu di amalkan, ia akan jadi tabiat, sikit-sikit merajuk, tak jadi kerja la jawabnya.

ramai yang berpendapat merajuk ni sesuatu yang baik tapi bagi aku merajuk ni sebenarnya membohong. full stop. mereka sebenarnya berpura-pura, hanya kerana nak memuaskan hati diri sendiri. tabiat ni sangat la buruk sebenarnya. hentikan.

jangan sibuk nak cari salah orang lain untuk merajuk, mengungkit hal semalam, salah sapa dan apa-apa saja, especially pasangan, periksa la diri sendiri dulu kalau-kalau kita yang silap, jangan terus tunding jari dan merajuk tak ingat dunia, muncung mulut 3 inci, masam muka, tak bertegur dll. cuba cari 'the positive side' dalam hubungan tu. kalu ada masa cari mesti jumpe punya. yang paling penting, duduk dan bincang, mesti bincang, kalu tak puas hati, bincang, kata sayang nape tak nak bincang?

bila lagi nak bersifat matang? nanti bila dah kahwin, banyak lagi hal korang nak kena pikir, bil air, bil itu, bil ini, merajuk tak tentu pasal tak membawa apa-apa faedah pada sesiapa pon, nanti anak-anak tengok jadi ikutan, tercetus la evolusi tabiat merajuk turun temurun. sapa nak start ubah ni, kalu bukan dari kita sendiri. islam tak ajar kita perkara yang sia-sia cam ni.

ikut korang la nak handle camne hubungan masing-masing tapi elakkan merajuk sebab ia perkara buruk. beruk pak man pon tak merajuk ape..

lastly. kawan laki sama laki. kawan pompuan sama pompuan. sama je. kawan ngn kawan pon nak merajuk ke? kalu pompuan datang bulan kira ok gak, ada alasan. kalu laki merajuk ngn member datang apa plak? belajar la ngn beruk pak man lagi bagus, tak susahkan orang.

bak kata aku kat kawan-kawan laki aku, "nak merajuk masuk gua"

aku nobody. takde sape yang lebih. bawak la bincang dalam apa saja perkara. face to face dengan masalah lagi bagus. insyaAllah dapat rapatkan lagi persahabatan. sapa la kita tanpa sahabat. hanya sunyi dimuka bumi, mencari keredhaan ilahi.

abis membebel.

(perasan jadi Dr. Love kejap. haha)

p/s: kak Y dan si K selamat kahwin dengan pasangan masing-masing tak lama lepas grad degree dan mendapat kije tetap. alhamdulillah. si J, tidak dapat dikesan.